Myspace Layouts








Monday, March 31, 2008
~ K25 ~

2 bulan dah pun berlalu kesihatan Elliesha semakin membaik sebelum berlalu 2 bulan ini Elliesha menerima berita dari Rahayu Maishura bahawa Edryzal dah pun berangkat ke England sebulan yang lalu dan Yazid juga telah membawa Iman Shauqi dan Najwan menggantikan Elliesha yang belum sembuh sepenuhnya untuk menghadiri majlis perkahwinan Puan Fazlyana agar membawa tempahannya ke eropa. Selama kepergian Yazid, Faikah telah banyak membantu menjaga butik selama sebulan secara kebetulan cawangan yang ditukarkan oleh atasannya berhampiran dengan bangunan Junction ia amat memudahkanny untuk berulang alik. Pastinya pada waktu itu Elliesha hanya duduk dirumah sahaja kerana tidak diizinkan oleh ibu bapanya ke butik akhirnya Elliesha mengambil keputusan untuk melakarkan beberapa rekaan fesyen agar dapat menghiasi di Ellies@Zid Collections supaya masa yang dihabiskan dirumah tidak disia siakan.

"Esha dah mula kerja hari ni?"

"Ya abah.. Esha dah tak sabar nak sibukkan diri lagi nasib baik masa duduk rumah banyak idea yang timbul kalau tidak tak tahulah apa Esha nak buat selain melayari internet dan baca novel."

"Abah faham apa yang Esha rasa kalau abah kat tempat Esha pun abah akan cuba cari ilham untuk lakukan sesuatu daripada terperap kat rumah tak buat apa apa. Tapi satu aje abah pesan jangan sekali kali melupakan tanggungjawab kita kepada Allah SWT walau sesibuk mana sekalipun.

"Itu sudah semestinya.. Esha takkan lupa kata kata abah itu."

"Alhamdulillah kalau Esha sentiasa mengingatinya."

"Abang, Esha mari sarapan." ajak Puan Azrida setelah siap menghidang

"Ya mak.." Elliesha dan abahnya beriring ke meja makan. Ezrulkifli yang baru sahaja menapak turun menyertai keluarganya. Yazid menekan hon menandakan dia baru sahaja tiba. Yazid membuka pintu keretanya dan menuju ke pintu rumah setelah memberi salam dan dijawab oleh ahli keluarga Elliesha, Yazid melangkah masuk dan bersalaman dengan Puan Azrida, Tuan Fariszan dan Ezrulkifli dengan Elliesha dia hanya menaikkan keningnya dan tersenyum Elliesha sekadar tersenyum melihat kelakuan Yazid.

"Zid dah sarapan ke belum?"

"Dah umi.. tapi bila sampai sini rasa lapar lagilah."

"Huuu.. ni mesti tak baca bismillah kan? sebab tu lapar lagi."

"Mana ada, Zid bacalah.." jawab Yazid pantas.

"Tipu!!!"

"Tak caya sudah, Zid nak makan ni, tepi, tepi.."

"Eehh.. lawan tuan rumah nampak!"

"Biasalah.." Yazid menjelirkan lidahnya kearah Elliesha dan duduk disisi Tuan Hazim

Elliesha sekadar menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Yazid yang agak keanak-anakkan seperti dirinya juga kadang kala.

                                     ~~~♫~~~

Seperti biasa Yazid akan bukakan pintu kereta untuk Elliesha setelah Elliesha duduk dengan sempurna barulah ditutupnya dan memulakan enjinnya untuk menuju ke bangunan Junction sampai disana jam 9:00 pagi Elliesha dah bersedia untuk menempah corak kain untuk rekaan terbarunya. Keempat empat adik mereka baru sahaja tiba dan mereka menjalani tugas masing masing hingga waktu 'lunch' tiba pada masa itu Elliesha dapati banyak panggilan dari seseorang yang amat Elliesha tidak kenali setelah mencari data nombor di fail tempahan pelanggan Elliesha mendapati nombor itu dari seorang perempuan yang bernama Nisrina beliau meminta maaf kerana menelipon berkali kali di butik itu kerana dia sedang dalam keadaan genting kerana keluarganya ingin menempah 6 set pakaian tradisional untuk sebuah acara pada lusa nanti dan dia tiada pilihan lagi untuk mencari butik lain kerana semuanya dah penuh dengan tempahan. Elliesha bersedia dan meminta beliau datang ke butik pada petang nanti.

Elliesha menunggu pelanggannya tiba, pada jam 3:00 petang seorang perempuan yang berusia sekitar pertengahan 20an melangkah masuk ke Ellies@Zid Collections setelah Elliesha mengenalkan diri mereka berdua berbincang mengenai tempahan di ruang Elliesha setelah sejam perbincangan mereka berdua berjalan akhirnya mereka telah membuat kesepakatan. Perempuan yang bernama Nisrina itu meminta diri setelah Elliesha menghantarnya ke pintu, hati Elliesha berkata

Rasanya aku pernah nampak kakak tu, tapi kat mana eh? Kalau kat butik, aku tak pernah pulak terserempak dia dan dia pun ada kata yang dia baru aje pertama kali datang sini sebab selalunya keluarga dia yang tempahkan..Siapa agaknya kakak tu ya??

"Esha!!"

"Ahh apa?" Elliesha kembali sedar apabila mendengar panggilan dari Yazid

"Zid ingatkan bila Esha dah kena bedah taklah melamun lagi, ini tidak masih sama aje."

"Hehee.." Elliesha tersengih menampakkan giginya yang putih.

"Kalau Esha tak melamun, macam tak lengkap aje hidup Esha setiap hari." balas Elliesha sambil mengelip ngelipkan matanya kearah Yazid

"Banyak betul alasan Esha tu patutlah kuat berahsia."

"Udah lah tu Zid hal tu kita lupa kan aje ok!!"

"Kenapa? Esha masih trauma ke?"

Mestilah.. Tak fasal fasal rambut yang selama ini Esha jaga dah kena tebas.. ni yang nak nangis nii..

"Trauma tu taklah cuma sedih sikit?"

"Kenapa sedih?"

"Iyalah.. rambut Esha kan dah kena tebas.." jawab Elliesha perlahan tapi jelas dipendengaran Yazid. Yazid yang tak tahan mendengarnya terhambur ketawa

"Zid nii..." Elliesh mencubit peha Yazid

"Adoiiii... sakitlah Esha." Yazid menjerit mengadu kesakitan

"Padan muka lain kali jangan ketawakan Esha!"

"Dah Esha cakap macam tu siap dengan memek muka lagi, tu yang Zid tak tahan nak ketawa." jawab Yazid dengan sengihan melebar

Cis.. Bedebahnya adik aku yang sorang ni.. Kalau bukan adik aku dah lama aku cekik, cekik..

Elliesha gelihati bila hatinya berkata begitu

"Kenapa ni Esha dah tersenyum senyum pulak?"

"Adalah, nak tahu aje Zid ni!"

"Mestilah Zid kan.."

"Kembar tak seiras Esha.." balas Elliesha cepat

Mereka berdua ketawa bersama

"Esha, kenapa eh kalau kita dengar perkataan itu mesti kita nak ketawa?"

"Entahlah, mungkin kita tak biasa agaknya."

"Mungkin juga.. Tapi kan kalau orang dengar pun tak kelakar langsung."

"Itulah.. tapi buat apa kita nak pedulikan kat orang sekeliling kita, janji kita 'happening' masa dengar perkataan tu."

"That's what im thinking"

"Cool.. Kita dua memang satu kepala memang padan dengan gelaran tu."

"Sure banget.." Yazid menjungkitkan keningnya kearah Elliesha

Setelah 15 minit mereka berbual bersama mereka membuat pekerjaan mereka semula hingga kemalam.

                                     ~~~♫~~~

Pada malam itu Elliesha menerima panggilan dari Rizal Hafique berbagai cerita mereka perbualkan antara mereka masih seperti biasa panggilan Elliesha terhadap Rizal Hafique masih kekal dan itu amat mengeratkan hubungan mereka. Rizal Hafique tidak pernah meminta untuk dipanggil dengan nama lain kerana jarang jarang ada yang memanggilnya begitu hanya Elliesha seorang saja.

"Esha sihat?"

"Alhamdulillah.."

"Dah makan belum?"

"Dah.."

"Iya ke ni? Jangan jangan lagi diet tak?" sejak mengenali Elliesha dengan lebih dekat Rizal Hafique dah berani mengusik Elliesha tanpa segan silu tapi di talipon saja kalau diluar mereka seperti biasa sahaja

"Apanya yang diet dah malam macam ni, takkan nak makan lagi."

"Boleh lagi.. Ramai juga orang kita makan time time macam ni kan."

"Itu mereka tapi kalau saudara nak lihat saya kembang saya boleh makan sekarang."

"Eh.. tak naklah nanti hilang manis Esha tu!"

"Ada ajelah saudara ni." Elliesha menggeleng kepala dengan usikkan Rizal Hafique

Rizal Hafique sekadar ketawa kecil dihujung talian.

"Kerja macam mana?"

"Alhamdulillah semakin ramai pelanggan dan tadi petang baru saja ada yang tempah 6 pasang baju tradisional."

"Syukurlah.".

"Saudara macam mana disana?"

"Alhamdulillah keadaan disini baik baik saja."

"Tak ada yang terpikat ke?" Elliesha sengaja menguji untuk melihat sama ada jawapannya gugup atau tidak

"Cemburu ke ni?"

"Ehh, saya tanya saudara bukan saudara tanya saya balik." jawab Elliesha pantas tanpa pedulikan kata kata Rizal Hafique

"Kalau ada pun buat apa Fique nak cari lagi, kan hati Fique dah dicuri oleh yang punya suara ditalian ni."

Aduhh!! Tulah gatal sangat nak kenakan dia sekarang terkena kat batang hidung sendiri..

"Esha.. masih ditalian?" tanya Rizal Hafique setelah seminit tiada respone dari Elliesha

"Ya saya masih disini."

"Ingatkan dah tidur tadi.."

"Takkanlah saya tidur masa talipon."

"Esha takkan tidur sebabkan saya ke?" Rizal Hafique sengaja menguji Elliesha

"Tak ada maknanya.." Elliesha berbohong sedangkan hatinya sedang senang bila mendapat panggilan dari Rizal Hafique tadi

"Kalau macam tu tak apalah.. Lain kali Fique talipon lagi." Rizal Hafique sedikit kecewa

"Ehh, tunggulah saudara tadi saya gurau aje, kalau terasa hati saya minta maaf sebab saya tak biasa. Saudara mestilah faham." Rizal Hafique tersenyum mendengar kenyataan Elliesha dengan lengkap hatinya juga tahu bahawa Elliesha tak bermaksud untuk berkata begitu cuma biasalahkan setiap hubungan apa sekalipun pasti ada pasang surutnya.

"Err.. kalau saudara tak maafkan saya tak apalah biar saya undur diri."

"Kenapa Esha kata begitu? Esha dah tak sudi kenal hati budi Fique lagi?"

"Saya rasa saudara dah salah faham."

"Maksud Esha?"

"Saya nak undur diri dulu kerana saya nak siapkan kerja sikit."

"Ooh.. itu ke maksud Esha tadi?"

"Ya.. dan kalau tak nak maafkan saya, esok esok ajelah saudara maafkan saya." Elliesha tahu Rizal Hafique baru sahaja kantoi dengan ucapannya biasalah bahasa Elliesha memang macam tu.

Rizal Hafique menepuk dahinya Kenapalah aku tak dengar dengan teliti tak fasal fasal aku kantoi.. nasib baik dia tak ada kat depan aku kalau tidak terbakar punya muka aku ni menahan malu..

"Jangan tepuk dahi tu nanti lain jadinya." Elliesha menegur apabila dihujung talian kedengaran bunyi seperti ditepuk sesuatu dan pastinya Rizal Hafique sedang menepuk dahinya

"Eh mana ada saya tepuk dahi."

"Kalau tak ada takkan berbunyi."

"Itu bukan tepuk dahi tapi Fique tepuk nyamuk tadi." sangkal Rizal Hafique

"Yakin??" Elliesha sengaja pancing reaksi RizalHafique ditalian

Rizal Hafique sekadar tersenyum ditalian kemudian mengucapkan selamat malam dan jangan berjaga terlalu malam pada Elliesha akhirnya Elliesha memberi salam dan dijawab olehnya.

Fique walau dirimu berjauhan tak pernah kau lupa untuk hubungi ku setiap malam. Aku tahu pasti bill mu semakin tinggi tapi kau tidak mempedulikannya. Dah seminggu Rizal Hafique ke Sydney bertugas disana selama sebulan rasanya bagai setahun Elliesha rasakan selama ini tak pernah perasaan ini menerjah didalam hati Elliesha tapi kini inilah jawapannya.. Mungkin dia adalah pilihan hatiku.

                                     ~~~♫~~~

Agak berat untuk Edryzal melupakan Elliesha dengan itu dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari kawan bapanya dan Edryzal telah berangkat kesana sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Disana banyak tugas yang perlu dibuat dengan secepatnya kerana banyak kes yang tergendala setelah syarikat itu dipindah ke cawanngan baru. Kedatangan Edryzal amat membantu disana secara perlahan lahan Edryzal dapat melupakan Elliesha.

"Hai.. Salam kenalan. Saudara orang baru ke disini?"

"Ya.. Saya orang baru disini."

"Ooh.. patutlah saya tak pernah nampak."

"Kenalkan nama saya Mardiah!" Mardiah mengenalkan dirinya kepada Edryzal.

"Saya Edryzal panggil saja Ryz."

"Okie.. Kalau gitu just call me Diah."

Edryzal mengangguk menandakan ya.

"U sorang je ke datang sini?"

"Ya.. kenapa?"

"Ooh.. Ingatkan dengan family."

"Tidak, kalau hal kerja saya lebih selesa seorang diri."

"I see.. Maaf kalau saya ni banyak tanya sebab saya tak biasa keadaan sunyi sepi."

"It's ok saya faham."

"Baguslah kalau begitu."

Edryzal melemparkan senyuman kearah Mardiah. Wajahnya tak ubah seperti Elliesha dari cara penampilannya yang sopan bezanya sikap peramahnya lebih terlihat dari Elliesha yang banyak berdiam

"Diah, lunch nanti saya belanja makan?"

"Kekasih hati awak tak marah ke?"

"Mana saya ada kekasih!"

"Takkan takde? Saya tak percayalah."

"Kalau tak percaya, terserah Diah untuk menilainya."

"Baiklah, kali ni saya percaya."

"Jadi macam mana? Sudi lunch sama?'

"Sure.."

"Eh lupa pula saya, Diah dah berpunya ya?"

"Tanya kita balik pulak.." Edryzal ketawa kecil

'Hanya nak berjaga jaga dari pandangan orang."

"That's why saya rasa selesa berbual dengan awak, Ryz."

"Maknanya Diah belum berpunyalah ya?"

"Ya.. Kalau dah ada saya takkan seperamah ini." Mardiah mengakuinya. Edryzal hanya tersenyum mendengar jawapan Mardhiah

Betul apa yang Diah katakan itu sejak aku ingin kembali mengenali hati Elliesha dia tidak seperamah seperti pertama kali aku mengenalinya dan mungkin inilah jawapannya bahawa dia sudah menyimpan perasaan pada seseorang iaitu Rizal Hafique

Edryzal kembali teringat sebelum dia terbang ke sini dia telah menghantar sekuntum mawar merah kepada Elliesha dan itu adalah kali terakhir mawar itu menghiasi dalam kehidupan Elliesha. Edryzal tak menyesal pernah menyukai Elliesha tetapi kekecewaan yang dirasakan amat berat untuk dia berdepan dengan Elliesha buat sementara ini.

Deringan lagu 11 januari nyanyian GiGI mematikan lamunannya Edryzal terhadap Elliesha.

"Fique!!" jawab Edyzal setelah melihat diskrin talipon bimbitnya tertera nama Rizal Hafique

Nak angkat ke tidak ni? Kalau angkat dah tentu aku kena jelaskan

Setelah 2 minit berlalu deringannya terhenti kemudian deringannya kembali terdengar dan akhirnya Edryzal mengambil keputusan untuk menerima panggilan itu.

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumsalam."

"Ed.."

"Ryz.." mereka berdua serentak memanggil nama

"Fique dulu.."

"Takpe Ryz cakap dulu."

"Tak nak.."

"Okie.. Ryz apa khabar kat sana?" Rizal Hafique menyerah dan memulakan dulu

"Baik alhamdulillah"

"Kerja?"

"Berjalan lancar."

"Fique nak minta maaf kerana mengecewakan hati Ryz."

"Fique tak perlu minta maaf dengan Ryz kerana Esha dah jelaskan semuanya sebelum memilih Fique."

"Tapi Ryz.."

"Fique tak perlu risau sekarang ni Ryz lagi dekat dengan seseorang tau." Edyzal sengaja menceriakan suasana yang suram itu kerana dia tidak ingin perasaannya diketahui oleh Rizal Hafique.

"Fique tak percayalah Ryz dah dapat peganti? Rizal Hafique meluahkan apa yang dirasakan."

"Buat apa Ryz nak tipu.. Kalau Fique nak tahu nama dia Mardiah."

"Kalau benar sekalipun Ryz lagi dekat dengan dia jangan memaksa hati kalau perasaan Ryz belum sedia memilikinya kerana Fique tahu apa yang sedang Ryz rasakan sekarang ini."

Aku tahu aku akan tewas bila berkata kata dengan Fique tapi aku akan cuba redha dengan ketentuannya dan aku akan cuba mengenali hati budi Mardiah kalau dia sudi menerima aku apa adanya!! Tapi tak terlalu siang ke untuk aku buka pintu hati ini?? Aku berserah kepadamu Ya Allah!

"Kalau termenung sekalipun bagilah salam akhir dulu ini tidak buat Fique menunggu advertise selesai je." Rizal Hafique sengaja berkata begitu untuk menceriakan suasana.

Edryzal gelihati mendengarnya.

"Sorie bro.. tak sengaja."

"Tak apa, lain kali buat lagi.."

"Tengoklah..." Edryzal tersenyum dihujung talian kemudian mereka berdua berbual mengenai pekerjaan dan lain lain lagi.

                                     ~~~♫~~~

Ezrulkifli mengajak keluarganya makan malam diluar memang tak dijangkakan oleh ibu bapanya dan Elliesha tetapi mereka mengikut saja. Sampai disebuah restoren semua makanan telah terhidang dan mereka lihat seorang perempuan lingkungan pertengahan 20 an sedang menunggu dimeja makan itu sampai saja di meja itu Elliesha terkejut bila melihat wajah perempuan didepannya itu.

"Kak Nis?"

"Esha.." Mereka berdua tidak menyangka dapat berjumpa sekali lagi.

Ezrulkifli mengenalkan Nisrina kepada ibu bapanya dan Elliesha. Setelah Nisrina mencium tangan Puan Azrida dan bersalaman dengan Elliesha mereka semua duduk kemudian Ezrulkifli menjelaskannya.

"Mak, abah.. kenalkan ini Nisrina kawan rapat Ez. Hari ini Ez tunjukkan pada mak dengan abah agar dapat mengenali Nisrina sebelum kami berdua menjejak ke alam pernikahan."

"Huh.. baru Esha ingat dekat mana Esha nampak kak Nis." Elliesha memintas 

"Dimana Esha?" tanya Ezrulkifli ingin tahu

"Masa tu Esha nampak kak Nis di hospital."

"Ya tak ya!! Kak Nis ingat juga masa itu Esha baru keluar dari bilik Dr Ruzain kan?"

"Ya.."

"Tak sangkakan dapat jumpa masa kak Nis tempah baju ari tu."

"Memang betul tu dan tak disangka sangka lagi kak Nis bakal jadi kakak ipar Esha."

Nisrina tersenyum malu Ezrulkifli mencuit hidung adiknya.

"Mak dengan abah tak ada komen ke?" tanya Elliesha manja

Puan Azrida dan Tuan Farizan berpandangan kemudian tersenyum mendengar pertanyaan Elliesha

"Kalau ada komen sekalipun biarlah kami aja yang berunding. jawab Tuan Hazim perlahan

"Kalau Esha join runding tak boleh ke?"

"Tak boleh, ni kan hal orang dewasa."

"Esha belum dewasa ke?"

"Belum.." Ezrulkifli senjaga menyakat adiknya

"Huuu.." Elliesha berlalu pergi

"Nak ke mana tu?" tanya Ezrulkifli cepat khuatir adiknya tersinggung

"Ada aja.." Elliesha sengaja melantunkan suaranya seperti sicilik di siaran tv indonesia.

Esha Esha.. ada ada aje kenakalannya umur dah 24 tapi sikap macam belasan tahun tapi itulah yang menghiburkan hati aku

"Nak kak Nis temankan?"

"Tak perlulah kak Nis kan orang dewasa nak berunding jadi Esha kenalah pergi seorang diri."

"Merajuklah tu.."

"Tak ada masa."

"Yelah tu.."

"Ez..." Puan Azrida menghentikan anak anaknya dari mengusik.

Elliesha berlalu pergi sambil tersenyum menang manakala Ezrulkifli sekadar menggeleng kepala.

Elliesha menuju cyber cafe yang disediakan dihujung korner kiri untuk pengunjung melayari internet.

Semasa Elliesha ingin melayari internet Elliesha terdengar satu suara seperti Elliesha kenali bertentangan dibalik computer. Apabila Elliesha melihat kedepan yang punya diri itu juga memandang kearah Elliesha. Kedua duanya terpaku kemudian temannya disebelah memanggilnya.

"Kenapa senyap?"

"Ahh, tak ada apa."

"Betul ke ni? Reaksi macam nampak Liesha je?"

Farish!! Siapa disebelah dia tu siap sebut nama aku lagi? Tapi betul ke yang dimaksudkan itu aku?

"Memang betul yang kau cakap tu!" Yusman Farish berkata jujur

"Huh!!!" Terpempan lelaki yang mendengar ucapan dari mulut Yusman Farish itu

Elliesha semakin hairan bila terdengar teman Yusman Farish seperti 'shock' mendengar jawapannya.

Lelaki itu mendongak untuk melihat apa yang baru saja dikatakan oleh Yusman Farish terlihatlah Elliesha seorang lelaki yang bernama Azrulshah lelaki yang pernah membenci Elliesha suatu ketika dulu kerana dia tak dapat apa yang diinginkan iaitu dia ingin Elliesha menjadi salah satu kawan yang berpengaruh dalam sekolah. Mungkin ramai yang pelik mendengar keinginan Azrulshah itu kerana apa yang dilihat dari Elliesha lain dari perempuan lain, kebanyakkan yang terlalu manja dan gedik. Bagi Azrulshah Elliesha seorang yang tegas dalam segala hal kerana itu dia inginkan Elliesha untuk menyertai kumpulannya tapi dengan penolakkan Elliesha ada saja yang dikenakan Elliesha hingga Elliesha terpaksa membawa diri ke sekolah lain dan dari situlah Elliesha berjumpa dan mengenali  Edryzal.

"Azrul!!"

"Liesha!!" Azrulshah menghampiri kearah Elliesha inilah pertama kali ia bersemu muka dengan Elliesha dan dia amat terpegun melihat Elliesha begitu ayu bertudung.

Kenapalah dulu aku sempat membenci dirinya mungkin kalau aku tak membenci dia dia takkan tukar sekolah dan aku takkan terlepas lihat perubahannya sedemikian rupa

"Azrul, kalau nak termenung sekalipun tutup lah mulut tu sikit ini tidak tak sopan langsung depan perempuan." Azrulshah tersedar kelakuannya yang melongo melihat Elliesha sebentar tadi dan dia jadi malu bila ditegur oleh Yusman Farish.

"Farish kenal Azrul?" tanya Elliesha ingin kepastian

"Bagaimana mungkin saya tak kenal, Azrul sepupu saya."

"Sepupu??" Elliesha terkejut mendengarnya

"Iya.. saya sepupu Farish dari dialah saya dengar ceriita cerita mengenai Liesha tapi tak sangka pula setelah 10 tahun tak berjumpa kita dipertemukan kembali hari ni.

"Kuasa tuhan Azrul.. Arul macam mana sekarang? Masih setia dengan geng lama?"

"Masih.. tapi dah jarang jumpa sebab yang lain dah ada keluarga sendiri."

"Oh ya?"

"Ya.."

"Tentu sekali Azrul juga dah ikut jejak mereka kan?"

"Oh tidak!! Saya belum kearah itu." Elliesha tersenyum mendengar jawapan Azrulshah

"How r u Liesha?"

"Im fine, alhamdulillah."

"Baguslah.. tadi Liesha dah tanya Azrul sekarang ni Azrul nak tahu juga bagaimana kehidupan Esha sekarang ni?"

"Rasanya Farish dah banyak cerita tentang saya pada Azrul kan.. Jadi itulah kehidupan saya sekarang ni."

"Okie.. Azrul terima jawapan Liesha tu."

"Azrul bagilah Far chance berbual dengan Esha ni dari tadi asik kao je."

"Lah.. nak berbual dengan Esha ke? ingatkan tak nak tadi. Azrulshah sengaja menyakat sepupunya."

"Mestilah nak dah beberapa bulan tak jumpa." jawab Yusman Farish sambil tersenyum kearah Elliesha

"Esha congrat atas pertunangan u dengan Fique."

"Tunang??" jerit Azrulshah

"Shhh.. perlahan lahan la jerit, ni tidak nak bagi semua orang dekat sini tahu ke?" Yusman Farish menegur sepupunya

"Opss sorie.. sorie.. terlepas tadi.. hehe.." Azulshah tersengih bila tersedar kesilapannya

"Bila pula saya tunang? Siapa yang beritahu Far?"

"Takkan dah tunang pun nak rahsiakan lagi?"

"Excuse me, i want to know betul ke Esha tunang? Dengan siapa huh? Far tak beritahu dengan Azrul pun?"

"Masa tu belum tepat masanya untuk diberitahu dengan sesiapa..

"Sekarang macam ni ya lupakan hal tunang tu sebab saya belum tunang dengan sesiapa... Memang saya kawan dengan Fique tapi perkara itu belum terjadi kalau terdengar sekalipun it can't be me... Mungkin orang yang menyatakan tu dah tak sabar nak lihat saya dengan Fique tunang kot. Kalau dah benar benar ada nanti saya takkan lupa kirimkan kad.. Tunggu aja la ya.

"Maybe.. hopefully cepat cepat langsungkan dan jangan lupa jemput."

"InsyaAllah.."

"Tapi kalau Esha jemput boleh diterima ke sepupu ku nan seorang?"

"Perlu ke kisah itu diungkit kembali Azrul.."

"Opss sorie cuzz.."

"Okielah saya minta diri dulu, tak selesa pula dengar hal u all berdua.."

"Maaf, tapi cepatnya dah nak pergi setahu Far, Esha baru saja duduk sini kan tadi?"

"Ya memang tapi mungkin kelurga saya dah nak balik sekarang ni."

"Baiklah tapi sudi tak kalau Liesha keluar makan dengan geng 'Francis' minggu ni?"

"InsyaAllah.."

"Okie kita jumpa di restoren 'Segar' jam 6 petang."

Elliesha mengerdipkan matanya menandakan 'ya'.

Elliesha kembali ke meja keluarganya dan pastinya Ezrulkifli serang untuk mengusiknya.

"Esha jangan lupa walau Fique berjauhan, hati Esha jangan beralih arah kemana mana!"

"Kenapa pula? Esha dengan Fique kan belum ada ikatan." Elliesha sengaja kata begitu kerana dia tak nak kalah dengan usikkan abangnya.

"Maksud Esha, Esha belum sedia menerima Fique? Kalau belum sedia kenapa beri harapan pada Fique." Puan Azrida menegur sebelum Ezrulkifli membalas kata kata adiknya

"Mak.. bukan itu maksud Esha, Esha kan lagi patahkan hujah abang Ez."

"Tapi kalau keluarga Fique ada disini bagaimana dan macam mana perasaan mereka kalau mereka sangka Esha permainkan perasaan Fique?"

"Betul apa yang Esha kata tu Az, lagipun mereka berdua belum ada ikatan apa apa walaupun mereka berdua saling menyukai antara satu sama lain."

"Tapi abang, kan tak manis didengar orang."

"Az percayalah pada Esha dia takkan memalukan kita lagipun apa salahnya Esha berkawan dengan yang lain semua itu kan kawan kawannya juga."

"Liesha.."

"Ada apa Azrul?" Elliesha agak terkejut bila Azrulshah menyapanya dari belakang.

"Lupa nak beri kad tadi."

"Oh.. terima kasih."

"Sama sama.."

"Mak, abah, abang Ez kenalkan ini Azrulshah kawan Esha masa menengah satu."

"Abang Ez rasa abang Ez pernah dengar namanya! r u Arul geng 'Francis'?"

"Ya memang itu geng saya."

"Awak rupanya yang buat adik saya berhenti sekolah!" Ezrulkifli sengaja seriuskan suaranya.

"Saya mohon maaf sebesar besarnya atas kenakalan saya, saya tahu saya dah buat kesilapan terbesar masa itu sampaikan Liesha berhenti dari sekolah disebabkan kenakalan saya dan geng 'Francis'.. Mungkin ia da berlalu tapi saya yakin ingatan keluarga abang pasti masih marah dengan saya."

Ezrulkifli tersenyum mendengar ketulusan kata kata maaf dari Azrulshah.

Adakah aku terlalu keras tadi sampaikan dengan sejujur jujurnya dia menjelaskan yang dia dan geng Francisnya bersalah!! Tak sangka aku orang yang kacau adik aku ni pun boleh tahan juga. Tapi tulah lambat muncul kalau tidak mungkin dia menjadi pilihan Elliesha. Tapi mungkin ke? Sedangkan dulu dia membenci Elliesha. Ish aku ni jauhnya pergi. Hafique dah sebati dalam diri Elliesha.

"Azrul jangan terlalu rasa bersalah pak cik dan keluarga dah lama maafkan, kami faham kenakalan kamu dan geng 'Francis' semasa remaja."

"Terima kasih pak cik kerana maafkan kami."

"Iya.." Tuan Hazim tersenyum kearah anak muda itu

"Tadi saya tengok awak bagi kad dengan Esha, ada apa?" Ezrulkifli masih menyoal lebih lanjut sengaja nak melihat reaksi lelaki itu.

"Saya nak ajak Esha makan malam minggu ni bersama dengan geng 'Francis' serta keluarga mereka"

"Wah.. tak jemput saya sekali ke?" Ezrulkifli sengaja buat muka tembok

"Kalau nak hadir sama boleh.. saya jemput sekali mak cik dan pak cik." dengan sopan Azrulshah menjemput keluarga Elliesha ikut serta

"Eh tak perlulah Azrul, pak cik ada hal minggu ni dan jangan salah faham dengan kata kata abang Esha ni dia suka sangat menyakat, terutama sekali dengan adiknya." Tuan Hazim telah menghancurkan harapan Ezrulkifli untuk ikut serta dalam makan malam itu

Azrulshah meminta diri setelah melihat keluarga Elliesha dah sedia nak berlalu dari restoren itu.

"Abah.. kenapa tak bagi Ez pergi?" tanya Ezrulkifli semasa mereka sedang menuju ke tempat letak kereta

"Janganlah kacau diorang biar Esha jumpa dengan mereka seorang diri."

"Tapi kan selalu abah suruh Ez atau Zid temankan Esha."

"Tak apa, kali ni biar Esha pergi seorang diri lagipun abah yakin dengan Esha.. Kalau dari sekarang tak suruh Esha pergi sendiri susah lah dia nak berdepan dengan orang."

"Kalau dah itu kata abah, Ez ikut je tapi masa balik Ez boleh jemput kan?" Ezrulkifli

"Dah tentu boleh, itu salah satunya tanggungjawab Ez pada Esha." Tuan Hazim menepuk bahu anak bujangnya kemudian memasuki kedalam perut kereta.

Elliesha dan Nisrina rancak berbual bersama hinggakan tak sadar mereka dah sampai didepan rumah Nisrina sebelum keluar dari kereta Nisrina mengucapkan terima kasih kerana kesudiaan Tuan Hazim dan Puan Azrida mengenalinya dan beri layanan yang amat menggembirakan hati setelah itu kereta meluncur laju menuju kerumah. Malam masih muda Elliesha dan keluarga masih berbual mesra dan bergurau senda hingga jam 2.00 pagi.

Pada hari minggu itu Elliesha dah bersedia untuk menemui Azrulshah dan geng 'Francis' dan pada masa itu juga Elliesha menerima panggilan dari Rizal Hafique, seronoknya tak terkata kerana dah dua hari Elliesha tak dengar khabar Rizal Hafique.

"Hai luvly, Assalamualaikum!!" sapa Rizal Hafique ditalian

"Wa'alaikumsalam. Siapa luvly saudara tu?" jawab Elliesha sambil menyoal

"Siapa lagi kalau bukan yang punya suara ditalian ini."

"Yakin ke yang ditalian ni luvly saudara?"

"Kalau tak yakin takkan lah saya talipon luvly saya disana."

"Saudara ni tak nak mengalah langsung."

"Mana boleh mengalah kalau berkata kata dengan Esha ku yang manis."

"Ooh macam tu ya, tak apa lain kali saya pun tak nak mengalah dengan saudara."

"Tak payah nanti sekarang pun boleh."

"Tak boleh lah saudara, sekarang ni saya nak keluar."

"Nak keluar? Dengan si..." Rizal Hafique menghentikan kata katanya pada Elliesha, dia belum berhak untuk bertanya kemana Elliesha hendak pergi kerana mereka berdua belum ada apa apa ikatan walaupun sejak kebelakangan ni hubungan mereka dah akrab tapi itu bukan salah satu sebab boleh ambil tahu segala hal yang dilakukan oleh Elliesha.

"Lamanya melamun.. dah nak ikut macam saya ke?"

"Huh!! Maksud Esha?"

"Tak ada apa, lupakan aje." Elliesha tahu Rizal Hafique ingin mengetahui kemana Elliesha pergi tetapi Elliesha yakin dia tidak mahu memaksa Elliesha untuk menyatakannya.

"Esha pergilah dulu tak baik langgar janji, esok Fique talipon lagi."

"Saudara tak nak tahu saya keluar dengan siapa?"

"Fique tak ada hak untuk ambil tahu, asalkan Esha pandai jaga diri Fique akan sentiasa mempercayai Esha."

"Saya akan jujur apabila saya dah bersedia menjadi milik saudara."

"Ambil masa Esha, Fique akan tunggu."

"Terima kasih kerana memahami."

"Tak perlu berterima kasih kalau Fique tak memahami Esha buat apa Fique menyimpan perasaan pada Esha lebih baik Fique enjoy aje, betul kan?"

"Betul tu, tapi kalau hati Fique dalam dilema adakah Fique masih boleh memahami saya?"

"InsyaAllah, Fique akan cuba untuk memahami Esha hingga hayat Fique. Elliesha terharu mendengarnya."

"Hati hati dalam perjalanan Esha." pesan Rizal Hafique

"Ya, baik. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam." Talian dimatikan Elliesha berangkat menuju ke destinasi.

Esha, hati Fique takkan beralih arah hingga Esha telah memutuskan pilihan hati Esha. Walau apa pun terjadi Fique akan sentiasa memahami Esha janganlah meragui kesetiaan ini dan kepercayaan yang telah Fique berikan pada Esha. Ya Allah!! aku berharap agar hubungan ku dengan Esha berkekalan hingga menjejaki alam pernikahan

"Fiq, esok kapten minta gantikan tempat Eric ke Amsterdam katanya Eric cuti sakit." beritahu Iktisham setelah melihatRizal Hafique mengakhiri perbualannya ditalian dan dia baru sahaja balik dari bertugas.

"Ohh ya..? tapi Fiq rasa tak sedap hati nak kesana!"

"Tak sedap hati, kenapa?"

"Entahlah.. rasanya esok Fiq tak dapat nak gantikan Eric, lagipun tugas Fiq cuma kat sini aje kan."

"Kalau memang Fiq rasa begitu beritahulah mereka siang siang supaya mereka dapat carikan orang lain."

"Hmm.."

"Okielah, aku nak bersihkan diri dulu." Rizal Hafique hanya memandang Iktisham berlalu ke bilik mandi.

* Maaf kerana menunggu lama sambungannya.. Semoga terhibur dengan kisah seterusnya..


Posted at 3/31/2008 10:26:52 pm by Hakitasalinas
Sila Komen  

Tuesday, February 05, 2008
~ K24 ~

Rizal Hafique tiba di hospital pada jam 4:00 petang waktu itu Rizal Hafique lihat Puan Azrida dan Puan Zurida sedang membaca Yassin didalam bilik. Rahayu Maishura dan Yazid pula baru saja selesai membaca Yassin. Rizal Hafique menghampiri mereka dan bertanya akan keadaan Elliesha.

"Tadi Esha sesak nafas tapi dah dapat ditangani oleh Dr Ruzain dan abang Ez."

Rizal Hafique terpaku mendengarnya

Ya Allah Ya Tuhanku janganlah kau ambil dia dari kami!! Sembuhkan dia agar dia cepat sedar. Aku tak sanggup melihat dia berkeadaan begini.

Pagi tadi Yazid baru saja memberitahu Faikah7 akan keadaan Elliesha dan meminta agar Faikah dapat membantunya pada esok hari di butik semasa dia ke hospital. Faikah bersedia menolong kebetulan pula Faikah masih menunggu jawapan dari atasannya kerana hendak ditukarkannya di cawangan lain. Pada tengahari itu Faikah dan Aidil Hazri berkunjung ke hospital dan mereka dapat melihat keadaan Elliesha yang masih belum sedarkan diri Faikah memegang tangan kawannya sambil memberi semangat agar cepat sedar. Keempat empat adik Elliesha belum sempat hadir melihat keadaan Elliesha walau begitu mereka sentiasa mendoakan kesihatan Elliesha.

Malam itu ibu bapa Rizal Hafique bertandang ke hospital untuk melihat keadaan Elliesha semasa mereka sedang bersalaman dengan keluarga Elliesha mereka lihat Rizal Hafique dan Yazid baru sahaja selesai solat Isyak dengan penuh khusyuk dan tawadhuk kemudian mereka berdoa mengharapkan kesembuhan Elliesha. Ibu bapa Elliesha yang melihat kejadian itu amat menyentuh hati. Kejadian itu juga telah membuatkan ibu Rizal Hafique faham akan perasaan anaknya terhadap Elliesha

Selama ini kalau ditanya mengenai pasangan hidup mesti nak mengelak tapi semalam bila dia dapat tahu Elli kemalangan malam tu juga dia sanggup datang. Kalau benar ini pilihan Fique, mama setuju sangat!! Dah lama mama berkenan dengan Elli cuma mama tak yakin Fique akan setuju dengan pilihan mama. InsyaAllah kalau Elli dah sihat mama akan berbincang dengan keluarga Elli.

                                   ~~~♫~~~

Lima hari telah berlalu Rizal Hafique tak putus putus menunggu dan menjaga Elliesha walaupun dah banyak kali diminta untuk berehat dia tetap tidak mahu. Akhirnya pada jam 5:00 petang tangan Elliesha menunjukkan tindak balas semasa itu Rizal Hafique baru sahaja menyelesaikan solat Asarnya. Apabila melihat tangan Elliesha bergerak dengan cepat Rizal Hafique memanggil Ezrulkifli setelah diperiksa Ezrulkifli mendapati keadaan adiknya semakin membaik. 10 minit kemudian Elliesha membuka matanya. Elliesha lihat disisi kanannya Rizal Hafique dan disisi kirinya Ezrulkifli. Elliesha tersenyum melihat mereka berdua.

Ezrulkifli memegang tangan adiknya dan sekali lagi air matanya mengalir menandakan ia terlalu gembira dengan keadaan adiknya sekarang ini. Elliesha cuba hendak bangun tapi Ezrulkifli menyuruhnya berehat. Elliesha tetap enggan kerana dia rasakan dah beberapa hari dia baring dikatil itu akhirnya Ezrulkifli menyerah membangunkan adiknya agar menyandar. Elliesha memegang dikepalanya dan dia bersyukur kerana kepalanya masih ditutup dengan selekup Ezrulkifli yang faham dengan keadaan Elliesha hanya tersenyum.

"Abang Ez macam mana Esha ada kat hospital?"

"Esha tak ingat kejadian 5 hari yang lalu?" Elliesha cuba mengingati apa yang telah berlaku hingga dia masuk ke hospital kemudian semuanya kembali berputar diingatannya.

"Esha.." panggil Ezrulkifli apabila melihat adiknya berdiam diri

"Ya abang Ez, Esha ingat.. masa tu Esha nak selamatkan Zid dari dilanggar tapi tak sangka pula Esha yang tercampak." Mungkin semua ni terjadi kerana Esha tak beritahu perkara sebenar pada abang Ez.

"Esha minta maaf abang Ez.." Elliesha terasa sebak bila menuturkan kata maaf

"Sudahlah itu Esha.. Abang Ez dah maafkan. Jangan diingatkan lagi hal itu. Abang Ez faham kenapa Esha nak rahsiakan."

Elliesha menyalam tangan abangnya kerana memahami

"Abang Ez dengan Fique dah berbaik?" tanya Elliesha perlahan pada masa itu Rizal Hafique dah pun beredar keluar untuk memanggil keluarga Elliesha

"Dah.."

"Bila?" tany Elliesha berminat

"Pada hari Esha cari data AVM!"

"Macam mana abang Ez tahu Esha cari data tu?"

"Esha dah lupa ke? kan abang Ez boleh siasat apa orang lain lakukan semasa melayari sesuatu tempat di laptop abang Ez.

"Iyalah, Esha lupa." Elliesha mengaku dia dah tersilap

Ezrulkifli sekadar tersenyum kemudian kembali pada cerita asal setelah melihat adiknya menjungkitkan keningnya

"Tengahari dia datang kat hospital dan dia minta penjelasan dari abang Ez, mula mula memanglah abang Ez tak percaya tapi bila dia berkata dengan sungguh sungguh barulah abang Ez yakin."

"Jadi apa sebenarnya berlaku masa tu?"

"Sebenarnya perempuan yang abang Ez lihat tu penyeluk saku dan dia tak bagi Fique bergerak kerana perempuan tu dah acuh pisau lipat kearah dia."

"Ya Allah!! Habis tu siapa yang tolong?"

"Kawan dia masa dah nampak aje pisau lipat tu ada kat tangan perempuan tu kawan dia terus atur strategi untuk menangkap perempuan tu. Akhirnya berjaya."

"Fuh.. Nasib baik dapat tangkap kalau tidak siapalah mangsa seterusnya."

"Sebab tu kita kena hati hati walaupun kat dalam pusat membeli belah." Elliesha menganggukan kepalanya dengan pesanan abangnya

Alhamdulillah kebenaran telah terungkap.. Tak sia sia aku membela dia tapi apa kena mengena kalau aku bela dia sekalipun bukan aku dengan dia...

"Esha!!"

"Ya?" Elliesha tersengih melihat abangnya menjegilkan mata kerana dah tahu sangat sikap adiknya yang kuat melamun

"Abang Ez nak beritahu semasa menjalani pembedahan, rambut Esha terpaksa dicukur

"Semua ke?" tanya Elliesha terkejut

"Mestilah, kalau tidak macam mana nak bedah!"

"Alah malulah Esha."

"Apa yang nak malu Esha kan pakai tudung."

"Tipu ahh.."

"Eh Esha ni tak percaya pula"

Sekali lagi Elliesha memegang kepalanya dan memang benar dia merasa ringan saja kepalanya itu.

Inilah salah satu sebab aku tak nak jalani pembedahan. Tak fasal fasal rambut kesayangan aku hilang!!  Baru saja Elliesha hendak berkata kata dengan Ezrulkifli, ibu bapanya dan ibu bapa saudaranya muncul.

"Esha macam mana sekarang?" Puan Azrida dan Puan Zurida menerpa Elliesha dan memeluknya

"Alhamdulillah mak.."

"Kenapa Esha tak nak beritahu mak, Esha sakit? Kalau kemalangan tu tak berlaku mungkin sampai bila bila pun mak tak tahu."

"Mak jangalah sedih Esha tak nak mak risau. Esha tahu Esha salah.. Esha minta maaf mak.. abah."

"Sudahlah tu Esha, banyakkan rehat Esha baru saja sedar dah banyak cakap."

"Az pun janganlah tanya Esha dulu, beri dia rehat." balas Tuan Fariszan lagi

Puan Azrida mengangguk dan memegang tangan anaknya. Elliesha tersenyum mendengar kata kata abahnya

Mana Yazid ni dari tadi tak nampak? Takkan dia masih marah kat aku!!

Setengah jam kemudian Elliesha dipindahkan ke wad VIP pada mulanya Elliesha bantah dengan cadangan abahnya tetapi apabila abangnya memberitahu bahawa semuanya dah disediakan oleh pihak hospital dengan bayaran yang berpatutan. Elliesha mengalah.

Rizal Hafique telah berundur keluar setelah melihat Elliesha dan keluarganya sedang mesra berbual bersama.

Terima kasih Ya Allah kerana kau telah menyembuhkannya dan mengembalikan keceriaannya disisi keluarganya.

Pada jam 9:00 malam Yazid, Iman Shauqi, Najwan, Minziana dan Andini menuju ke hospital sampai saja mereka lihat Elliesha baru sahaja selesai makan. Sebelum mereka menghampiri Elliesha mereka menyalam tangan Puan Azrida dan Puan Zurida kemudian Minziana dan Andini bersalaman sambil memeluk Elliesha. Puan Azrida yang melihat mereka berlima sedang mesra berbual dengan anaknya berundur meninggalkan mereka

"Esha, mak dengan mak Zu keluar dulu ya."

"Baiklah mak." Elliesha melemparkan senyuman kepada Puan Azrida dan Puan Zurida.

"Esha, Zid minta maaf dengan sikap zid hari itu."

"Tak perlulah minta maaf Esha yang bersalah."

"Mana ada Esha salah kalau Zid tak buat hal hari tu semua tak jadi"

"Takpelah Zid semuanya dah berlaku, sekarang ni kita dua kosong kosong!"

"Baiklah." akhirnya bibir Yazid terhias dengan senyuman yang boleh melenturkan hati

Mereka berlima berkongsi cerita bersama semasa ketiadaan Elliesha di Ellies@Zid Collections. Elliesha terhibur dengan kehadiran mereka semua. Emilia juga baru sahaja datang setelah jam 11:00 mereka berempat meminta diri dan Yazid menghantar Emilia pulang. Rupa rupanya semasa hubungan mereka jernih kembali mereka dah mengambil keputusan untuk lebih serius lagi. Pastinya tak lama lagi Puan Zuirda dan Puan Azrida menerima kehadiran menantu.

Rizal Hafique dah pun pulang kerumah keadaanya agak letih kerana itu dia tak dapat berbual dengan Elliesha. Rizal Hafique tak nak terburu buru untuk Elliesha menerimanya biarlah Elliesha sembuh dulu dan bersedia dari segala aspek.

Elliesha dapat tahu dari Ezrulkifli dan Yazid bahawa selama lima hari yang lalu Rizal Hafique adalah orang paling setia menemani Elliesha disini. Elliesha yang mendengar akan hal itu bagai tidak percaya kerana selama ini Rizal Hafique tidak pernah meluahkan sesuatu perkara yang kearah perasaan hanya dari reaksi mata dan senyumannya saja yang sedikit tertanya tanya didalam hati.

Tapi sayang sekali kerana Rizal Hafique tidak munculkan dirinya semula setelah Elliesha sedar tadi. Akhirnya mata Elliesha diminta tutup dengan segera.

                                  ~~~♫~~~

Edryzal telah mendapat pesanan ringkas dari sepupunya pada 5 hari yang lalu tetapi hatinya berat hendak kesana bukan kerana kecewa tapi belum bersedia untuk lebih terluka. Setahunya Rizal Hafique dah berada di Eropah bagaimana boleh berada di hospital ini menandakan Rizal Hafique juga menaruh hati pada Elliesha kerana itu semasa Edryzal ingin mengajak Rizal Hafique ikut serta dengan acara keluarga Rizal Hafique menolak rupa rupanya ini disebaliknya. Tapi Edryzal tidak berdendam pada sepupunya kerana Edryzal pernah nampak kejadian yang tidak disegajakan antara mereka berdua disalah sebuah restoren terkenal. Padanya kalau memang benar Rizal Hafique pilihan Elliesha dia bersedia melupakan Elliesha dari ingatannya.

3 hari kemudian Elliesha menerima sekuntum mawar merah yang sepatutnya dah tiba pada seminggu yang lalu. Ada sekeping kad tersangkut di tepi mawar itu Elliesha membukanya dan membaca

Apabila Elliesha baca dengan teliti Elliesha yakin dan pasti pengirim yang selama ini menghantarkan bunga bunga itu adalah Edryzal.

"Siapa yang beri itu Esha?" tanya Yazid semasa melangkah masuk ke bilik

"Penggemar rahsia."

"Macam mana dia tahu Esha ada kat sini?"

"Esha tahu siapa yang beritahu dia!"

"Siapa?"

"Fique.."

"Kenapa pulak?"

"Penggemar rahsia Esha selama ini adalah Ryz.."

"Betul ke Esha?" tanya Yazid inginkan kepastian kerana selama ini tak pernah Edryzal menunjukkan kelainan semasa berjumpa

"Ya Zid.. kat sini dia ada kata dia nak bawa diri dia sebelum kembali berteman seperti sediakala."

Yazid mengangguk setelah melihat apa yang tertera didalam kad itu.

"Semoga hatinya dapat diubati oleh seseorang."

"InsyaAllah.. Esha pun harap begitu."

Rizal Hafique baru sahaja tiba kemudian membantu membawa beg Elliesha. Elliesha yang melihat keadaan itu cuba menahan tetapi Rizal Hafique dah pun berlalu. Yazid memegang tangan Elliesha dan mereka beriring jalan kearah kereta. Ezrulkifli meminta tolong Yazid dan Rizal Hafique untuk membawa Elliesha pulang kerana Elliesha dah tak betah lagi tinggal di hospital lama lama kerana kebetulan Ezrulkifli ada mesyuarat dengan doktor dari luar negara jadi tak dapatlah dia membawa Elliesha pulang. Setelah mendapat keizinan pulang semalam semuanya menanti Elliesha dirumah. Didalam kereta Rizal Hafique banyak berdiam diri kerana dia tak tahu apa yang ingin dikatakan lidahnya terasa kelu. Elliesha yang melihat reaksi Rizal Hafique hanya membiarkan saja.

Mungkin dia lagi cari ayat yang sesuai tak?

Sampai saja Elliesha disambut dengan meriah berbagai juada yang telah dihidangkan. Elliesha gembira dengan kehadiran keluarga keempat empat adiknya begitu juga dengan Puan Marzilah sekeluarga, Emilia,Faikah dan Aidil Hazri. Tak sangka semasa keadaan begini mereka semua dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Ada hikmah disebaliknya.

Rizal Hafique mula rancak berbual setelah diusik oleh adiknya dan dia kelihatan gembira apabila Elliesha dengan berani membalas usikkannya hingga akhirnya mereka tercetus kearah perasaan. Ramai mata yang memandang Rizal Hafique dan Elliesha dah pastinya wajah mereka berdua dah merah padam menahan malu.

Yazid cuba mengalihkan perhatian kemudian Elliesha ke taman belakang untuk menutup perasaan malunya yang tak terhingga.

Macam manalah aku boleh berani balas usikkan dia tadi. Akhirnya kena kat batang hidung sendiri.. Tapi apa yang dikatakan itu adalah benar aku yakin dengan pandangan matanya dan cara dia meluahkan..

Elliesha kembali teringat akan kejadian sebentar tadi pada masa itu mereka sedang bermain kata kata siapa yang pantas membalas kata kata lawannya diberi hadiah istimewa dari pihak berkenaan.

"Kalau benar sekalipun saya berminat pada seseorang pastinya saya hanya bertepuk sebelah tangan."

"Esha pasti Esha bertepuk sebelah tangan? Manalah tahu orang yang Esha berminat tu juga rasakan yang dia sedang bertepuk sebelah tangan!"

"Kalau memang kedua duanya dah bertepuk sebelah tangan munculkan diri agar saya boleh menerimanya!"

"Sudi ke Esha menerima Fique?"

Kelu lidah Elliesha untuk membalas kata kata akhirnya Rizal Hafique memenangkan permainan itu walaupun Elliesha tahu apa yang dikatakan oleh Rizal Hafique tadi memang benar bukan sekadar meluahkan saja kerana dari pandangan matanya itu dan ucapannya benar benar memberi kejutan pada perasaan Elliesha.

Elliesha kembali kealam nyata dan menoleh kearah suara yang memanggil namanya.

"Esha, apa yang Fique katakan tadi adalah benar bukan dusta. Kalau Esha tak percaya Fique sedia dibedah supaya Esha mempercayainya."

"Dibedah??" Elliesha amat terkejut bila mendengar kenyataan Rizal Hafique

"Ya.. sebab dalam hati Fique dah terlalu penuh dengan nama Esha!"

"Saudara ni kuat bergurau juga ya?" Elliesha tidak menyangka Rizal Hafique seorang yang bijak mengatasi suasana yang sedang hangat

Rizal Hafique seperti tak kena gaya mendengar kata kata Elliesha walau begitu senyuman Elliesha itu telah menenangkan hatinya kembali.

"Kalau benar sekalipun beri saya peluang untuk mengenali hati budi saudara tapi jangan terburu buru untuk menjadikan saya sebagai teman hidup." balas Elliesha lagi setelah melihat Rizal Hafique tidak menunjukkan respone

"Baiklah.. Fique sedia menunggu." kembang hati Rizal Hafique apabila ada sedikit ruang dihati Elliesha untuk didiaminya

"Ehem.. Ehem.. Buat apa tu?"

"Eh Aira.. Curi curi dengar perbualan kak Esha dengan abang Aira ya?"

"Mana ada, cuma Aira tengok mesra aje kak Esha dengan abang Fique. Rahayu Maishura senjaga mengenyitkan matanya kearah mereka berdua

Elliesha hanya membiarkan saja usikkan itu manakala Rizal Hafique menggeleng kepala melihat kerenah adiknya yang suka mengusik.

"Tak memerah lagi ke muka itu?" Rahayu Maishura sengaja menguji

"Aira.. Aira.. mari kak Esha tunjukkan novel novel baru yang baru kak Esha beli beberapa minggu yang lalu."

"Okie kak Esha, Aira menyerah." Elliesha mencuit pipi Rahayu Maishura dan mereka berlalu pergi

Rizal Hafique mendongak ke langit melihat betapa indahnya awan yang berbagai bentuk kerana ditiupi angin.

Subhanallah.. Penantian ku selama ini tak sia sia kerana dia sudi memberi sedikit ruang hatinya untuk mengenaliku


Posted at 2/5/2008 5:42:33 pm by Hakitasalinas
Sila Komen  

Friday, February 01, 2008
~ K23 ~

Puan Marzilah dan Tuan Hazim baru sahaja melawat sanak saudaranya yang sedang sakit dihospital itu apabila mereka ternampak Yazid sedang bersedih di depan bilik pembedahan kedua dua suami isteri itu menghampirinya.

"Yazid.."

"Aunty Zilah, Uncle Hazim." Yazid menyalam tangan mereka berdua

"Zid tunggu siapa?"

"Esha.. aunty Zilah!"

"Kenapa dengan Esha?"

"Esha kemalangan."

"Ya Allah.. Sekarang ni macam mana keadaannya?"

"Belum tahu lagi aunty.."

"Kita doakan semoga Elli selamat"

"Ya.."

"Keluarga Elli dah tahu ke belum?"

"Belum.. sebab mereka ada kat kedah hanya abang Ez saja yang tahu kerana dia sedang menangani Elliesha sekarang ni."

"Alhamdulillah kalau begitu."

"Zid dah beritahu pada mak?"

"Belum lagi.."

"Kalau begitu biar uncle talipon abah Esha masih sempat lagi kalau mereka balik malam ni." Yazid hanya menganggukkan kepalanya.

Talian yang dihubungi sejak dari tadi masih saja tak dapat respone Tuan Hazim berusaha untuk menghubungi tempat Tuan Fariszan bertugas tapi tak dapat disambungkan. Setelah 15 minit mencuba Tuan Hazim menyerah untuk menunggu sahaja.

                                   ~~~♫~~~

Berkali kali Puan Azrida menghubungi rumahnya tetapi tidak ada yang angkat begitu juga dengan talipon bimbit anak anaknya tapi semuanya tak dapat respone. Hati Puan Azrida semakin risau sejak dari tadi hatinya rasa sayu sangat hinggakan dia rasa ingin kembali sekarang juga untuk melihat keadaan anak anaknya harapannya agar anak anaknya tidak terjadi apa apa. Akhirnya Puan Azrida menghubungi adiknya Puan Zurida.

"Assalamualaikum Zu."

"Wa'alaikumsalam, kak Az apa khabar kat sana?"

"Alhamdulillah baik. Kak Az nak tanya, Esha ada kat rumah Zu ke?"

"Tak ada kak Az.. Kenapa?"

"Dari tadi kak Az talipon rumah tak ada yang angkat bila talipon hp dia tak ada jawapan Ezrul pun macam tu juga!"

"Iya kak Az.. Jangan jangan Zid ajak Esha pergi mana mana tak?"

"Mungkin jugak.. Tapi tulah dari tadi hati kak Az ni rasa lain macam je."

"Maksud kak Az, ada sesuatu terjadi dengan Esha ke?"

"Rasa macam tulah Zu lagipun abang Zan belum balik lagi katanya ada mesyuarat sebab tu lambat balik."

"Kak Az sabar ya.. Zu pun risau juga ni nanti Zu cuba hubungi Zid harap harap Esha ada dengan dia."

"Iyalah kak pun harap begitu." Setelah talian diputus Zurida menghubungi anaknya pada mulanya tidak dapat apabila mendail sekali lagi akhirnya dapat juga.

Setelah menjawab salam dari ibunya talipon bimbit Yazid telah bertukar tangan pada Puan Marzilah. Semasa memberitahu keadaan Elliesha, Puan Azrida hampir saja rebah bila mendengar berita itu Tuan Kamarruzaman yang melihat keadaan isterinya menerpa dan memapahnya kemudian ia bertanya pada isterinya apa yang telah terjadi setelah diberitahu dengan sekuat tenaga yang ada Tuan Kamarruzaman menghubungi kakak iparnya, Puan Azrida.

"Wa'alaikumsalam. Siapa tu?"

"Arruz kak!!"

"Ya Aruz, dah dapat berita Esha dengan Zid?"

"Dah kak.."

"Mereka dimana?"

"Kak banyak banyakan bersabar ya.."

"Kenapa ni Arruz?"

"Esha kak.." hati Puan Azrida kacau bilau bila mendengar adik iparnya berkata begitu

Ya Allah!! Apa yang terjadi pada Esha..

"Esha kemalangan kak dan sekarang ni mereka ada di hospital." Tuan Kamarruzaman terasa sebak apabila menyatakan perkara sebenar pada kakak iparnya

"Ya Allah.. Esha!!!" Puan Azrida bagai histeria seketika mendengarnya tapi dia cuba kawal untuk tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan.

"Kak.. banyak banyakkan bersabar dan berdoa.

"Ya Arruz, beritahu pada Zu kak akan usahakan balik malam ni juga."

"Baik kak."

Talian dimatikan Tuan Fariszan yang baru sahaja balik terpancar kesedihan diwajahnya Puan Azrida yang melihat wajah suaminya itu dapat pastikan yang suaminya telah mengetahui berita ini. Tuan Fariszan mendakap isterinya agar hatinya dapat kembali tegar menghadapi semua ujian ini setelah itu mereka bersiap sedia untuk berangkat pulang.

                                    ~~~♫~~~

Penerbangan Rizal Hafique ke Eropah tertunda dan Rizal Hafique terpaksa bermalam di Hotel Le Meridien selama 3 hari. Berbagai bagai andaian yang bermain difikirannya

Mesti Ryz tengah gembira sekarang ni, kalau tidak takkan dia tak talipon aku.. Akhirnya ini kesudahan aku dengan dia.Tapi hairan jugak kenapa Aira belum talipon talipon aku lagi? Selalunya apa yang berlaku dia mesti talipon aku segera. Mesti ada sesuatu yang berlaku ni kalau tidak takkan dah 2 hari tak dapat berita. Airalah satu satunya 'informer' aku masa berjauhan.

"Fiq esok flight kita jam 8:00 kan?"

"Yep.. Kenapa?"

"Tak ada apa aku tanya aje."

"Ada apa sebenarnya?"

"Aku dapat berita tadi."

"Berita apa?"

"Ria beritahu aku yang dia nampak aunty dengan uncle ada kat hospital sekarang." sebentar tadi kekasih hatinya, Ariana telah menghubunginya untuk memberitahukan perkara itu kerana pada waktu itu Ariana baru sahaja hendak bertapak pulang dari hospital setelah mengunjungi kawannya.

"Betul ke? Jangan jangan.." Rizal Hafique teringat pada adiknya kerana dah 2 hari dia tak dengar berita dari adiknya

Janganlah terjadi apa apa pada Aira.. Aku tak sanggup kehilangan adik yang sangat aku sayangi dan memahami aku.. Ya Allah, lindungilah Aira..

"Lebih baik Fiq talipon diorang, mungkin diorang tak sempat nak talipon."

"Ya baiklah.." Sebelum Rizal Hafique menghubungi keluarganya dia berterima kasih kepada kawannya, Iktisham. Mereka berdua dah berkawan lama sejak U lagi dan mereka juga ceburi didalam bidang yang sama.

Setelah memberi salam Rizal Hafique bertanya akan tujuannya yang sebenar.

"Ma, Aira mana?"

"Aira ada dekat rumah.. Mama dengan papa aje yang kat hospital!"

"Siapa sakit ma?"

"Elli.. dia kemalangan."

"Apa ma.. Esha kemalangan? Bila?" Rizal Hafique tersentak bila mamanya memberitahu bahawa Elliesha kemalangan

"Ya Fique.. tadi pukul 9:00, sekarang ni Elli lagi ada diruang kecemasan sedang dibedah."

"Kenapa sampai bedah ma?" tanya Rizal Hafique penuh sebak walaupun begitu dia harus tegar kerana dia tak nak ibunya tahu apa perasaan dia terhadap Elliesha

"Elli mengalami penyakit AVM dan salur darahnya dah pun pecah."

"Ya Allah ma.. Ma, Fique tutup dulu."

"Iyalah.. Hati hati disana Fique." Setelah talian dimatikan Rizal Hafique tak tahu apa lagi yang harus dibuat yang dia tahu sekarang juga dia ingin kembali melihat keadaan Elliesha tak kiralah Edryzal dah menjadi pilihan Elliesha atau tidak asalkan dia ingin tahu dengan jelas keadaan Elliesha sekarang ini.

"Kenapa Fiq?" tanya Iktisham risau bila melihat kawannya seperti ada masalah

"Fiq rasa Fiq tak boleh teruskan untuk ke eropa."

"Kenapa?"

"Fiq kena balik sekarang jugak kerana Fiq tak nak kehilangan orang yang telah mengisi ruang hati Fiq."

"Maksud Fiq?"

"Dia ada kat hospital sedang bertarung nyawa."

"Dia kemalangan?" andai Iktisham

"Ya Sham."

"Sabar Fiq.. Kalau begitu biar Sham uruskan tiket penerbangan balik. Urusan kerja biar Sham uruskan ."

"Terima kasih Sham, Fiq amat menghargainya. Esok Fiq akan talipon pihak atasan untuk menjelaskan pada mereka."

"Jangan risaukan hal itu, Fiq selesaikan aje dulu masalah disana."

"Okielah.."

Setengah jam kemudian Rizal Hafique dah pun bersiap sedia menuju ke lapangan terbang KLIA dan tiket yang baru saja ditempah oleh Iktisham baru saja diuruskan dan boleh diambil di kaunter penerbangan. Sampai saja di lapangan terbang Rizal Hafique bersalaman dengan Iktisham dan mereka saling nasihat menasihati supaya jaga diri disana nanti. Rizal Hafique berlalu masuk meninggalkan Iktisham.

                                  ~~~♫~~~

Yazid yang merasa bersalah dengan kejadian itu tadi tak dapat bendung kesedihannya semasa ibu bapanya datang mereka menghampiri Yazid untuk menenangkan keadaanya. Jam dah menunjukkan ke pukul 1:30 pagi Puan Azrida, Tuan Hazim dan Rizal Hafique beriring ke hospital kebetulan semasa hendak kesini mereka terserempak di lapangan terbang dan tujuan mereka juga sama.

"Mana Esha?"

"Esha masih kat dalam Umi.. abang Ez pun ada kat dalam." Puan Azrida masih bersedih yang dia inginkan sekarang adalah melihat wajah anaknya yang dirindui.

Ibu bapa Rizal Hafique dah tentunya terkejut melihat anak bujang mereka ada disitu kerana baru sahaja anaknya menghubungi dari KL ntah macam mana boleh berada disini pula.

"Fique tak bertugas ke?" Rizal Hafique mencium tangan ibu bapanya

"Fique cancel ma."

"Kenapa? tanya Puan Marzilah pelik"

"Awak ni Ilah macam tak pernah muda pulak!" Tuan Hazim dapat menangkap maksud anaknya itu

"Maksud abang, Fique dengan Elli?" Puan Marzilah terkejut mendengar hal itu

"Iyalah takkan dengan abang pulak."

"Ish abang ni.. orang lagi genting masih sempat nak main main."

"Abang bukan main main tapi abang nak relaxkan keadaan yang lagi genting ni." Puan Marzilah faham maksud suaminya

Rizal Hafiqeu yang mendengar hanya diam sahaja kemudian berjabat tangan dengan Tuan Kamarruzaman,Yazid dan Yusman Farish. Rizal Hafique tertanya tanya dimana Edryzal berada sekarang ni takkan tak ada yang beritahu keadaan Elliesha pada dia.

Semasa Rizal Hafique ingin bertanya lanjut pada Yazid pintu kecemasan terbuka dan muncul Dr Ruzain dan Ezrulkifli di depan muka pintu paling utama yang menerpa tentulah ibu bapa Elliesha. Ezrulkifli yang melihat kedatangan ibu bapanya mencium tangan mereka berdua kemudian memberitahu pembedahan berjalan dengan baik dan keadaan Elliesha sekarang stabil hanya Elliesha saja belum sedarkan diri buat masa ni. Mereka semua memanjatkan kesyukuran akhirnya pembedahan selesai dijalankan dan mereka berharap agar Elliesha cepat sedar. Rizal Hafique yang mendengar keadaan Elliesha merasa tenang sedikit dihatinya walaupun dia tahu Elliesha belum sedarkan diri. Elliesha telah dipindahkan ke unit ICU kerana keadaannya masih belum sedarkan diri. Diruang itu hanya 2 orang saja yang boleh masuk dan menemani. Pada mulanya Puan Azrida dan Tuan Fariszan ingin berada disana tetapi dipujuk oleh Ezrulkifli agar berehat dirumah kerana ibu bapanya tentu penat masa dalam perjalanan balik tadi. Walaupun berat untuk meninggalkan anak gadisnya tapi dia harus mengaku yang suaminya tentu penat dari kerja tadi terus pulang ke sini tanpa rehat. Tuan Kamarruzaman sedia menghantar kakak iparnya dan sepupunya balik. Tuan Marzilah dan Tuan Hazim meminta diri untuk pulang setelah melihat keadaan Elliesha sebentar tadi.

"Fique mari balik?"

"Tak ma.."

"Fique kan masih letih."

"Tak ma, Fique nak tunggu sini..."

"Ilah biarkan Fique kat sini, boleh dia temankan Yazid dan yang lain."

"Baiklah kalau itu yang Fique nak, mama dengan papa balik dulu." setelah Rizal Hafique mencium tangan ibu bapanya dia memandang Elliesha dari cermin kaca.

Hebatnya dirimu Esha, walau sedang sakit wajahmu tak pernah menunjukkan kesakitan yang kau hadapi wajahmu sentiasa terhias dengan senyuman

"Fique nak temankan Esha?" tanya Yazid setelah melihat Rizal Hafique masih berada disitu sedangan semuanya dah pun beredar

"Ya Zid." Yazid tersenyum melihat orang yang selama ini telah mencuri hati Elliesha sedia menemaninya

Yusman Farish dah pun beredar dari hospital kerana esok dia ada tugasan yang perlu diselesaikan dan dia telah bersedia mengundurkan diri dari memiliki hati Elliesha kerana dia yakin bahawa Rizal Hafique adalah orang yang tepat untuk membahagiakan Elliesha. Tak sia sia dia melihat ketetapan hati seorang perempuan seperti Elliesha selama 8 tahun dan Elliesha tak pernah mengabaikan pelajarannya begitu juga dengan pekerjaannya, Elliesha telah menunjukkan bahawa dia boleh berjaya sebelum dia dimiliki seseorang dan pada pandangan Yusman Farish, Rizal Hafique seorang yang bertanggungjawab kerana sedia meninggalkan tugasnya semata mata untuk menemani Elliesha disini.

Sungguh hebat!! Aku pula tak sanggup lakukan itu semua walaupun YF Gallery itu kepunyaan aku sendiri. Aku dah faham kenapa selama ini perempuan yang aku kenali beralih arah kerana aku terlalu sibuk dengan pekerjaan aku hingga aku terlepas untuk memiliki hati mereka.

Jam telah menunjukkan ke pukul 5:00 pagi Ezrulkifli membiarkan saja Yazid dan Rizal Hafique menjaga Elliesha kerana dia perlukan rehat seketika untuk menjalani pembedahan para pesakit yang seterusnya.

Yazid yang berada disisi Elliesha memegang tangannya. Rizal Hafique yang melihat keadaan itu cuba bertanya

"Zid adik susuan Esha?"

"Macam mana Fique tahu?"

"Takkanlah Esha nak bagi orang yang bukan muhrim memegangnya kan?"

"Memang betul tapi kalau ada orang yang tak faham bahasa tu macam mana pula?" Yazid sengaja menguji untuk melihat reaksi Rizal Hafique

"Perlulah kita nasihatkan dia dan bertanya kenapa dia harus memegang orang itu sedangkan dia boleh memperhatikan saja sambil berdoa." Yazid tersenyum mendengar jawapan Rizal Hafique. Sebenarnya Yazid respect dengan cara Rizal Hafique kerana tak meluru membuat andaian. Yazid faham, hati siapa tak cemburu kalau orang yang selama ini kita suka dipegang pegang oleh orang lain.

"Jangan risau Fique selagi Zid ada disis Esha selagi itulah takkan ada yang berani memegang Esha." berkobar kobar Yazid menyatakannya Rizal Hafique sekadar tersenyum mendengar kata kata Yazid

"Ryz dah tahu hal ni?"

"Tak.."

"Kenapa Ryz tak tahu? Kan Esha dengan Ryz dah.."

"Tidak Fique, Esha hanya menganggap Ryz sebagai teman biasa tak lebih dari itu."

Aku tidak menyangka hal ini berlaku, aku sangkakan Ryz dah bersama dengan Esha. Maaf Ryz kerana Fique tak ada bersama semasa hati Ryz kecewa..

Rizal Hafique cuba menghubungi Edryzal tetapi tak dapat kerana ditutup akhirnya Rizal Hafique hanya meninggalkan pesanan ringkas bahawa Elliesha berada dihospital.

Keesokkannya pada pukul 10:00 Puan Azrida dan Tuan Fariszan dah tiba dihospital untuk melihat keadaan Elliesha tetapi belum ada tindakan balas untuk Elliesha sedar. Keadaan itu terlalu menyakitkan hati mereka semua kerana dah 8 jam berlalu tapi mereka harus bersabar dengan keadaan ini.

Dr Ruzain meminta keluarga Elliesha bersabar kerana mungkin ada tindak balas dari Elliesha beberapa hari lagi. Mungkin kesan terbentur batu dikepalanya membuatkan Elliesha lambat sedar.

Rizal Hafique dan Yazid balik sebentar untuk membersihkan diri mereka. Rahayu Maishura yang baru saja dapat berita tadi pagi ingin beriring bersama abangnya. Sewaktu Rizal Hafique ingin melangkah keluar dari rumah talipon bimbitnya berbunyi apabila mendapat tahu siapa pemanggil di talian Rizal Hafique terpaksa membatalkan niatnya untuk ke hospital dan memberitahu adiknya bahawa dia akan tiba disana lewat sedikit kerana ada keperluan lain. Rahayu Maishura akur dengan kata kata abangnya kemudian Rizal Hafique menghantar adiknya ke hospital dan menuju ke tempat yang hendak dituju.

Sampai saja dipejabat atasannya Rizal Hafique menerangkan perkara sebenar mengapa dia menolak untuk bertugas kesana. Pihak atasannya tentu saja sedikit meradang kerana beberapa hari yang lalu dia dah pun bersetuju hendak kesana sebelum itu pihak atasannya tidak mengizinkan Rizal Hafique meninggalkan pekerjaannya begitu saja tapi apabila Rizal Hafique berkata yang dia bersedia dipecat walaupun dah lama berkhidmat demi Elliesha dia sanggup lakukannya walaupun dia belum dapat jawapan yang tepat dari Elliesha. Atasannya tak dapat berkata apa apa lagi kerana beliau sendiri tidak sanggup kehilangan pekerja yang berwibawa seperti Rizal Hafique. Akhirnya beliau putuskan untuk memberi cuti beberapa minggu pada Rizal Hafique kerana selama ini Rizal Hafique tak pernah membuat masalah dan jarang sekali mengambil cuti yang mendadak seperti ini. Rizal Hafique amat berterima kasih pada atasannya kerana memahami keadaan yang sedang melanda walaupun begitu dia juga meminta maaf kerana mengambil cuti mendadak dia tak bermaksud nak menyusahkan semua pihak.

Atasannya tadi bukan tidak menginzinkan Rizal Hafique mengambil cuti tapi kerana setiap pegawai yang akan mengendalikan pesawat harus bersedia 2 hari sebelum perjalanan dilakukan tetapi apabila Rizal Hafique mengambil cuti kecemasan ia telah membuatkan pihak mereka harus mencari peganti Rizal Hafique dengan segera dan mereka terpaksa menunda penerbangan sekitar setengah jam.


Posted at 2/1/2008 1:40:43 am by Hakitasalinas
Sila Komen  

Wednesday, January 30, 2008
~ K22 ~

Pada petang itu Elliesha menerima panggilan dari Edryzal untuk mengajaknya ke hotel Grand Hyatt pada jam 8:00 malam nanti waktu itu Elliesha tidak dapat menolak lagi kerana Edryzal benar benar mengharap akan kehadiran Elliesha disana akhirnya Elliesha memutuskan untuk kesana dengan ditemani oleh Yazid.

"Zid temankan Esha macam biasa."

"Okie.. tapi nak jumpa siapa?"

"Edryzal."

"Tak naklah.." Yazid cuba mengelak berjumpa dengan Edryzal

"Please.. Jangan buat Esha macam ni." Elliesha memujuk

"Dia nak apa?" tanya Yazid ingin kepastian

"Esha tak tahu tapi dia berharap sangat Esha datang sana."

"Okie Zid pergi tapi Zid tak nak jumpa dia."

"Kalau Esha tak nak Zid surrender." balas Yazid lagi setelah tidak mendapat reaksi dari Elliesha

"Iyalah.. Esha jumpa dia sorang." Yazid tersenyum tawar

Aku dah bersedia ke dengan ini semua?

Elliesha memberitahu mereka berempat akan kepergian mereka berdua dan Elliesha dengan Yazid memberi kepercayaan kepada keempat adik mereka untuk menjaga butik hingga habis jam kerja. Seusai solat Elliesha dan Yazid menuju ke destinasi yang telah ditetapkan sampai saja disana Elliesha dan yazid beriring ke lobi hotel sebelum Elliesha melihat kelibat Edryzal, Yazid dah pun meminta diri untuk menunggu di tepi air terjun yang direka khas setelah itu Elliesha menghampiri Edryzal.

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumsalam."

"Dah lama ke tunggu?"

"Baru aje.. Lagipun Esha datang tepat pada waktunya."

Elliesha hanya tersenyum

"Kita dua aje ke kat sini?"

"Tak.. Ada tetamu special untuk Ryz kenalkan pada Esha."

"Siapa?"

"Silakan.." Edryzal menunjukkan arah untuk menemui tetamu special itu.

Semasa mereka beriring jalan Edryzal bertanya

"Datang dengan siapa?"

"Dengan Yazid!"

"Mana Yazid?"

"Dia ada hal sebab tu tak dapat hadir sama."

"Ohh Okie."

"Sebelum tu boleh Ryz tanya apa hubungan Esha dengan Zid selain sepupu?"

"Adik Esha.." jawab Elliesha dan memandang kearah Edryzal

"Are u sure Esha?" Edryzal meminta kepastian

"Ya.. Takkan nak menipu pulak." Elliesha menjadi pelik bila Edryzal seperti tidak percaya akan katanya

"Ryz betul betul tak sangka akhirnya Ryz dapat kebenarannya."

"Maksud Ryz?" tanya Elliesha

Jawapannya akan tiba Esha. Edyzal dan Elliesha kearah dua sosok tubuh yang berada di tempat duduk hujung.

"Mama.. papa.. kenalkan ni Elliesha kawan Ryz masa sekolah menengah."

"Assalamualaikum.. apa khabar mak cik, pak cik." jawab Elliesha sopan walaupun dalam hati tertanya tanya apa tujuan Edryzal mengajaknya ke sini.

"Wa'alaikumsalam.. Alhamdulillah sihat." jawab Tuan Husaini dan Puan Farihah serentak

Tuan Husaini mempersilakan Elliesha duduk kemudian dia mengenalkan dirinya dan isterinya setelah itu mereka berbual kosong sambil menunggu makanan tiba semasa mereka rancak berbual makanan yang dipesan pun tiba. Edryzal pun menyatakan hasratnya didepan mama dan papanya pada masa itu Elliesha terpana seketika bagai halilintar Elliesha mendengar luahan hati Edryzal. Edryal bagai memahami kemudian ia menyuruh mereka semua menjamu selera dahulu pada masa itu Elliesha bagai tak lalu hendak menikmati makanan yang enak didepannya itu tanpa mahu mengecewakan Edryzal dan keluarganya Elliesha menghabiskan juga makanan itu setalah selesai menikmatinya Puan Farihah meminta kepastian dari Elliesha dan pada masa itu juga Elliesha meminta diri untuk mengajak Edryzal keluar sebentar Tuan Husaini dan Puan Farihah faham dengan sikap Elliesha itu setelah berada diluar Elliesha bertanya

"Kenapa Ryz tak beritahu perkara ni dulu sebelum pertemukan Esha dengan keluarga Ryz?"

"Maaf Esha tapi ini semua Ryz buat kerana Ryz tak nak kehilangan Esha lagi!"

"Maksud Ryz?"

"Lagi sebulan lebih Ryz dah nak berangkat ke England sebab tu Ryz ambil keputusan ni supaya Ryz dapat ajak Esha bersama ke sana."

"Ya Allah Ryz.. Esha amat hargai ketulusan hati Ryz untuk memilik Esha tapi Esha tak boleh menerima Ryz kerana selama ini Esha hanya anggap Ryz sebagai kawan tak lebih dari itu. Maafkan Esha kerana mengecewakan Ryz."

"Kalau benar itu yang Esha kata Ryz terima tapi Ryz nak tahu adakah hati Esha dah berpunya?"

"Walau ada sekalipun Esha tak pasti dapat memilikinya."

"Tak apalah.. Ryz akan doakan semoga Esha dan si dia dapat memilik anatara satu sama lain."

"Terima kasih Ryz." Edryzal tersenyum tawar walau begitu dia harus menerima kenyataan ini.

Yazid yang berada disekitar itu terdengar perbicaraan mereka berdua dan Yazid tidak menyangka selama ini Edryzal menaruh hati pada Elliesha dan ingin memilikinya. Tapi kesudahannya Elliesha menolak.

Barulah aku faham kenapa Lily kata begitu pada Esha

                                   ~~~♫~~~

Rizal Hafique bertemu dengan Ezrulkifli secara terang terangan semasa berada di hospital. Ezrulkifli cuba mengelak tetapi dapat ditahan oleh Rizal Hafique sendiri.

"Kenapa Ezrul mengelakkan diri dari Fique? Apa salah Fique pada Ezrul?"

"Tak ada apa cuma Ez tak berminat nak berkawan dengan orang yang tak menjaga kelakuannya bila didepan khalayak ramai."

"Apa maksud Ezrul berkata begitu? Adakah selama ini Fique berkelakuan buruk didepan Ezrul?"

"Bukan dengan Ez tapi di depan orang ramai."

"Tolong jelaskan Ezrul.. jangan keruhkan keadaan."

"Kalau nakkan penjelasan cuba Fique ingat dulu apa yang terjadi 2 minggu yang lalu di pusat membeli belah."

"Rizal Hafique teringat kejadian seorang wanita yang pura pura tersalah peluk orang tetapi rupa rupanya ingin menyeluk saku dan wanita itu sempat memberi amaran kepadanya kalau bergerak juga akan ditikamnya.

"Kalau itu maksud Ezrul, Ezrul dah salah sangka. Sebenarnya itu bukan andaian yang Ezrul fikirkan selama ini tetapi sebenarnya wanita itu penyeluk saku, waktu itu dia terpa Fique kemudian dia kata maaf kerana salah orang ntah macam mana dia terus keluarkan pisau lipat dan masa itu dia kata kalau Fique gerak juga dia takkan teragak agak untuk menikam Fique walaupun begitu ada salah seorang kawan Fique yang bertugas sebagai pegawai polis ternampak sebilah pisau di tangan perempuan itu yang sedang di acuh kearah Fique dan dari situlah dia dapat mencari jalan untuk selamatkan Fique dan menangkap wanita itu."

"Benar ke begitu?"

"Terserah pada Ezrul untuk mempercayainya ataupun tidak."

"Kalau memang itu kebenarannya Ez mohon maaf kerana salah anggap pada Fique selama ini."

Kenapalah aku terburu buru menyalahkannya selama ni. Betul apa yang Esha katakan selama ni sepatutnya aku jumpa dengan Fique agar dapat mengetahui perkara sebenar. Sekarang aku yang rasa bersalah kerana menuduh dia!!

"Tak apa Ezrul, Fique faham akan situasi itu."

"Terima kasih kerana sudi memaafkan ke khilafan Ez terhadap Fique.." Ezrulkifli berjabat tangan dengan Rizal Hafique

Tak perlulah minta maaf Ezrul, Fique tak simpan dalam hati. Ezrulkifli tak menyangka hati Rizal Hafique sebaik hati Puan Marzilah dan Tuan Hazim bukan seperti andaiannya selama ini

"Fique boleh datang rumah Ez minggu ini?"

"Maaf Ez rasanya Fique tak dapat hadir."

"Tak mengapalah kalau Fique ada urusan."

Rizal Hafique hanya tersenyum tawa.

"Ez, Fique minta diri dulu insyaAllah kalau ada umur yang panjang kita bertemu lagi."

"Ya insyaAllah... Maaf sekali lagi Fique..."

"Tak mengapa.. Assalamualaikum..."

"Wa'alaikumsalam." setelahRizal Hafique beredar dari hospital hati Ezrulkifli terdetik

Cara dia cakap macam nak ke luar negara!! Kalau betul adakah dia akan berjauhan dari keluarga aku. Tapi mengapa? Adakah dia masih terasa hati dengan sikap aku? atau kerana halangan aku terhadap hubungannya dengan Esha tapi aku tahu Esha tak pernah luahkan apa yang aku kata terhadap dia. Pasti ada sesuatu yang berlaku

                                  ~~~♫~~~

Deringan talipon menjerit jerit Elliesha yang baru sahaja hendak tidur mengangkatnya

"Assalamualaikum anak mak..."

"Wa'alaikumsalam mak.. Rindunya Esha dengan mak, bila mak nak balik?" terpancar kegembiraan Elliesha semasa mendapat panggilan dari ibunya

"Mak pun rindu dengan Esha dan abang Ez. Mak belum boleh balik lagi abah Esha masih banyak lagi tugas kat sini mungkin lagi beberapa minggu baru kami pulang."

"Ye ke mak.. Tak apalah. Mak dengan abah sihat?"

"Alhamdulillah sayang.. Mak dengan abah duduk sini asik makan aje, tu yang sihat ni."

"Hehehe.. Ada adalah mak ni!!" Elliesha terhibur mendengar gurauan ibunya.

"Esha dengan abang Ez macam mana, sihat?"

"Alhamdulillah mak kita dua sihat." hati Elliesha benar benar pilu bila ditanya akan kesihatannya walau dari fizikal ia sihat tapi dalamannya tidak

"Abang Ez dah balik bertugas?"

"Belum lagi mak, mungkin kejap lagi."

"Ohh ya.. Lambatnya abang Ez balik, ada pembedahan yang dijalankan ke?"

"Mungkin mak sebab tadi abang tak beritahu pulak!"

"Ohh.. tak apalah Esha jaga diri nanti kirim salam abang Ez ya."

"Okie mak, kirim salam kat abah jugak.."

"InsyaAllah.." tamat saja perbualan Elliesha dengan ibunya terdengar seseorang sedang membuka pintu apabila Elliesha lihat Ezrulkifli tersenyum memandangnya. Elliesha menyampaikan salam dari Puan Azrida setelah dijawab oleh Ezrulkifli dia menuju ke dapur setelah itu mendaki tangga untuk membersihkan dirinya Elliesha yang tadinya hendak tidur menjadi segar semula kemudian menyediakan minuman untuk abangnya setelah dihidangkan Elliesha menuju ke laptop abangnya untuk mencari sedikit maklumat mengenai penyakit AVM itu walaupun pada mulanya Elliesha keberatan untuk menggunakan laptop abangnya tapi bila Elliesha fikir itu saja jalan yang dapat Elliesha tahu akhirnya Elliesha memulakan langkahnya. Ezrulkifli yang baru sahaja hendak turun melihat gerak geri adiknya itu tanpa menegur sedikit pun setelah 15 minit gitu Elliesha selesai mencari Ezrulkifi menurun tangga dan menghampiri adiknya semasa itu Elliesha dah pun meminta diri untuk tidur dahulu. Ezrulkifli membiarkan Elliesha pergi tanpa banyak bertanya. Semasa Ezrulkifli sedang duduk ia membuka laptopnya dan masuk ke tempat yang Elliesha tuju setelah ia tahu kedudukan Elliesha melayari ia membaca dengan tenang walaupun difikirannya serabut mengapa Elliesha mencari maklumat ini. Adakah ia sakit?

                                     ~~~♫~~~

"Esok Zid tak kemana mana?"

"Tak.. Kenapa Esha tanya?"

"Esha nak ajak Zid tengok wayang, nak tak?" tanya Elliesha dengan penuh harapan kerana esok cuti umum jadi butik ditutup 2 hari. Kebetulan pula adik adik Elliesha yang lain ada peperiksaan dapatlah mereka tumpukan sepenuh perhatian.

"Ajak tengok wayang? Betul ke?" Gembira tak terkata Yazid rasakan kerana dah lama mereka berdua tak keluar jalan bersama, sejak kebelakangan ini mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka sampai tak ada masa untuk relax kan diri.

"Betullah.. Kalau tak nak tak apa, Esha tak kisah!" Elliesha dah sedia menapak keluar dari kereta

"Ehh mestilah nak!! Susah benar nak dapat rasa Esha belanja."

"Baguslah.. Kalau gitu jumpa Esha esok jam 5:00 petang."

"Kenapa jam 5 kenapa tak jam 9?"

"Banyak songeh pulak dia."

"Hehehe.. Kita dua aje kan pergi?" Yazid inginkan kepastian

"Yep!!" jawab Elliesha pantas

"Best tu.."

Keesokkanny tepat jam 5:00 petang Elliesha sudah pun berasa di depan panggung wayang Cineplax.

"Mana Zid ni? Nak menguji orang ke, sampai lambat datang."

"Sorie Esha, dah lama ke tunggu?"

"Adalah sejam!!"

"Takkan lah sejam.. lamanya."

"Tahu pun lama, kenapa percaya." Yazid dan tunjukkan muncungnya

"Tolong simpan muncung tu sikit, tak lawa langsung."

"Mestilah tak lawa sebab Zid bukan perempuan."

"Dahlah jom kita beli tiket nanti dah penuh pulak orang."

"Okie set.." Mereka berdua menuju ke kaunter dan membeli tiket setelah itu mereka beli popcorn dan air mineral setelah itu mereka masuk ke dalam setelah beberapa minit kemudian ceritanya tersiar sedang Elliesha dan Yazid menikmati cerita yang menarik itu ada seseorang baru sahaj duduk disebelah Yazid tapi Yazid tidak mempedulikannya kerana ia gelap setelah habis menonton lampu dibuka kembali dan diterangi di semua tempat apabila Edryzal hendak bangun Edryzal terpandang Emilia sedang tersenyum kearahnya. Yazid yakin pasti semua ini rancangan Elliesha pada mulanya Yazid ingin pergi dari situ setelah Elliesha menahan dan memperjelaskan barulah Yazid sedia menanti penjelasan dari Emilia. Mereka bertiga dah pun keluar dari panggung wayang dan mencari sebuah tempat untuk mereka berbincang dan akhirnya mereka memilih disekitar luar cineplax. Pada waktu itu ada acara pancutan air jadi bertambah seri lah perbicaraan mereka nanti. Dengan suasana tenang Yazid mendengar penjelasan Emilia pada masa itu Elliesha telah memberi mereka ruang untuk saling terbuka dan Elliesha berjalan jalan disekitar itu tanpa disangka Elliesha terserempak dengan Yusman Farish dan ditegur olehnya

"Hai.. u buat apa kat sini? Sorang ke?"

"Tak.. dengan kawan dan adik."

"Ohh.. Mana diorang?"

"Diorang ada kat sana!"

"I see.. Apa kata u join i makan? Lagipun i sorang aje datang sini."

"Ye ke.. Kenapa tak bawak teman special?"

"Teman special belum ada lagi, tapi kalau u sudi jadi teman special i apa salahnya!" Yusman Farish sengaja mengusik Elliesha walaupun kenyataannya dia inginkan jua seperti Saufi katakan 'jangan cepat menyerah'.

Elliesha terkedu bila mendengar kata kata Yusman Farish baru saja dua hari yang lalu Edryzal meluahkan perasaannya pada Elliesha dan hari ini pulak Yusman Farish menyatakan akan hal itu walaupun dalam gurauan

"Apalah yang special sangat kalau saya jadi teman Far?" Elliesha sengaja menguji untuk mengetahui lebih lanjut akan kebenaran usikkannya tadi

"Tentulah special.. kerana dah lama Far menanti untuk berkenalan dengan Esha." Yusman Farish bertukar menjadi serius apabila dia gelarkan dirinya dengan panggilan Far bukan 'i'.

Makin terkelu Elliesha untuk membalas kata kata Yusman Farish. Yusman Farish yang sedar Elliesha sedang melayan perasaan telah mengajak Elliesha ke sebuah Coffe House yang berdekatan disitu untuk lebih relax untuk berbicara.

"Kalau benar yang dikatakan itu saya hanya boleh sambut kenalan Far sebagai teman tapi bukan teman special."

"Kenapa Esha dah berpunya?"

"Tidak.. tapi saya belum bersedia harap Far memahami."

"Boleh beri Far peluang kalau Esha dah bersedia?"

"Saya tak nak beri harapan pada sesiapa!"

"Adakah ini semua kerana Esha menghidapi penyakit AVM?"

"Apa maksud Far?" Elliesha terperanjat mendengar kenyataan Yusman Farish

"Esha tak perlu berselindung dengan Far kerana Far dah tahu semuanya. Far harap Esha segera menjalani pembedahan. Far tak kisah kalau Esha tak boleh terima Far sebagai teman special tapi satu saja yang Far minta Far ingin berteman dengan Esha seperit Esha berteman dengan Ryz dan yang lain. Ini harapan Far sebagai teman, tak lebih dari itu Esha." Yusman Farish menyatakannya dengan ikhlas dan dia belum bersedia kehilangan teman sebaik dan semanis Elliesha walaupun hanya sekadar rakan bisnes.

"Far.. tak kiralah dari mana Far dapat berita ni tapi Esha mohon jangan beritahu pada sesiapa kerana Esha tak sanggup melihat orang yang berada disekeliling Esha susah hati dengan keadaan Esha."

"Baik Esha, Far janji!! Tapi.." baru sahaja Yusman Farish ingin menyatakan sesuatu Yusman Farish ternampak yazid dah berada di belakang Elliesha

"Sampai hati Esha tak beritahu Zid, selama ini semua yang berlaku Zid tak pernah rahsiakan dari Esha tapi bila Esha sakit Esha sembunyitkan dari Zid. Kenapa? Esha dah tak sudi lagi kongsi cerita dengan Zid ke?" Yazid terlalu sedih hingga di tak dapat kawal lagi untuk meluahkan apa yang dirasakan pada masa itu

"Yazidd..." Elliesha tidak menyangka bahawa Yazid telah berada dibelakangnya dan mendengar setiap perbualannya bersama Yusman Farish tadi

"Zid kena faham apa yang Esha rasa. Esha tak bermaksud nak rahsiakan dari Zid."

"Sudahlah Esha.. Zid ke sini nak ucapkan terima kasih kerana Esha sudi menjernihkan kembali hubungan Zid dengan Lily tapi maaf Esha.. Zid belum sedia terima ini semua." Yazid berlalu pergi dan Elliesha mengejarnya untuk menjelaskan dengan segera tanpa menunggu lama lagi.

Sewaktu Yazid hendak menyeberangi jalan. Ada kemalangan yang telah berlaku di tengah jalan itu Elliesha yang melihat keadaan itu tak dapat menjerit hanya berlari kearahnya dan menarik tangan Yazid ke sisi jalan tanpa disangka semasa Elliesha hendak ke tepi kereta itu terpusing pusing dan mengena belakang Elliesha dan Elliesha tercampak 2 meter dari situ dan kepalanya terhentak batu kejadian itu dilihat oleh Emilia, Yusman Farish dan Yazid yang berada di sisi jalan. Kejadian itu meragut hati mereka bertiga apabila melihat Elliesha bergelimpangan di tepi jalan dengan dipenuhi darah yang amat pekat. Mereka bertiga menerpa kearah Elliesha. Yazid mengangkat kepala Elliesha dan meletak dipahanya. Yusman Farish dan Yazid tidak dapat menahan airmata lagi seketika kemudian ambulance dan polis datang dan membawa Elliesha ke hospital Yazid dan Emilia menaiki ambulance manakala Yusman Farish mengekori dengan keretanya dari belakang menuju ke hospital.

Tiba saja dihospital Elliesha dibawa masuk ke wad kecemasan. Keempat empat mereka bagai tak percaya apa yang baru sahaja berlaku beberapa minit yang lalu didepan mata mereka tadi. Elliesha ditangani empat orang doktor dan salah satunya adalah Ezrulkilfi semasa Ezrulkifli melihat keadaan Elliesha hatinya bagai bercelaru kerana tidak menyangka adik kesayangannya menimpa kemalangan sebegini rupa dan apabila Dr Ruzain memberitahu bahawa Elliesha mengalami AVM dan ia harus dibedah dengan segera kerana darah yang bersalur dikepala Elliesha telah pecah. Ezrulkifli yang mendengar keterangan itu terlalu sedih bila mendapat tahu perkara yang sebenar tapi ia harus profesional dalam hal ini walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa Elliesha ia harus tabah. Semasa dalam pembedahan yang berjalan selama 5 jam Ezrulkifli begitu teliti melakukannya setiap kali pernafasan Elliesha tidak stabil Ezrulkifli akan menggenggam tangan adiknya agar dapat bertahan inilah kali pertama doktor doktor yang bertugas bersama Ezrulkifli selama ini melihat betapa perihatinnya Ezrulkifli terhadap adik kesayangannya hinggakan air matanya yang jarang sekali diperlihatkan telah menitis keluar.


Posted at 1/30/2008 5:32:25 am by Hakitasalinas
Sila Komen  

~ K21 ~

"Macam mana keadaan Zid?" tanya Elliesha semasa mereka berdua berada di luar

"Alhamdulillah dah kurang sikit, cuma tadi pagi Zid rasa seperti ada sesuatu yang berlaku tiba tiba aja Zid rasa lemah sangat badan ni."

Adakah ia kena mengena dengan berita yang aku dapat?

Elliesha dan Yazid bagai pasangan kembar apa saja yang telah berlaku antara mereka pasti salah seorang dari mereka dapat merasakannya.

"Esha ada sembunyitkan apa apa dari Zid ke?" Elliesha tersentak mendengar soalan dari Yazid

Macam mana ni? Harus ke aku beritahu pada Zid? Tapi aku rasa belum sedia untuk berbicara hal ini, biarlah aku selesaikan masalah Lily dan Zid sebelum masalah aku menjadi perhatian.

"Esha..."

"Ahh tak ada apalah Zid.. Kenapa tanya Esha macam tu?"

"Tak ada tanya aje."

"Alamak!! Zid baru teringatlah, hari ni kan Esha kena pergi doktor ambil keputusan. Esha dah pergi ke?" balas Yazid lagi apabila teringat janji Elliesha dengan doktor

"Esha dah pergi tadi pagi!"

"O ya ke.. Baguslah, dengan siapa tadi pergi?"

"Err.. Dengan Fique!!" entah kenapa mulutnya ringan menjawab nama itu

"Fique!! Esha dengan dia dah..?" Yazid panjangan perkataan 'dah' sambil menaikan keningnya kearah Elliesha

"Huh.. Jangan fikir yang bukan bukan!" Elliesh menuding jari memberi amaran

Macam manalah boleh aku tersebut nama dia ni.. Tak fasal fasal Zid perli aku!!

"Tapi apa salahnya kan kalau dah gitu gitu.."Yazid sempat lagi mengikut lagat Saiful apek

"Hehehe.." Elliesha hanya perhatikan saja lagat Yazid yang nakal

"Keputusan macam mana?" tanya Yazid semula setalah tawanya reda

"Tak ada apa cuma doktor kata Esha kurang darah aje dan pemeriksaan hari tu tak menujukkan apa apa tanda." bohong Elliesha dengan pantas seperti benar kenyataan yang disampaikan

"Syukur lah kalau Esha tak ada apa apa."

"Sorie ya Esha, semalam Zid tak dapat hantar Esha balik."

"Tak apa.."

"Dan Zid nak minta maaf sesangat kerana menyusahkan Esha aje cari Zid kat tepi pantai semalam." sebenarnya Yazid dah pun tahu akan kepergian Elliesha kesana semuanya dari bantuan Faikah dan Aidil Hazri kalau tidak haru jadinya kena cari Elliesha.

"Macam mana Zid tahu Esha pergi sana?"

"Adalah.."

"Ni mesti Fique yang beritahu kan?"

"Fique temankan Esha?" Yazid terkejut mendengarnya walaupun dah tahu perkara sebenar. Pada masa itu Yazid masih berada di sekitar Junction dan terlihat Rizal Hafique menegur Elliesha dari situlah Yazid pasti Elliesha selamat disisinya.

"Kata Zid tahu."

"Memang Zid tahu tapi bukan dari Fique."

"Habis tu dari siapa?"

"Esha takut eh kalau ada yang dah tahu hubungan Esha dengan Fique?" makin galak Yazid mengusik Elliesha

Elliesha menjeling Yazid wajahnya makin memerah menahan geram dan malu kerana terlepas cakap

"Tak yah lah nak rahsia rahsia kalau betul pun Zid lagilah hepi dapat abang ipar baru!"

"Dapat juga tengok Esha naik pelamin." jawab Yazid lagi dengan nada perlahan walaupun begitu Elliesha dapat menangkap setiap butir kata Yazid dan akhirnya Elliesha hinggapkan cubitan dilengan Yazid dan Yazid menjerit kesakitan. Jeritan Yazid itu telah mengundang tawa mereka semua yang melihat gelagat Elliesha dan Yazid dari dalam

Elliesha membiarkan Yazid dalam keadaan sekarang kerana kalau hal itu dibuka kembali pastinya akan berlaku perselisihan faham. Sampai saja Elliesha dirumah Elliesha menegur abangnya dan meminta maaf kerana pulang lewat. Ezrulkifli maklum dengan kesibukkan adiknya dan juga perkara perkara yang harus ditangani kerana Elliesha tidak pernah lupa untuk memberitahu kemana ia hendak tuju. Itulah satu satunya kepercayaan yang ditanamkan oleh ibu bapa mereka didalam diri mereka berdua.

                                          ~~~♫~~~

Jambangan mawar yang ke 7 dah pun diterima oleh Elliesha pagi tadi. Tapi yang peliknya mawar merah jambu yang selama ini diberikan telah bertukar dengan jambangan mawar merah.

Apa maksud pengirim bunga ni.. Adakah dia ingat aku dah sedia menerima dia.. Tapi bila pulak? Setahu aku tak ada pun aku beri harapan selama ini!!

"Kak Esha dah terima orang tu ke?" usik Andini

"Mana ada.."

"Kalau tak ada kenapa dia bagi jambangan mawar merah?"

"Itu yang kak Esha tertanya tanya ni, bila masa pulak kak Esha bagi harapan."

"Dah tak sabarlah Iman nak tengok pengirim bunga tu, mesti orangnya romantik sebab tu dia bagi bunga pada kak Esha."

"Kalau Iman ada kat tempat lelaki tu, Iman nak buat semua ni untuk kak Esha?" Elliesha sengaja menguji

"Boleh aje.. Asalkan kak Esha yang bagi duitnya."

"Ohh.. kenakan kak Esha ya!! Tak apa, kak Esha potong gaji tu."

"Eh.. janganlah kak Esha, Iman gurau je tadi. Iman sanggup belikan untuk kak Esha kalau kak Esha nak." Iman Shauqi tak tentu arah bila mendengar Elliesha hendak memotong gajinya

"Ya Allah, Iman.. Kak Esha gurau ajelah. Selama ni ada ke kak Esha potong gaji Iman masa Iman bergurau dengan kak Esha?"

"Tak ada." Iman Shauqi tersenyum malu kerana kali ni dia kantoi

Najwan, Minziana dan Andini ketawa geli hati melihat Iman Shauqi kantoi jarang sekali Iman Shauqi dapat dikalahkan tapi Elliesha dapat membuatnya gementar hingga menjadi tak tentu arah.

"Kenapa Iman risau kalau kak Esha potong gaji? Iman ada masalah?" tanya Elliesha ingin tahu

"Tak adalah kak Esha." Iman Sahauqi cuba berselindung

"Beritahulah kak Esha, kalau tidak nanti kak Esha tarik balik kata kata tadi!"

"Kak Esha kuat mengugut jugak ehh.." jawab Iman Shauqi kemudian ia kembli terdiam kerana melihat wajah Elliesha serius

"Okielah, sebenarnya Iman nak masuk kelas piano, papa dah bagitahu kalau Iman nak masuk sangat Iman kena kumpul duit sendiri sebab tu Iman mohon kak Esha jangan potong gaji Iman kalau tak, terlepaslah Iman nak masuk kelas tu."

"Nak belajar main piano rupanya, makin romantik lah adik kak Esha ni."

"Tengoklah siapa orangnya.." Iman Shauqi pura pura membangga diri

"Huuu.. mengada ngada." balas Minziana menyampah

"Tak puas hati ke Min? Ke dah terpikat dengan kemachoan Iman!!"

"Cheh.. Perasannya Iman ni.. Tak kuasalah Min nak layan."

"Heh.. Iman memang selalu perasan kan Min."

"Tengoklah kak Esha, Iman tu."

"Sudah sudah.. kan nanti semua kak Esha potong gaji." gertak Elliesha

"Janganlah kak Esha!!" mereka berempat tak lepas lepas merayu walaupun Elliesha tahu mereka berpura pura

"Dah kerja kerja.." Elliesha terhibur dengan sikap mereka berempat walaupun baru nak masuk 2 bulan mereka bekerja bersama mereka dah akrab seperti keluarga.

Yazid yang baru sahaja balik dari berjumpa dengan pelangannya menerpa kearah Elliesha

"Kenapa ni Zid, tak bagi salam dah terpa terpa."

"Sorie.. Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam." Yazid tersenyum bila mendengar Elliesha menjawab salam darinya

"Zid ada berita gembira ni.. Bulan depan kita di jemput ke eropa untuk menghadiri majlis perkahwinan Puan Fazlyana dan dia dah pun tempah 5 pasang fesyen baju untuk dipakai di hari persandingannya."

"Betul ke Zid? Tapi kalau kita pergi sana siapa nak jaga butik?"

"Jangan risau nanti kita mintalah tolong Aikah dengan Aidil. Okie tak Esha?"

"InsyaAllah, kalau panjang umur!!"

"Ya.." hati yazid terdetik bila Eliesha kata begitu

Kenapa lain aje kata kata Esha ari ni? Ada yang Esha sembunyitkan dari aku ke? Tapi apa?

"Zid pun nak ikut rentak Esha ke?" usik Elliesha apabila melihat Yazid sedang melamun

"Walaupun kita kembar tak seiras, perangai kita selalu seiras.."

"Pandainya dia menjawab."

"See the leg lah!!" Elliesha sekadar menggelengkan kepala bila mendengar kata kata Yazid itu

"Esha solat dulu ya Zid."

"Okie Esha." Setelah Elliesha berlalu ke dalam Yazid mengambil alih untuk menyemak beberapa fail tempahan yang belum di selesaikan.

                                      ~~~♫~~~

Seminggu dah pun berlalu kesibukkan Elliesha di Ellie@Zid Collections membuatkan Elliesha tidak merasa akan penyakit yang dihadapinya kesihatannya juga tidak menjejaskan hanya sesekali sahaja kepala Elliesha terasa berat untuk digerakkan tapi hanya setengah jam saja ia berlaku, sekarang ini satu sahaja yang Elliesha belum bersedia iaitu menjalani pembedahan kerana Elliesha takut kalau dah berada di ruang pembedahan pasti boleh terjadi kejadian yang tidak diinginkan walaupun Elliesha tahu ajal maut ditangan tuhan tapi itulah sukar untuk Elliesha gambarkan apa yang dirasakan.

Kalau Zid tahu boleh ke dia terima? Mesti dia marah besar sebab aku tak beritahu dia awal awal. Tapi dia mestilah faham kalau aku tak beritahu dia!! Ahh.. nantilah boleh fikir sekarang ni biar aku buat kerja aku dulu

Jam 1.00 tengahari mereka berenam pergi makan tengahari disekitar Juntion semasa menunggu makanan tiba Minziana bertanya

"Kak Esha perasan tak pagi ni ada sesuatu yang ganjil?"

"Rasanya ada." Elliesha faham maksud Minziana itu dan pastinya ini mengenai jambangan mawar merah itu

"Apa tu kak Esha?" tanya Najwan berminat

"Jambangan bunga lah cik Najwan ku sayang." jawab Andini berani dengan nada mengusik

Merah padam wajah Najwan bila dipanggil sayang oleh Andini. Andini yang tersedar dengan kata katanya itu cuba melarikan diri tetapi ditarik oleh Minziana.

"Tak payah malu malu lagi, abang Zid tahu Naj dengan Andi dah jadian kan?"

"Jadian yang itu tu.." ajuk Iman Shauqi mereka berempat ketawa gelihati

"Dah, jangan usik lagi. Kak Esha tak marah kalau Naj dengan Andi dah jadian tapi jangan sampai abaikan pelajaran kerana ia lebih penting dari ini." Mereka berdua mengangguk faham mendengar nasihat dari Elliesha.

"Abang Zid apa tu jadian?"

"Hahahaha.. mati mati aku ingat kau tahu." Pecah tawa Iman Shauqi dengan sikap Najwan

"Iman.. Jaga kelakuan." Iman henti ketawa apabila ditegur oleh Elliesha

"Jadian itu dah berpasangan maksudnya.. Faham kan?"

"Ohh.. Cakap lah couple, kan senang." Mereka semua gelihati mendengar jawapan Najwan itu walaupun memang benar apa yang dikatakan itu.

                                      ~~~♫~~~

Cadangan telah diatur dengan seringkas mungkin. Rizal Hafique dah pun bersedia untuk bertugas semula ke Eropah dan akan kembali semula ke sini sekitar sebulan. Edryzal pula ingin Rizal Hafique ada bersama semasa di acara itu tetapi Rizal Hafique menolak kerana tugasnya ini tidak ada yang dapat menggantikannya Edryzal terpaksa melepaskan kepergian Rizal Hafique.

"Abang Fique, betul ke dah nak pergi? Setahu Aira, abang Fique belum sedia nak bertugas semula kat sana kan?"

"Apa pulak belum sedia, atasan abang Fique dah panggil kenalah abang Fique pergi." jawab Rizal Hafique tenang dengan pertanyaan adiknya itu

"Tapi kenapa cepat sangat."

"Aira kena faham tugas abang Fique. Lagipun abang Fique kat sana cuma sebulan aje."

"Mesti sebab abang Ryz kan?"

"Maksud Aira apa, cakap macam tu?"

"Yelah abang Fique dah aturkan rancangan untuk abang Ryz kenalkan kak Esha dengan Aunty Farihah dan Uncle Husaini."

"Aira.. apa salahnya kalau memang itu niat baik abang Ryz untuk pertemukan kak Esha dengan mak abahnya."

"Memang niat baik tapi macam mana dengan abang Fique, dah tentu abang kecewa."

"Aira ni pandai pandai aje, mana Aira tahu abang kecewa?"

Macam ahli nujum pulak adik aku ni

"Aira tahulah abang suka kat kak Esha, tak perlu nak berselindung lagi."

"Kalau abang Fique suka pun bukan dia dapat terima."

"Maksud abang?"

"Kak Esha dengan abang Ryz kan dah kawan lama, dah tentu mereka pernah berjanji nak bersama. Jadi, tak perlulah abang Fique nak kecewa kerana abang Fique hanya bertepuk sebelah tangan."

"Abang Fique belum cuba luahakan tapi dah menyerah kalah.

Bukan menyarah kalah Aira tapi abang Fique tak suka rampas kebahagian orang lain, Aira harus faham.

Ya Aira faham maksud abang Fique tu tapi kalaulah kak Esha tak ada apa apa perasaan pada abang Ryz macam mana pulak?

"Kalau tu, biar takdir yang mengaturkannya."

"Baiklah kalau itu jawapan abang Fique, kita sama sama tunggu."

Aira.. Aira.. kecik kecik dah pandai baca perasaan orang ni mesti terpengaruh dengan novel novel kalau tidak takkan sehebat ini adik aku cakap. Ayat memang power tak ada tandingan umur baru lapan belas ayat macam orang dah 30 an.. hehehe.. dengar dek Aira merajuk panjanglah dengan aku


Posted at 1/30/2008 5:27:33 am by Hakitasalinas
Sila Komen  

Wednesday, January 23, 2008
~ K20 ~

Pada pagi sabtu itu Elliesha terasa liat untuk bangun dari tempat tidurnya tapi ia harus gagahkan diri untuk bangun kerana hari ini dia hendak mengambil keputusan yang dinanti nantikan olehnya untuk mengetahui hasil pemeriksaan doktor pada seminggu yang lalu. Pada mulanya Elliesha ingin membawa teman untuk ke sana tapi apabila memikirkan keadaanya yang mungkin sihat sihat saja ia telah melupakan hajatnya itu.

Setelah 10 minit Elliesha memilih baju Elliesha terus menuju ke bilik mandi setelah Elliesha bersiap untuk turun kebawah Elliesha teringat untuk menghubungi Minziana bahawa dia akan lambat datang ke butik kemudian Elliesha turun kebawah untuk menyiapkan sarapan setelah semuanya terhidang Elliesha dan Ezrulkifli menikmatinya.

"Hari ni Yazid ambil Esha ke tidak?"

"Tak tahu pulak abang Ez!"

"Kalau macam itu biar abang Ez hantarkan."

"Tak payahlah abang Ez, biar Esha naik bus aja."

"Kenapa pulak nak naik bus? Dah muktamad abang Ez hantar Esha."

Alah abang Ez ni.. Esha nak pegi hospitallah bukan nak pergi kerja..

"Dah mari kita pergi." ajak Ezrulkifli setelah selesai mencuci pinggan dan cawan

"Aduh abang Ez.. Esha sakit perut ni Esha pergi toilet dulu ya." Elliesha pura pura menekan perutnya

"Aii tadi tak ada apa apa aja abang Ez tengok! Huh.. dahlah pergi cepat abang Ez tunggu."

Haii.. Macam macam kerenah adik aku hari ni? Selalunya suka sangat bila aku nak hantarkan tapi hari ni lain pulak.. Kenapa dengan Esha hari ni? Ada masalah ke? Ahh.. takpelah kalau dia ada masalah mesti dia beritahu aku juga

Elliesha mendaki tangga keatas dan masuk kebiliknya

Macam mana ni kalau abang Ez tunggu jugak susahlah nak pergi.. Ahh takpelah biar aku lama lama kat dalam toilet bila dah 15 minit gitu baru aku keluar.. aku yakin mesti abang Ez pergi dulu punya..

Setelah 15 minit berlalu Elliesha menghendap hendap menurun kebawah apabila melihat suasana sepi Elliesha terus menuju ke pintu bila nak bertapak keluar Ezrulkifli berdehem dari belakang.

"Huh.. kenapa ni terhendap hendap? Nak curi keluar ya?"

"Ehh.. mana ada abang Ez, Esha tengah cari abang Ez lah ni.."

"Boleh percaya ke?" Ezrulkifli mengangkat keningnya

"Tak percaya sudah." Elliesha pura pura merajuk

"Yalah abang Ez percaya.. Dah jom kita pergi." Akhirnya Elliesha menyerah dengan ajakkan abangnya itu.

"Abang Ez.. macam mana Esha nak pujuk orang yang tengah bersedih?"

"Aii.. peliknya abang Ez dengar soalan Esha! Kenapa ni?" penantian Ezrulkifli untuk mengetahui disebalik kelakuan Elliesha terjawab sudah

"Zid, abang Ez!! Dia tengah kecewa sekarang.."

"Kecewa? Sebab apa pulak?"

"Sebab Lily dan Ryz!!"

"Ryz..? Apa kena mengena dengan dia pulak?"

"Begini ceritanya.." Elliesha menceritakan perkara yang telah berlaku semalam pada Ezrulkifli

"Sampai macam itu sekali?"

"Ya abang Ez.."

"Abang Ez tak adalah pengalaman nak pujuk orang kecewa tapi abang Ez boleh bagi Esha satu idea itu pun kalau Esha setujulah."

"Apa dia?"

"Abang Ez cadangkan Esha buat satu kejutan untuk Zid.."

"Kejutan apa abang Ez?"

"Belanja dia makan lepas tu ajak dia tengok wayang." Ezrulkifli sengaja mengenakan adiknya tapi tak sangka pula Elliesha setuju dengan cadangannya

"Bagus juga idea abang Ez tu."

"Betul ke ni? Tadi abang Ez cuma gurau je dengan Esha."

"Ahh tak kisahlah gurau ke apa ke janji abang Ez dah selesai kan masalah Esha dengan Zid."

"Iya ke ni? Macam tak percaya je?"

"Tak percaya sudah.. Esha lagi genting ni malas dah nak cari idea, nasib baik abang Eznya idea ada"

Ezrulkifli hanya tersenyum melihat sikap adiknya yang lain dari biasa

Sampai saja di tempat letak kereta Junction Elliesha menyalam tangan abangnya dan keluar dari kereta setelah Elliesha lihat kereta Ezrulkifli pergi dari situ Elliesha terus jalan menuju ke setesen bus.

Ada dua pasang mata sedang melihat gerak laku Elliesha yang sedang terburu buru menaiki bus dan dua pasang mata itu juga sedang mengekori Elliesha dari belakang bus dengan menaiki kereta Proton Satria Neo berwarna oren muda. Setelah tiba di stesen bus yang berdekatan Elliesha jalan menuju ke hospital tiba saja disana Elliesha diminta masuk ke ruang Dr Ruzain untuk mengambil keputusan pemeriksaan itu setelah diizinkan untuk masuk Dr Ruzain menjemput Elliesha duduk kemudian beliau membuka file untuk memberitahu akan hasil keputusannya. Semasa Elliesha menanti kata kata dari doktor itu debaran dihati Elliesha semakin kencang difikiran Elliesha sentiasa berkata dia harus tenang

Ya Allah.. tenangkan hati aku agar aku dapat menghadapinya dengan tegar.. Kalau memang betul aku sakit teruk aku tidak boleh perlihatkan sakit aku didepan mak, abah dan abang.. aku bermohom kepadamu Ya Allah.. tenangkan hati aku dari debaran yang semakin kencang ini

"Cik Esha!!"

Elliesha tersentak bila suara Doktor Ruzain memanggilnya

"Ya Doktor?"

"Saya nak beritahu hasil keputusan yang kami telah jalankan pada cik Esha ini mungkin agak mengejutkan tapi saya harap cik Esha dapat bersabar dengan dugaan yang Tuhan berikan." Dr Ruzain berhenti seketika untuk melihat reaksi pesakitnya

Wajah Elliesha kelihatan tenang dan Dr Ruzain menyambung semula kata katanya

"Sebenarnya cik Esha menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai Arteriovenous Malformation (AVM) yang membabitkan masalah pembentukan salur darah tidak normal di bahagian otak. Lebih membimbangkan, salur darah itu pecah, mengakibatkan berlaku pendarahan dalam otak. Walaupun keadaan cik Esha sekarang masih stabil tapi saya berharap cik Esha sedia menjalani pembedahan dengan secepat mungkin bagi membuang salur darah berkenaan sebelum berlaku komplikasi lebih teruk sehingga membawa maut." terang Dr Ruzain

Ya Allah.. memang benar aku menghidapi penyakit yang agak merbahaya tapi alhamdulillah kerana keadaan aku stabil sekarang ni tapi yang masalahnya aku takut nak jalani pembedahan itu aku tak yakin aku boleh melakukannya. Macam mana ni..? Kalau aku nak jalani pembedahan sekalipun aku mesti minta persetujuan salah seorang anggota keluarga aku tapi kalau aku beritahu, semuanya pasti akan susah hati. Hishh.. apa aku nak buat ni? Dahlah mak dengan abah tak ada kat sini

"Cik Esha, saya beri masa 2 minggu untuk cik Esha bersedia menjalani pembedahan ini kerana kami tidak mahu perkara yang kami tidak jangkakan terjadi. Kalau ada apa apa cik Esha boleh menghubungi saya di nombor ini." Dr Ruzain menghulurkan sekeping kad kepada Elliesha untuk dihubungi apabila sudah membuat keputusan

"Terima kasih doktor, saya minta diri dulu."

"Ya sama sama. Silakan, saya hantar cik Esha keluar."

Elliesha mengangguk dan keluar beriring dengan Dr Ruzain.

Dua pasang mata yang mengikuti Elliesha dari tadi tertanya tanya pada dirinya sendiri!

Apa yang dah berlaku pada dia? Aku lihat air muka dia nampak tenang aje. Setahu aku Dr Ruzain itu doktor pakar bedah kat sini. Buat apa dia jumpa doktor tu? Mesti ada sesuatu yang berlaku ni! Aku akan pastikan dapat jawapannya.. Tapi buat apa aku nak tahu hal dia? Aduhh.. ni yang parah ni

Elliesha beredar dari hospital setelah berbual seketika dengan Dr Ruzain pada masa itu dua pasang mata yang mengekori Elliesha sejak dari tadi ingin menunjukkan dirinya tapi dihalang oleh seseorang.

"Farish.. apa yang kau buat kat sini?" Yusman Farish tersentak bila bahunya ditepuk seseorang

"Ehh Ruzain.. aku.. aku.."

"Apa aku aku ni? Kau sakit ke?" Dr Ruzain mula risau melihat kawannya yang tergagap gagap nak berkata. Yusman Farish adalah kawannya sejak sekolah menengah lagi setelah masing masing dah ada kerjaya sendiri mereka dah jarang berjumpa.

"Eh tak adalah, cuma aku nak tanya sikit ni?"

"Apa dia kawan?" tanya Dr Ruzain setelah melihat kawannya itu kembali seperti biasa

"Aku nak tahu apa penyakit yang dihadapi oleh pesakit yang baru keluar dari bilik kau tadi?"

"Kenapa kau nak tahu? Kau ada hati kat dia ke?" tanya Dr Ruzain penuh tanda tanya

"Hishh.. ke situ pulak kau pergi. Aku cuma nak tahu aje!"

"Ikut etika kerja aku memang tak dibenarkan beritahu pada sesiapa jadi aku tak bolehlah beritahu pada kau.."

"Alah.. jangan macam itu aku sebenarnya nak tahu aja kenapa? Sebab aku tak nampak pun dia dalam kesedihan.. Dia tenang macam biasa je.. Mesti sakit dia parah kan..?"

"Macam mana kau tahu sakit dia parah?"

"Aku tahulah.. sebab dia tu memang jarang tunjukkan masalah dia pada orang sekeliling dia sebab tu kalau orang tak kenal dia, orang pasti sangka dia tak ada masalah."

"Aku tengok kau betul betul faham sikap dia. Jangan jangan kau ada apa apa dengan dia ni sebab tu tahu nah..?" Dr Ruzain cuba pancing hati kawannya

"Macam manalah aku tak tahu dia kan kawan yang selama ini aku perhatikan dari jauh."

"Maksud kau dia tu Elliesha yang selama ni kau ceritakan pada aku?"

Yusman Farish mengangguk

"Patutlah tadi aku rasa macam pernah tengok aja!"

"Eh takkan mula mula dia datang sini kau tak tahu, Ruzain?"

"Macam mana aku nak tahu masa mula mula dia datang bukan aku yang periksa dia tapi Dr Haidar yang ambil tugas aku masa itu."

"Oh kisahnya patutlah kau lambat dapat tahu."

Mereka dua ketawa

"Jadi apa sakit dia?"

"Lah, aku ingatkan kau dah lupakan hal tu."

"Mana boleh kawan, aku perlu tahu hal sebenarnya. Aku pun tak nak apa apa terjadi pada dia lagipun sekarang ni aku dah jadi rakan bisnes dia."

"Ceacea.. Tak kongsi cerita kat aku pun?"

"Abih yang aku cakap ni bukan kongsi cerita ke?" Dr Ruzain tergelak sendiri melihat kawannya memerli dirinya

"Janganlah marah aku gurau je.."

"Aku tahulah kau gurau, aku pun dua kali lima juga.."

"Hahahaha..." mereka berdua ketawa kemudian ditegur oleh jururawat yang ada disitu

"Apa punya doktor, sampai jururawat suruh diam!"

"Kau kenakan aku ya?"

"Apa salahnya sesekali jumpa, bukan selalu.. Ehh beritahulah kat aku macam mana keadaan dia?"

"Okielah.. orangnya pun tak minta dirahsiakan jadi aku berani menyatakan pada kau yang dia menghidapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai Arteriovenous Malformation (AVM)"

"Ye ke? Setahu aku penyakit tu agak merbahaya kalau tak jalani pembedahan!"

"Memang betul.. sebab tu aku bagi dia 2 minggu untuk dia bersedia menjalani pembedahan."

"Aku akan cuba yakin kan dia walaupun aku tak yakin dia boleh menerima."

"Okie.. All the best.."

"Thanks Ruzain kerana sudi beritahu aku"

"Welcome.. itu pun terpaksa."

"Tak ikhlas lah ni?"

"Eh mana ada.. cuma aku tak selesa dengan pesakit aku."

"Kau jangan risau aku akan simpan rahsia ni.."

"Okie aku percaya."

"Oklah aku minta diri dulu, nanti ramai pulak pesakit kau menunggu!"

"Huh yalah.. Hati hati memandu."

"Baiklah Dr Ruzain!" Mereka berdua bersalaman dan berjalan kearah masing masing.

Jam 11:30pagi Elliesha tiba di bangunan Junction sebelum itu seperti biasa Elliesha singgah ke kedai buku untuk mencari novel terkini semasa sedang mencari-cari Elliesha ditegur oleh seseorang

"Hai Esha?"

"Hai.."

"Lambat masuk kerja?"

"Ada hal sikit tadi. Ryz buat apa dekat sini?"

"Salah ke Ryz datang sini?"

"Eh tak adalah, Esha cuma tanya saja."

"Ryz minta maaf.. Tak sepatutnya Ryz cakap macam tu." sebenarnya Edryzal merasa kekok bila berdepan dengan Elliesha kalau dulu selesa nak berbual bersama bila dah lama tak berjumpa sukar pula untuk kembali seperti dulu

"Tak apa.." Elliesha faham dengan sikap Edryzal tadi dan mungkin ini permulaan untuk kami berdua akrab kembali

"Ryz datang sini sebab nak jumpa dengan sepupu Ryz dan kebetulan dia nak beli buku jadi Ryz temankan dia kat sini."

"Ooh.."

Lebih baik aku cabut sekarang sebelum aku terserempak dengan dia

"Esha nak minta diri dulu lah." balas Esha cepat

"Eh.. kenapa cepat sangat kan Esha baru masuk."

Semasa Elliesha hendak menuju keluar Rizal Hafique dah pun berada ditepi Edryzal. Elliesha kelu bila melihat Rizal Hafique yang sedang tersenyum kearahnya.

"Apa kata kalau Esha join kita dua pergi makan?"

"Err tak apalah Ryz.. Esha masih kenyang lagi ni." tipu Elliesha

Tanpa Elliesha sangka perutnya berbunyi keroncong minta diisi dengan segera. Edryzal dan Rizal Hafique tersenyum menahan ketawa. Elliesha apalagi malu tak terhingga.

Kenapa lah perut ni buat hal.. Buat malu aku aje.. Bila depan dengan dia ada saja yang tak kena dengan aku ni, nak mengelak pun dah tak boleh.

"Ryz rasa lebih baik Esha join kita dua sebelum terjadi apa apa."

Akhirnya Elliesha menyerah dengan pelawaan Edryzal itu dan mereka bertiga beriring ke salah sebuah restoren yang berdekatan dengan bangunan Juntion itu.

Mungkin ramai yang tertanya tanya mengapa kali ni Elliesha bersedia diajak oleh Edryzal. Jawapannya kerana Elliesha tidak mahu Edryzal salah sangka dengan sikapnya yang sering mengelakkan diri kerana segan.

Sampai saja di restoren ala thai mereka bertiga di berikan tempat duduk yang berdekatan dengan cermin kaca bertentangan dengan tangga bergerak setelah Edryzal dan Rizal Hafique memesan makanan mereka menunggu Elliesha yang sedang membelek belek menu

Elliesha yang tersadar diperhatikan mereka berdua sudah memerah wajah menahan malu kemudian Elliesha memilih untuk makan suun goreng dan minum jus kiwi. Setelah pelayan beredar dari situ Elliesha cuba memeriksa buku yang telah dibelinya tadi. Edryzal dan Rizal Hafique berbual bual hal perkerjaan sambil itu mereka lihat Elliesha masih memandang kearah buku yang dibelinya tadi. Akhirnya Edryzal mengajak Elliesha berbual bersama kerana Edryzal yakin Elliesha tak selesa bila ada orang duduk bertentangan didepannya.

"Esha dari mana tadi?"

"Dari hospital!"

"Dari hospital? Siapa sakit?"

"Err.. tak ada siapa sakit cuma Esha jumpa kawan tadi kat sana."

"Kenapa jumpa kawan dekat hospital?" tanya Edryzal pelik

"Mungkin kawan Esha kerja sana agaknya!" Rizal Hafique menyampuk setelah lama berdiam diri

Elliesha mengangguk menandakan ya walaupun sebenarnya itu bukan alasan Elliesha kesana

Nasib baiklah dia cakap macam tu kalau tidak aku tak ada idea nak bohong dengan Ryz.. Tapi lain aje dia renung aku tadi macam dia tahu aje aku bohong.. Tapi macam mana pulak dia boleh tahu aku bohong? Kat muka aku ada tanda membohong ke? Hishh aku ni tak habis habis merepek, jangan jangan ada kena mengena dengan sakit aku tak? Entahlah!!

"Esha kenapa tak makan lagi? Makanan dah terhidang tu!"

"Oh ya.." Elliesha menatap hidangan yang telahpun tiba kemudian Elliesha menikmatinya dengan sopan

Segannya aku nak buka mulut.. macam mana nak makan ni? Kalau tak makan perut pulak yang meragam! Ahh makan ajalah buat buat tak nampak diaorang

Rizal Hafique masih tertanya tanya pada dirinya adakah benar Elliesha ke hospital untuk menemui kawannya atau ada perkara disebaliknya.

Mesti ada sesuatu ni kalau tidak kenapa dia pergi hospital tanpa ditemani Yazid tak pun dengan Emi atau Aikah tapi ni..

Edryzal lihat ekspresi wajah Elliesha seperti sedang melayan perasaan

Ini mesti kes segan nak buka mulut kalau tidak tak lah Esha pandang aja makanan tu dari tadi! Em.. makan pun at last.

Setelah mereka bertiga selesai menikmati juadah Elliesha berterima kasih kerana Edryzal sudi belanja makan kemudian Elliesha meminta diri kerana Elliesha baru sahaja dapat sms dari Minziana katanya ada hal penting. Edryzal dan Rizal Hafique faham dan mereka berdua berharap dapat berbual panjang bersama Elliesha lagi bila ada masa lapang setelah Elliesha memberi salam dan di jawab mereka berdua Elliesha beredar dari restoren itu.

"Fique setuju tak kalau Ryz dengan Esha jadi pasangan?" tanya Edyzal penuh bersinar dimatanya

"Maksud Ryz?" hampir saja Fique tersedak dengan pertanyaan Edryzal itu

"Ryz nak jadikan Esha sebagai pemaisuri hati Ryz sebelum Ryz berangkat ke England lagi 2 bulan!"

"England? Buat apa dekat sana?" Rizal Hafique terkejut mendapat berita itu

"Sebenarnya Ryz ditawarkan bekerja disana dari syarikat kawan papa."

"Tapi kan Ryz baru balik sini."

"Fique kan tahu sikap papa Ryz macam mana kalau dia dah kata mesti, Ryz mesti pergi juga."

"Mama dengan papa Ryz dah kenal Esha belum?"

"Itu masalahnya.. Sampai sekarang pun Ryz belum tahu perasaan Esha terhadap Ryz macam mana nak ajak kenal dengan mama dan papa. Kalau masa sekolah menengah tu adalah jumpa jumpa gitu tapi jarang berbual."

"Okielah macam ni biar Fique aturkan rancangan supaya Ryz boleh kenalkan Esha pada mama dan papa Ryz."

"Betul ke ni Fique?"

"Iya.."

"Thanks Fique.. Ryz appreciate sangat.."

Rizal Hafique hanya tersenyum melihat Edryzal senang hati setelah setengah jam mereka berbual bersama Edryzal meminta diri untuk ke tempat kerja dan Rizal Hafique pula kembali ke bistro.

Mungkin takdir aku dengan dia sampai disini saja!! Bolehkah aku menerima ini semua dengan hati terbuka?

Alunan lagu Menjaga Hati nyanyian Yovie & Nuno kedengaran dicorong radio seperti hati Rizal Hafique yang sedang berdendangan.

Biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjauh, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana

"Abang Fique buat tu? Lagi fiiling eh?" Rahayu Maishurah sengaja menyakat abangnya

"Aah.. Kenapa? Aira nak join ke?" Rizal Hafique membalas serangan adiknya

"Tak nak arr tak kuasa nak layan jiwang jiwang ni."

"Eehh mulut tu mari sini.." Rizal Hafique cuba menangkap tangan Rahayu Maishurah tapi dengan cepat adiknya melarikan diri ke arah Puan Marzilah.

Puan Marzilah sekadar menggeleng melihat kerenah anak anaknya.

                                             ~~~♫~~~

Sampai saja di Ellies@Zid Collection Elliesha memberi salam dan di jawab oleh semua adik adik Elliesha kecuali seorang saja yang tidak hadir.

"Abang Zid mana Min?"

"Abang Zid dah balik katanya dia kurang sihat."

"Okie.. Tadi kan Min sms kak Esha katanya ada hal penting! Apa dia?" tanya Elliesha kepada Minziana

"Macam ni kak Esha tadi ada seorang pelanggan talipon sini dia minta kita bagi balik duit dia sebab baju yang dia tempah hari tu tak selesa dia pakai dan dia kata kalau tak bagi balik duit tu dia nak saman kita."

"Saman.. Kenapa sampai macam tu sekali."

"Tak tahulah kak Esha, orang sekarang ni macam macam hal. Suka suka dia aja!" balas Najwan geram dengan sikap sesetengah pelanggan

"Biarlah Naj asalkan mereka bahagia.." Elliesha tersenyum melihat adik adiknya yang sedang protes walaupun begitu mereka sentiasa menjalankan tugas dengan bijaksana.

"Min beritahu saja dengan pelanggan kita tu yang kita sedia bagi balik duitnya dan beritahu pada dia juga kalau dia tak nak baju tu dia boleh bagi balik ataupun dia boleh simpan saja."

"Tapi kak Esha harganya tu kan agak ratusan juga?"

"Tak apa kita baru saja kerugian sedikit.. InsyaAllah tuhan akan murahkan rezeki kita."

"Baiklah kak Esha." Elliesha meminta diri untuk masuk ke dalam ruangannya

Pada malam itu habis saja waktu kerja Elliesha dan adik adik berkunjung kerumah Puan Zurida untuk melihat keadaan Yazid yang sedang kurang sihat.

Kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Puan Zurida apabila Elliesha melihat keceriaan terpancar diruang mata ibu saudaranya, Elliesha merasa gembira sangat kerana dapat menghiburkan hati ibu saudaranya yang sedang sepi walaupun Tuan Kamarruzaman dan Yazid ada disisi.

                                   ~~~♫~~~

Sedarlah diri tu sikit.. Seperti kata pepatah aku ni hanya bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.. Sedangkan kes aku dengan Ezrul pun belum selesai dah pandai pandai nak mengurat adik dia.. Kan tak pasal pasal penampar yang aku dapat..

Masih terngiang-ngiang lagi suara hatinya berkata kata

"Apalagi yang Fique termenungkan tu? Sejak kat bistro lagi mama perhatikan.. Fique ada masalah ke?"

"Ehh.. tak ada apalah ma cuma Fique tengah cari cara nak tolong Ryz." Rizal Hafique cuba mengalihkan topik yang bakal meruntun hatinya sekali lagi

"Kenapa dengan Ryz? Dia ada masalah ke?"

"Masalah tu tak adalah ma cuma lagi 2 bulan Ryz dah kena pergi England ada tawaran kerja dari kawan Uncle Husaini."

"Kesian Ryz baru balik dah kena merantau lagi.. Mama sendiri tak tahu nak cakap apa lagi dengan uncle kamu tu. Nanti kalau mama tegur, dia jauhkan diri pulak."

"Sabarlah ma tak semua adik beradik berfikiran sama."

"Ya Fique.. Terima kasih kerana bahagiakan hidup mama, papa dan Aira."

"Tidak ma, Fique yang patut berterima kasih pada mama, papa dan Aira kerana sentiasa beri keceriaan didalam hidup Fique selama ini." Puan Marzilah amat terharu dengan kenyataan anaknya itu. Dia mengusap kepala anaknya yang berada di sebelahnya

"Tapi apa cara yang Fique nak tolong Ryz?" Rizal Hafique hanya tersenyum mendengar pertanyaan mamanya itu


Posted at 1/23/2008 4:45:50 am by Hakitasalinas
Sila Komen  

Tuesday, January 08, 2008
~ K19 ~

Kenapa dia mengelak dari aku? apa salah aku dengan dia? tapi aku tkkan menyerah kalah akan aku cuba sekali lagi moga kali ni dia tkkan mengelak dari aku lagi..

Yusman Farish menuju ke Ellies@Zid Collections sambil membimbit sebuah beg kertas untuk diberikan pada Elliesha sampai saja Yusman Farish memberi salam dan di jawab oleh semua yang berada di dalam butik itu.

"Esha ada?"

"Ada, sekejap ya."

"Kak Esha ada yang nak jumpa!" Minziana memanggil Elliesha melalui interkom

"Okie, bagi kak Esha 5 minit."

"Duduk dulu ya." Yusman Farish melemparkan senyuman kearah Minziana dan menunggu dengan tenang

Lima minit kemudian Elliesha muncul didepan Yusman Farish pada masa itu Yazid berada di luar sedang menguruskan sesuatu.

"Asssalamualaikum.."

"Wa'alaikumsalam." jawab Yusman Farish dan berdiri depan Elliesha

"Macam mana? sudi makan tengahari dengan i?" tanya Yusman Farish penuh berharap

"Baiklah saya sudi, tapi saya nak ajak teman boleh?"

"Tak percaya kan i ke?"

"Bukan tak percay tapi tak manis dipandang orang." jawab Elliesha dengan lembut tapi tegas

"Okie.. i tak kisah, u boleh ajak sesiapa pun."

"Thanks.."

"My pleasure.." Yusman Farish menundukkan sedikit badannya menandakan dia senang hati dengan kesudian Elliesha pergi makan tengahari dengannya walaupun ditemani seseorang

"Sebelum tu.. i ada sesuatu nak beri kat u.. dan u boleh share dengan adik adik u di sini!" Yusman Farish menghukurkan bungkusan itu kearah Elliesha

"Menyusahkan aja." Elliesha Menerimanya

"Takpe u terima aja.. i yang nak sangat beri kat u jadi u kenalah terima walaupun u tak nak."

Elliesha mengukirkan segaris senyuman kearah Yusman Farish setelah itu Elliesha mengajak Minziana pergi bersamanya pada masa itu Andini terasa hati kerana tidak diajak sama setelah Elliesha berpesan agar balik nanti akan dijelaskannya barulah Andini memahami. Elliesha juga meninggalkan pesan untuk Yazid agar Yazid tidak khuatir mencari carinya.

Mereka bertiga menuju ke tempat letak kereta.

Yusman Farish sudah bersedia membuka pintu kereta sebelah kiri tetapi Elliesha hanya berdiam diri sahaja.

"Tak nak masuk ke?"

"Bukan tak nak masuk tapi.. boleh saya duduk belakang?"

"Ooh okie saya faham.."

Ikutkan aja kalau tidak tak jadi pula

Elliesha dan Minziana hanya tersenyum melihat muka Yusman Farish yang sukar dimengertikan

Semasa didalam kereta mereka bertiga tidak banyak berbicara sekadar mendengar alunan lagu lagu balada yang berkumandang di radio .

Akhirnya Minziana memecahkan kesunyian itu

"Kita nak makan dimana ni?" Elliesha baru sedar yang dia harus mengetahui dari awal lagi kemana arah tuju mereka.

"Tunggu saja.. tak jauh pun dari sini." jawab Yusman Farish

Yusman Farish sempat memerhatikan Elliesha melalui cermin depan.

Elliesha yang melihat keadaan itu merasakan tidak selesa.

"Dah sampai pun.." Yusman menghentikan keretanya di salah satu tempat letak kereta yang berdekatan dengan sebuah restoren mewah.

"Jom.." ajak Yusman Farish

Mereka bertiga melangkah ke dalam restoren mewah itu semasa mereka ingin ke tempat duduk yang telah disediakan alunan piano mengiringi mereka dan ramai mata yang memandang kearah mereka.

Setelah mereka duduk Elliesha bersuara.

"Kenapa saudara membazirkan duit hanya untuk makan tengahari disini?"

"Sebelum itu panggil i Far.. sebenarnya dari dulu lagi i nak ajak u makan kat sini tapi setiap kali i nak ajak ada saja halangan sebab itu bila hari ni u terima ajakkan i, i gembira sangat dan inilah tanda kenalan i pada u."

Alahai!! baiknya dia.. tapi apa hubungan dia dengan aku, aku tak kenal dia pun.. macam mana boleh dia kata dari dulu lagi dia nak ajak aku ke sini.. lain macam aja bunyinya

"Maksud awak, awak dah lama kenal dengan kak Esha?" tanya Minziana ingin kepastian

"Err..."

Inilah saatnya kau berterus terang dengannya agar dia tahu sejak bila kau ingin berkenalan dengannya

"Ya.. sebenarnya i satu sekolah menengah dengan Esha cuma i tak pernah tegur sebab tu Esha tak kenal i dan i dah lama perhatikan Esha tapi i tak berani nak berdepan dengannya hingga lah Yazid kenalkan i dengan Esha hari itu."

"Ooh begitu kisah disebaliknya." Minziana memahami

Elliesha kelu seribu bahasa setelah mendengar penjelasan Yusman Farish itu

"Melamunkan siapa tu?" sergah Yusman Farish sambil tersenyum kearah Minziana

"Ahh.. tak melamukan sesiapa!"

"I dah pesankan makanan, u berdua tak kisahkan?"

"Tak.." jawab mereka berdua serentak

Lima minit kemudian makanan telah terhidang diatas meja mereka menikmatinya dengan berselera walaupun pada awalnya Elliesha tidak selesa dengan hidangan makanan yang terlalu mahal tetapi apabila Yusman Farish berjanji takkan membazirkan duitnya seperti ini lagi barulah Elliesha menikmatinya dengan sopan.

Semasa menantikan pencuci mulut dihidangkan Elliesha terpandang Rizal Hafique bersama wanita kemarin sedang menikmati makanan yang baru saja terhidang. Pada masa itu jantung Elliesha berdegup degup kencang

Kenapa dengan aku ni? Tak pernah pernah jantung aku beredegup sekencang ini tapi bila nampak dia aja mulalah jantung ni buat hal.. Takkan aku cemburu bila nampak dia jalan dengan perempuan lain? Hishh!! Tak logik ahh..

Elliesha tak sedar yang dia telah luahkan kata kata itu.

"Apa yang tak logiknya kak Esha?" tanya Minziana hairan

Yusman Farish berpandangan

"Ehh.. tak ada apalah Min."

Ish macam mana pulak boleh terkeluar kata kata tu.. Buat malu aku aja

Setelah selesai menikmati hidangan pencuci mulut Elliesha dan Minziana berterima kasih kepada Yusman Farish kerana sudi belanja mereka di tempat yang mewah ini.

"Tak perlulah berterima kasih kan i yang nak ajak u berdua makan kat sini."

Mereka berdua hanya tersenyum kemudian semasa mereka bertiga hendak keluar dari restoren itu Elliesha hampir saja tergelincir kerana ada tumpahan air di salah satu meja yang berhampiran pintu keluar itu dan Elliesha sempat dibantu oleh seseorang dan memegang lengannya apabila Elliesha ingin mengucapkan terima kasih Elliesha amat terkejut melihat pemuda yang berada di depannya

"Maaf Esha, Fique terpaksa pegang lengan Esha tadi."

"Tak apa.. saya minta diri dulu" Elliesha terus keluar tanpa menoleh kearah Rizal Hafique lagi

Hampir saja aku mati berdiri kat situ.. Malunya aku.. Walaupun dia tolong aku tapi aku rasa menyesal sangat nampak dia kat situ.. Kalau dia tak tolong kesian pulak aku tak dapat minat kat dia lagi.. Ish apa yang aku merepekkan ni.. Dah tak betul agaknya aku ni..

"Kak Esha okie ke?"

"Ya,okie.."

Yusman Farish yang melihat kejadian itu hanya berdiam diri kemudian mereka bertiga menuju ke tempat letak kereta. Yusman Farish memecut laju hingga tiba di bangunan Junction

"Terima kasih sekali lagi Far.."

"Ya sama sama."

"Saya naik dulu."

"Okie.. sampaikan salam i pada Yazid."

"InsyaAllah!" Elliesha beriring dengan Minziana dan berlalu pergi

Macam mana lah aku boleh tergelincir buat malu aja nasib baik restoren tu tak ramai orang kalau tidak dah jadi bahan ketawa pulak tak pun tersedia gosip aku dengan dia.. Haizz!!

"Lambatnya habis makan?"

"Maaflah tadi ada insiden sikit."

"Insiden apa pulak Esha?"

"Insiden terlanggar kawan lama." Elliesha sengaja menutup cerita sebenar kalau Yazid tahu dah tentu malunya makin bertambah diusik oleh Yazid. Minziana yang mendengar hanya berdiam diri tidak masuk campur

"Ohh.. lelaki ke perempuan?" tanya Yazid sambil menaikkan keningnya

"Adalah.."

"Lelakilah itu! betul tak?"

"Pandai aja Zid ni.."

"Tengok oranglah.. adik siapalah kata kan!!" Yazid tergelak besar bila mendengar kata katanya yang memuji diri sendiri

Elliesha hanya menggeleng kepala melihat telatah Yazid yang menceriakan

"Kak Esha ada kiriman bunga lagi". Andini menyampaikan pesanan

"Okie Andi.." Elliesha menghampiri kearah Andini dan mengambil kuntuman mawar yang sudah berkurangan ke angka 9.

Siapalah gerangan pengirim bunga ni.. munculkan diri pun tidak.. sampai bila dia nak hantar bunga ni? Takkan sampai ke angka 1 baru dia nak munculkan diri.. Apa dia tak bosan ke asik hantar bunga kat aku je? Tak rasa membazir ke dia?

"Jauhnya pergi dah sampai mana tu?" Yazid mengalihkan tumpuannya kearah Elliesha

"Tak jauh pun baru sampai L.A!" Elliesha sengaja membalas

"Sanggup ke Esha ke sana?"

Elliesha menjeling maut kearah Yazid

Yazid terkekeh kekeh ketawa bila melihat reaksi Elliesha sebentar tadi.

"Esha tahulah yangg Esha tak berani pergi jauh tapi jangan cuba cuba cabar Esha." Elliesha memberi amaran tapi dalam hatinya gelihati melihat reaksi muka Yazid

Yazid berdiam diri kerana dia tahu kalau tersalah langkah Elliesha pasti akan sahut kata katanya tadi.

Iman Shauqi dan Najwan pelik melihat Yazid membisu selalunya Yazid pasti akan membalas semula tanpa mengalah

"Kenapa abang Zid diam?" tanya Najwan

"Saja je.. kenapa?"

"Tak ada apalah cuma pelik je.."

"Tak payah pelik Naj, memang part yang itu abang Zid memang tak boleh balas cakap kak Esha kalau balas juga menyesal nanti."

Muka Yazid memerah menahan geram walaupun cuba ditenangkan diri agar kawal emosi.

"Kenapa pulak kak Esha?" tanya Iman Shauqi ingin kepastian

"Kalau yang itu biarlah rahsia diantara kak Esha dan abang Zid ok?"

"Okie, kami faham walaupun kami nak tahu sangat." jawab Iman Shauqi mewakili yang lain sedang tersengih

Elliesha melemparkan senyuman kearah mereka.

"Tak perlulah nak rahsia rahsiakan lagi Esha!" suara seseorang menerpa kearah mereka

"Emilia!!" Elliesha dan Yazid menoleh kearah suara itu dan menyebut namanya dengan serentak

"Kenapa? Tak berani berkata benar?"

"Apa maksud Lily ni?" Esha tak faham.

"Kalau dah ada hubungan sekalipun kenapa tak berterus terang kenapa masih buat Lily berharap."

"Lily.." Yazid cuba untuk sedarkan Emilia tetapi Emilia tidak mengendahkan panggilan dari Yazid

"Kenapa Esha tikam Lily dari belakang Lily sakit hati bila Esha mesra dengan Ryz dan sekarang ini Zid pula yang Esha nak rampas."

"Apa?? Maksud Lily.. Lily menaruh hati pada Edryzal?" tanya Yazid ingin kepastian

Lily terdiam kerana dia tidak menyagka terlepas kata di depan Elliesha dan Yazid.

"Bukan itu maksud Lily, Zid."

"Cukup.. Zid tak nak dengar lagi. Zid akan terima Lily apabila hati Lily benar benar mencintai Zid tapi kalau tidak cukuplah disini saja kerana Zid tak bersedia nak memaksa hati Lily untuk menerima Zid." kata kata Yazid itu amat menusuk kehati Emilia

Yazid cuba untuk berlalu pergi tapi Elliesha cepat menahan

"Zid... tolong kawal emosi dan beritahu akan hal sebenar pada Lily sebelum semuanya menjadi kacau." kata Elliesha lembut

Yazid mengangguk dan berterus terang dengan Emilia bahawa dia dan Elliesha adalah adik beradik susuan merangkap sepupu kemudian Yazid berlalu pergi dari Ellies@Zid Collections.

Emilia amat kecewa kerana kejadian itu kerana ia telah berlaku dengan pantas tanpa disedari seperti kata peribahasa terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Elliesha cuba tenangkan Emilia kerana dari tadi tak henti henti dia meminta maaf kerana kejadian itu.

"Sudah sudahlah tu Lily semuanya dah terjadi Esha akan berbincang dengan Zid, Lily janganlah risau ya nanti keadaan dah stabil Lily jumpa dengan Zid ok."

"Baiklah.." Emilia cuba mengawal air matanya dari mengalir deras

"Tak perlu bersedih Llily semuanya akan kembali seperti sediakala kalau memang hati Lily dah bersedia menerima Zid."

Emilia mengangguk dan cuba mengukirkan sebaris senyuman kearah Elliesha yang telah memberinya nasihat. Emilia sedar dia telah bersikap biadap terhadap Elliesha tapi Elliesha tetap menenagkan hatinya tanpa sedikit kemarahan terhadapnya.

"Esha.. maafkan Lily sekali lagi, Lily bodoh kerana emosi seperti tadi dan menuduh Esha yang bukan bukan."

"Tak perlulah Lily, semua orang ada buat kesalahan jadi tak perlulah kita bahaskan lagi hal ni. Esha nak Lily balik rumah dan tenang kan fikiran ok?"

"Okie Esha.. Lily minta diri dulu." Setelah mereka bersalaman Elliesha cuba menghubungi Yazid tapi talipon bimbitnya di matikan.

Satu satunya jalan adalah Elliesha harus ke tempat itu.

Elliesha menutup butiknya pada jam 8:00 malam ramai pelanggan tertanya tanya mengapa butik tutup awal. Elliesha meminta bantuan Faikah yang baru saja tiba untuk menjelaskan kepada para pelanggan. Faikah bersedia membantu kerana Elliesha telah menjelaskan perkara yang sebenar pada petang tadi. Aidil Hazri yang berada di situ juga sedia mengambil alih untuk menyakinkan para pelanggan. Elliesha amat berterima kasih kepada Faikah dan Aidil Hazri kerana bersusah payah menyakinkan. Elliesha menahan teksi tapi tidak ada satu pun yang kosong semuanya penuh dengan penumpang.

Itulah tadi Iman nak hantarkan tak nak!! Eksyen.. kononnya menyusahkan dia sebab nak hantar yang lain..

"Esha??" tanya seorang pemuda yang sedang memerhatikannya

"Iya.." Elliesha menoleh kearah suara itu dan terlihat Rizal Hafique sedang menghampirinya

"Hai.. buat apa kat sini? Mana Yazid?" tanya Rizal Hafique

"Hai.. arr saya tengah tunggu teksi.. Zid tak ada dengan saya."

"Kenapa pulak? Eh.. tak apalah kalau macam tu biar Fique hantar Esha balik?"

Err... nak terima ke tidak ni? Malu masih bersisa.. tapi kalau tak terima sampai jam berapa aku nak pujuk Zid ni..

Rizal Hafique menanti dengan penuh sabar

"Baiklah.." Mereka berdua beriring ke tempat letak kereta kemudian Rizal Hafique bertanya dimanakah Elliesha hendak duduk dan Elliesha memilih untuk duduk dibelakang Rizal Hafique faham akan kehendak Elliesha dan terus membukakan pintu belakang untuk Elliesha

"Saya tak nak balik rumah!!"

"Jadi? Esha nak kemana?"

"Saya nak pergi ke tepi laut."

"Malam malam begini?" tanya Rizal Hafique ingin tahu

"Iya.. kenapa? Tak boleh ke?" Elliesha lemparkan pertanyaan kepada Rizal Hafique

"Bukan itu maksud Fique.." Rizal Hafique memandu dengan berhati hati menuju ke destinasi

Elliesha mencari idea agar suasana tidak menjadi suram

"Setahu saya, saudara tak bawak kereta kan?" tanya Elliesha perlahan

"Iya memang Fique tak bawak."

"Jadi ini kereta siapa?"

"Kakak Fique yang punya dia dah balik dengan mama dan Aira sebab tu Fique bawak kereta dia balik."

"Ooo..." Elliesha merenung keluar tingkap melihat keindahan malam yang berwarna warni

Sampai saja ditempat yang nak dituju Elliesha mengucap terima kasih dan turun dari kereta. Rizal Hafique yang melihat Elliesha hendak ke suatu tempat yang gelap merasa khuatir kalau dibiarkan.

"Esha nak Fique temankan?"

"Tak perlu.. saya boleh sendiri."

"Janganlah degil Esha.. Fique takkan beredar selagi Fique tak lihat Esha selamat sampai ke tempat nak dituju."

Elliesha membiarkan saja Rizal Hafique berceloteh yang penting tujuannya datang sini untuk memujuk Yazid.

Rizal Hafique yang melihat kedegilan Elliesha itu mengekorinya dari belakang.

Kemana lah dia nak pergi ni? dah lah gelap tak takut pulak tu.. selalunya perempuan macam dia ni takut dengan gelap tapi dia ni lain pulak.. mungkin inilah keistimewaan dia dalam hati aku.. Ahh!! Aku ni..

Setelah 5 minit mengekori Elliesha, Rizal Hafique lihat Elliesha menghampiri seorang pemuda di tepi batu.

Siapa pulak lelaki tu? menyusahkan orang je lelaki ni.. nak merajuk pun carilah tempat yang senang dicari.. ini tidak.. Ishhh!! apa hal aku sibuk sibuk ni..

Elliesha duduk disebelah Yazid dan cuba menerangkan hal yang sebenar tapi Yazid tetap mendiamkan diri tanpa membalas kata kata Elliesha.

"Zid tak kesiankan Esha ke? Jauh jauh Esha datang sini tapi Zid tak nak dengar penjelasan dari Esha." kata Elliesha berharap agar Yazid beri respone

Elliesha cuba mulakan dengan suasana ceria tapi entah bagaimana tangan Elliesha dipegang dan cuba dicium oleh pemuda itu.

Elliesha tergamam melihat keadaan itu hatinya tertanya tanya

Kenapa dengan Zid ni.. tak pernah pernah dia pegang tangan aku macam ni! dia tengah khayal ke apa ni..

Elliesha menjerit untuk menyedarkan pemuda yang disangkanya Yazid itu

Rizal Hafique yang mendengar jeritan Elliesha itu terus menghampiri dan menolak pemuda yang berada di tepi batu itu

"Eh apa ni main tolak tolak? Orang tunggu kekasih hati sedap sedap aje tolak orang!" pemuda itu meradang kemudian apabila pancaran lampu kereta menerangi Elliesha lihat yang berada di tepi batu itu adalah seorang pemuda lingkungan 30an

Ya Allah!! Malunya aku.. macam mana boleh salah tempat ni.. aduhh!! malu aku makin menebal lah nampaknya.. depan dia pulak tu

"Bukan saya saja saja nak tolak.. Tapi abang yang suka suka pegang tangan tunang saya."

"Mana saya tahu tu tunang awak kalau saya tahu dah lama saya jaga jarak tadi."

"Kita kosong kosong aja lah ya abang?"

"Iyalah.. janji awak jaga tunang awak tu baik baik, saya tengok ramai yang berkenan kat tunang awak tu!" sempat lagi pemuda tu memberi peringatan pada Rizal Hafique

Memerah muka Elliesha menahan malu bila dikata begitu.

Tunang?? biar benar dia ni.. kata ajalah yang aku ni kawan dia ni tidak tunang pulak perginya.. orang tu pun...

"Saya pergi dulu ya abang!" Setelah mereka berdua berjabat tangan Rizal Hafique mengekori Elliesha yang sudah pun berlalu kedepan

Rizal Hafique tersengih memanjang kearah Elliesha

"Apa tersengih sengih? Ada cermin ke kat muka saya ni?" tanya Elliesah geram

"Salah ke saya tengok cermin yang sedang memerah?"

"Eiiii...." Elliesha menahan geram dan berlalu pergi mendapatkan Yazid setelah dicari cari tak nampak pun batang hidung Yazid.

Mana pulak Zid ni pergi? Selalunya kat sinilah dia duduk..

"Esha nak cari siapa sebenarnya?" tanya Rizal Hafique lagi

"Saya nak cari Yazid!" akhirnya Elliesha menjawab dengan jujur

"Ohh Yazid.. Kenapa tak cakap awal awal?"

"Kenapa? Saudara dah jumpa dia ke?"

"Tadi petang dia datang kat bistro lepas dia dah makan kat sana dia kata dia nak balik rumah tenangkan fikiran."

"Tapi tadi saya dah call rumah dia tapi mak Zu kata dia tak ada!"

"Mungkin masa Esha talipon tu dia belum sampai kat rumah tak."

"Ya mungkin juga! Tapi kan dia boleh hubungi saya balik."

"Ada hal agaknya.. sebab tu tak dapat hubungi!"

Elliesha faham dengan penjelasan Rizal Hafique dan Elliesha yakin Yazid sedang memikirkan hal itu.

"Nak Fique hantar kerumah Yazid atau Esha nak balik rumah?" Rizal Hafique menanti jawapan

"Saya rasa lebih baik saya balik."

"Kalau begitu mari Fique hantar Esha sekarang.. kan nanti abang Esha risau pulak!"

"Baiklah.." Mereka berdua mengatur langkah kearah tempat letak kereta setelah mereka berdua masuk didalam kereta Rizal Hafique mula memecut laju menuju ke rumah Elliesha

Sampai saja didepan rumah Elliesha perhatikan abangnya telah berada didepan pintu baru sahaja balik dari bertugas.

Rizal Hafique memberi salam kepada Ezrulkifli setelah dijawab oleh Ezrulkifli mereka berjabat tangan walaupun wajah Ezrulkifli sedikit tegang tetapi ia hanya berdiam diri. Elliesha berterima kasih dengan kesudian Rizal Hafique menghantarnya pulang setelah Rizal Hafique beredar mereka berdua masuk ke dalam rumah kemudian mereka berdua membuat hal masing masing dan membersihkan diri setelah itu Elliesha menuju ke dapur dan menghidangkan air kopi untuk abangnya.

"Tadi Esha kemana?" tanya Ezrulkifli setelah Elliesha duduk di sofa bertentangan dengannya

"Esha cari Zid tadi!" Elliesha menunduk

"Kalau cari Zid kenapa Fique ada sekali?" Ezrulkifli sedikit membentak

"Esha tak ada kenderaan sebab itu Esha terima pelawaan dia." jawab Elliesha penuh hati hati

"Okie abang Ez boleh terima penjelasan ini. Tapi macam mana pulak dengan tengahari tadi?"

"Tengahari?"

"Ya.. abang Ez lihat dia berani pegang lengan Esha dan Esha tak bagi reaksi langsung untuk dia lepaskan pegangannya." marah Ezrulkifli

"Abang Ez tak tahu hal sebenar.. Jangan tuduh Esha dengan Fique."

"Abang Ez tak tuduh tapi abang Ez sendiri yang nampak dengan mata abang sendiri. Kan abang dah pernah kata kalau Esha nak berkawan dengan dia abang Ez tak kisah tapi kalau dah menaruh hati pada dia abang Ez takkan biarkan." Ezrulkifli sedar dia sedikit membentak pada adiknya dan dia cuba mengawal suaranya

"Abang Ez kalau benar sekalipun Esha menaruh hati pada dia apa yang abang Ez nak buat? Esha yakin kejadian yang abang Ez nampak tu pasti ada sesuatu yang berlaku. Fique bukan seperti yang abang Ez sangkakan."

"Kenapa sekarang Esha bela dia.. Kalau benar Esha dah menaruh hati pada dia abang Ez takkan segan segan hantar Esha keluar negara agar Esha tak dapat ingat dia dan jumpa dia lagi."

"Jadi abang Ez nak memaksa Esha pulak."

"Kalau itu yang Esha nak abang Ez takkan teragak agak melakukannya."

Elliesha membayangkan kalau dialog antara abangnya dan dirinya terjadi sebegitu

"Astaghfirullah Hal 'Azhim"

"Kenapa Esha?" tanya Ezrulkifli setelah melihat adiknya melamun entah kemana

"Tak ada apa abang Ez.. Sebenarnya masa dia pegang lengan Esha tu Esha hampir hampir nak jatuh nasib baik dia tolong, kalau tidak dah tentu akan terjadi sesuatu pada Esha."

"Betul ke ni?" tanya Ezrulkifli inginkan kepastian

"Betul.. kalau abang Ez tak percaya Min boleh jadi saksi."

"Okie.. abang Ez percaya cakap Esha."

Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan kerana kau telah melembutkan hati abangku.. semoga tak lama lagi abang Ez akan kembali akrab bersama Fique


Posted at 1/8/2008 3:58:38 am by Hakitasalinas
Sila Komen  

Thursday, January 03, 2008
~ K18 ~

Pada malam itu Elliesha cuba menghubungi Yazid dan Emilia tapi kedua duanya tidak mengangkatnya.

Elliesha dapat rasakan pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua sejak balik dari berkelah tadi kalau tidak takkan sampai sekarang panggilan Esha masih tak terjawab. Akhirnya Elliesha menghubungi rumah ibu saudaranya, Puan Zurida.

"Assalamualaikum, mak zu?"

"Wa'alaikumsalam.. Esha apa khabar?"

"Alhamdulillah Esha sihat. Mak Zu bagaimana sihat?"

"Alhamdulillah Mak Zu sihat! Esha bila nak datang rumah mak Zu ni?"

"InsyaAllah esok Esha akan datang sana."

"Baguslah begitu, ada juga mak Zu kawan berbual."

"Pak su tak ada ke mak Zu?"

"Bukan tak ada tapi mak Zu saja nak tukar angin berbual dengan Esha."

Elliesha tersenyum mendengar kata kata ibu saudaranya, Puan Zurida.

"Esha talipon sini kerana Zid kan?" andai Puan Zurida

"Ya mak Zu.." Elliesha kembali teringat akan tujuan sebenarnya

"Sebentar ya Esha, mak Zu panggilkan Zid."

Dua minit kemudian suara Yazid kedengaran di hujung talian memberi salam.

Setelah Elliesha menjawab salam dari Yazid, Elliesha mula berbicara.

"Zid dengan Lily ada masalah ya?"

"Ermm.. tak adalah Esha!"

"Zid berterus terang sajalah kenapa nak berselindung dari Esha lagi?"

Setelah 2 minit Yazid membisu di hujung talian akhirnya terluah jua apa yang terbuku didalam hatinya pada Elliesha

"Zid tak faham kenapa Lily merajuk tak tentu pasal."

"Mungkin kejadian petang tadi tak?"

"Takkan lah.. Lily kan tahu Esha dengan Zid adik beradik susuan."

"Tidak Zid, Lily tak pernah tahu dan Lily tak pernah tanya Esha. Dia hanya tahu Zid dengan Esha sepupu."

"Patutlah dia merajuk, sejak Zid kenal dengan Lily tak pernah pun dia merajuk macam ni merajuk biasa biasa adalah."

"Sudahlah itu, Zid beritahu saja perkara yang sebenar tak adalah Lily salah faham dengan kita berdua."

"Tak nak lah Esha." Yazid tersengih di hujung talipon

"Kenapa pula Zid?"

"Hehehe.. Zid ada rancangan..."

"Rancangan apa pula? Zid jangan sakitkan hati Lily pulak."

"Adalah.. Esha janganlah risau Zid takkan lukakan hati Lily punya."

"Tapi sebenarnya apa rancangan Zid itu biarlah Esha tahu kalau ada apa apa berlaku boleh Esha tolong?"

"Baiklah.. sebenarnya Zid nak biarkan hubungan kita itu tanpa diketahui Lily terlebih dahulu kerana Zid nak tahu sedalam mana kasih Lily pada Zid kalau dah puas nanti barulah Zid beritahu Lily perkara yang sebenar."

"Zid.. Zid.. kalaulah Lily tahu Zid bohong kan dia habislah.. Esha tak nak masuk campur." Elliesha mengeleng geleng kepala mendengar rancangan Yazid itu

"Kenapa Esha? Dia kuat marah ke?"

"Tengoklah sendiri nanti."

"Hmm.. bagus juga Zid dapat lihat wajah dia tengah marah, mesti bertambah menawan, macam Esha juga.."

"Hahaha.." Yazid ketawa

"Sudahlah itu, kalau cakap dengan Zid sampai esok pun tak habis berbual Esha nak letak dulu ni esok kita jumpa lagi ya.

"Okie Esha.. Selamat malam.."

"Malam.."

Setelah talian ditutup Elliesha duduk di sofa sambil mengingati kejadian tadi petang semasa bersama dengan Rizal Hafique. Pada masa itu Elliesha tersadar akan kerancakkannya berbual bersama Rizal Hafique.

Bila fikir fikir tentang tadi rasa malu pula.. tak pernah pernah aku rancak berbual dengan orang yang baru aku kenal tapi tadi.. macam manalah boleh tak perasan.. mungkinkah semasa berbual dengan dia tadi aku rasa selesa sangat walaupun aku tahu aku pernah bertikam lidah dengan dia tapi aku tak sangka pula boleh berbual serancak itu..

"Esha ni tak habis habis melamun."

"Ish abang Ez ini buat Esha terkejut saja." Elliesha mengurut dadanya yang hampir hilang semangat.

Ezrulkifli tersenyum melihat adiknya terkejut sebegitu rupa.

"Itulah siapa suruh pergi melamun kan dah terkejut tiba tiba.."

Elliesha menghalakan mukanya kekaca tv.

"Abang Ez nak beritahu Esha esok abang Ez tak balik rumah, ada beberapa orang pesakit yang harus dibedah pada esok hari jadi abang Ez harap Esha jaga diri masa seorang diri dirumah.."

"Okie abang Ez.. tapi Esha rasa Esha tidur rumah mak Zu sajalah sebab tadi Esha dah janji nak pergi rumah mak Zu esok jadi boleh lah Esha bawa baju sekali."

"Baguslah tu tak adalah abang Ez risau masa kerja nanti."

Elliesha tersenyum melihat abangnya yang terlalu ambil berat akan dirinya.

"Mak ada talipon?" tanya Ezrulkifli

"Tak ada pula.."

Kriing.. Kriing..  Kriing.. Kriing..

"Huh.. itu mesti mak yang talipon." teka Elliesha

"Pergilah angkat.."

Elliesha ke arah meja kecil yang berada di tepi sofa dan mengangkat talipon yang sedang menjerit jerit minta diangkat setelah memberi salam dan mengenal pasti siapa ditalian Elliesha rancak berbual kerana ia adalah orang yang selama ini dinanti natikan oleh kedua adik beradik itu mereka saling bertukar tukar tangan untuk berbicara dengan ibu bapa mereka yang tersayang.

'Keesokkan harinya..'

Di Ellies@Zid Collections Elliesha sedang melakar design yang terbaru dan masih membuat persiapan untuk menantikan beberapa hari lagi untuk persembahan Fashion Asia. Ia agak mendebarkan setiap pereka baru yang ingin menunjukkan hasil kerja mereka pada seluruh asia dan itu jugalah yang Elliesha dan Yazid rasakan.

Masa telah berlalu pada jam 10:30 malam Elliesha,Yazid dan adik adik yang lain beredar untuk balik ke rumah. sebelum itu adik adik mereka telah meminta diri untuk balik dengan menaiki kereta Iman Shauqi yang baru sahaja dibelikan oleh bapanya seminggu yang lalu setelah lulus mendapatkan lesen kereta setelah mereka bersalaman Elliesha dan Yazid menuju ke tempat letak kereta semasa hendak masuk ke dalam kereta Elliesha ternampak Rizal Hafique bersama seorang wanita sedang menuju ke arah sebuah kereta Hyundai berwarna biru kemudian mereka berdua duduk di tempat belakang dan kereta itu memecut pergi menuju ke destinasi.

"Kenapa Esha?"

"Ahh.. tak ada apa!"

"Kalau tak ada apa masuklah.."

"Ya.."

Setelah Elliesha masuk saja Yazid mula masukkan gear dan mula bergerak menuju ke rumahnya.

Sampai saja dirumah Elliesha terus menghampiri ibu bapa saudaranya dan mencium tangan mereka setelah itu mereka berbual bersama apabilaYazid beritahu pada ibu bapanya yang Elliesha akan tidur dirumah mereka terpancar kegembiraan di wajah Puan Zurida kerana dah lama ia menunggu saat saat ini kerana sejak kecil lagi Elliesha tak pernah tidur rumahnya kalau dipaksa makin menjadi jadi tangisan dan jeritannya kerana ingin balik ke rumah.

"Gembiranya bila mak Zu dengar Esha nak tidur sini bagai mimpi pula."

"Esha tidur sini pun kerana dia takut seorang diri dirumah mak.." jawab Yazid selamba

"Mana ada..." bantah Elliesha

"Eleh tak mengaku.."

Puan Azrida dan Tuan Kamaruzzaman tersenyum dengan keletah kedua duanya.

"Abang Ez tak ada dekat rumah ke Esha?"

"Tak ada mak Zu! Abang Ez kena bertugas malam ni kerana ada pembedahan yang akan dilakukan pada beberapa orang pesakit."

"Oh.. mak Zu doakan semoga abang Ez kamu dapat melakukannya dengan baik."

"InsyaAllah."

"Mari Esha mak Zu tunjukkan bilik boleh Esha rehat nanti."

Elliesha tersenyum melihat ibu saudaranya yang terlalu perhatian terhadap dirinya.

"Terima kasih mak Zu."

Puan Zurida memeluk bahu Elliesha dan mereka beriring ke atas untuk tunjukkan bilik tamu yang telah disediakan.

Semasa Elliesha menjejakkan kaki dibilik itu Elliesha begitu terpegun melihat keindahan didalamnya yang berkonsep kan italy. Elliesha tidak menyangka bilik tamu itu terlalu indah untuk di diami.

"Esha..." panggil Puan Zurida setelah melihat Elliesha berdiam diri dari tadi

"Tak apa mak biar Zid yang panggilkan."

Yazid mendekat kearah Elliesha dan diletaknya kucing kesayangannya dibahu Elliesha.

Masa itu Puan Zurida sudah pun menjegilkan mata kearah anak bujangnya yang seorang itu. Suka sangat menyakat Elliesha. Sejak anak sulungnya menetap di venice bersama suaminya, Elliesha saja tempat Yazid menyakat dan bergurau senda.

Elliesha tersadar semula setelah terasa ada sesuatu yang bergerak gerak dibahunya bila dilihat pada mulanya Elliesha bagai nak menjerit sahaja tetapi bila Elliesha teringat betapa comelnya kucing itu dengan beraninya Elliesha mengambil kucing iu dari bahunya dan diusap usap walau terasa geli tetapi Elliesha dapat rasakan kucing itu faham apa yang Elliesha takutkan selama ini terhadap kucing.

Yazid yang melihat keadaan itu bagai tak percaya yang Elliesha berani mengangkat Lieya turun dari bahunya.

"Ajaibnya.."

"Itulah kan mak dah kata suatu hari nanti Esha mesti berani pegang Lieya, sekarang Zid terpaksalah gigit jari kerana mak lihat Lieya lebih manja dengan Esha dari Zid." Puan Zurida sengaja mengusik anak bujangnya itu

Yazid yang mendengar usikkan ibunya terus kearah Elliesha dan ambil semula kucing kesayangan itu dan membawa keluar.

Elliesha dan Puan Zurida ketawa apabila melihat telatah Yazid yang mengelikan hati itu.

Elliesha tidak menyangka Yazid keberatan berkongsi Lieya bersama Elliesha.

"Esha pergilah rehat, mak Zu keluar dulu ya."

"Baiklah.." Elliesha mencium pipi Puan Zurida tanda kasih seorang anak saudara terhadap ibu saudaranya.

Puan Zurida tersenyum dan mengusap wajah anak saudaranya yang sangat disayangi setelah itu ia meninggalkan Elliesha di dalam bilik.

Setelah Elliesha membersihkan dirinya Elliesha mula menyandar ditepi katil sambil memikirkan siapakah wanita disisi Rizal Hafique tadi.

Siapa perempuan itu mesranya bila lihat mereka berdua rancak berbual masa menuju ke kerata tadi adakah itu teman wanita dia kalau betul dia dah ada teman wanita kenapa dia nak tegur aku semalam.

"Tok..Tok..Tok.."

Elliesha menoleh kearah pintu apabila mendengar ketukan seseorang

"Esha.."

"Ada apa Zid?"

"Mak suruh turun bawah!"

"Baiklah" Elliesha mengatur langkah kearah Yazid dan beriring turun.

"Zid mana Lieya?" tanya ayahnya, Tuan Kamarruzaman

"Ada dalam bilik."

"Baiknya hari ni anak abah selalunya bila Esha datang Zid sibuk sibuk keluarkan Lieya, kenapa kali ini tidak?"

"Tak ada apa apalah abah. kata Yazid kemudian meneruskan menonton tv."

"Abang ni... kan bagus Zid tak buat macam itu kalau tidak malam ni kan Esha tak tidur pula." bisik Puan Zurida

"Bukan apanya Zu cuma abang pelik dengan sikap Zid malam ni, tadi elok elok aja dia bergurau dengan Esha tup tup bila turun berubah pula." balas Tuan Kamarruzaman

"Mungkin dia terasa hati dengan kata kata Zu tadi."

"Apa yang Zu kata dengan Zid tadi?"

Elliesha memandang kearah Yazid sambil menikmati tart strawberi yang dibuat oleh ibu saudaranya.

"Ermm sedapnya tart strawberi ni, siapa yang buat mak Zu? susah nak jumpa ni.." Elliesha cuba pancing reaksi Yazid

"Zid yang buat tu." balas Yazid pantas

"Iya ke? Bila buat?"

"Tadi lah masa Esha kat dalam bilik."

"Betul ke? Ermm pandai betullah adik Esha ni lain kali boleh lah Esha tengok kehebatan Zid bertanding dengan Fique." Elliesha sedar yang dia telah menyebut nama seseorang

"Apa dia Esha? Fique!!" Yazid tersengih melihat Elliesha kantoi

"Apa dia apa? Tak ada apalah!" Elliesha cuba mengawal wajahnya yang hampir memerah

"Jangan nak tipu.. Zid dengar apa yang Esha sebut tadi."

Elliesha menjeling Yazid dan angkat pinggan ke dapur

Yazid yang melihat hanya tersenyum senyum

Puan Zurida dan Tuan Hazim yang melihat kedua duanya merasa tenang kembali kerana mereka tahu Elliesha pandai menambat hati Yazid walau dalam keadaan apa sekalipun.

Malam itu Elliesha dan Yazid kembali rancak bergurau senda hingga jam 2:00 pagi barulah mereka menutup mata.

                               ~~~♫~~~

Debaran Elliesha dan Yazid semakin kencang bila berhadapan dengan hari yang dinanti nantikan ini Acara Fashion Asia 2006 telahpun tiba setiap negara dianggotai 5 pereka fesyen. Elliesha dan Yazid bagai tidak percaya semasa diberitahu sebulan sebelum acara ini tentang terpilihnya butik mereka untuk masuk ke Fashion Asia 2006. Elliesha juga dapat tahu YF Gallery juga terpilih untuk membuat persembahan.

Semasa acara sedang berlangsung Elliesha ditegur oleh seseorang apabila Elliesha memandang kearah orang itu barulah Elliesha tahu siapakah gerangan yang menegurnya itu.

"Hai.. u apa khabar?"

"Alhamdulillah saya sihat!"

"Dah lama kan kita tak berjumpa?"

"Ya.."

"Sudi tak kalau esok i ajak u makan tengahari?"

"Ermm.."

"Please.. i tak nak u tolak pelawaan i.

"Tapi.."

"No tapi tapi.. kalau u anggap i sebagai kawan bisnes u harus terima ajakan i."

Ya Allah datangkanlah seseorang dsini agar hamba dapat elakkan diri dari lelaki yang bernama Yusman Farish ini hamba mohon kepadaMu Ya Allah..

"Maaf boleh saya berbicara dengan Elliesha?"

Syukur alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana mendengar doaku!! Tapi.. kenapa dia.. malunya aku nak berdepan dengan dia

"Nanti nanti boleh kan." Yusman Farish agak terganggu dengan kehadiran orang ketiga

"Maaf ini penting bagi saya!"

"Mari Esha?"

Elliesha mengangguk dan berlalu pergi.

"Ada apa saudara cari saya?"

"Tak ada apa!"

"Jadi tadi tu.." Elliesha terhenti berkata kata dan memahami

Rizal Hafique tersenyum

"Terima kasih."

"Tak perlu, saya tahu keadaan Esha tadi."

"Bagaimana?"

"Dari air muka Esha."

Betul ke apa yang dia kata.. macam ahli nujum pula dia

"Mana Aira dengan aunty Zilah?" Elliesha cuba mengalihkan topik

"Aunty Zilah? Bukan ke Esha panggil mama Zilah?"

"Semalam aunty Zilah yang suruh saya panggil dengan panggilan itu."

"Ohh.. patutlah rancak aja Fique dengar Esha sebut." Rizal Hafique tersenyum nakal

Merah padam muka Elliesha bila diusik oleh Rizal Hafique

Aduss..!! Tak pernah pernah aku kena usik macam ni dengan dia.. malunya aku... senyuman nakalnya itu tak pernah aku lihat.. sungguh mengancam.. Ya Allah kuatkan iman ku kalau tidak parah jantung aku..

"Mereka ada dekat depan sana kalau Esha nak jumpa nanti Fique suruh mereka tunggu masa selesai acara." Rizal Hafique menjawab pertanyaan Elliesha tadi dan hatinya terasa bersalah apabila melihat wajah Elliesha semakin memerah

"Okie.." jawab Elliesha perlahan tapi dapat di dengar oleh Rizal Hafique

"Maafkan Fique, Esha." Rizal Hafique merenung Elliesha dan meluahkannya dengan suara yang tenang

Elliesha cuba mengukirkan senyuman menandakan dia telah memaafkan.

"Saya minta diri dulu."

"Assalamualaikum.." Elliesha berlalu pergi

Rizal Hafique menjawab salam Elliesha dan kembali semula ke sisi ibu dan adiknya.

Setelah tamat acara yang gemilang itu Elliesha bertemu dengan Rahayu Maishurah, Puan Marzilah dan yang lain hanya Rizal Hafique saja Elliesha tidak nampak kelibatnya.

"Mana abang Aira?"

"Ehh... ada apa apa ke ni, sampai cari abang Fique?"

"Eh tak adalah kak Esha cuma tanya aja."

"Abang Fique ada hal sebab tu dia tak dapat tunggu lama."

"Ohh.. tak apalah"

"Jom Esha kita pergi makan, abang Ez kata nak belanja kita semua hari ni." kata Yazid

"Betul ke abang Ez?" tanya Elliesha inginkan kepastian

"Iyalah Esha takkan abang Ez nak tipu." jawab Ezrulkifli dan tersenyum kearah adiknya yang tersayang

Pada malam itu Elliesha benar benar gembira acara yang berlangsung telahpun berjalan dengan lancar dan sambutan dari pertunjukkan yang telah dipersembahkan cukup menggembirakan.

Degupan jantung Elliesha juga semakin kencang bila teringat akan kejadian tadi.

Adakah aku dah tertawan padanya.. Oh tidak..


Posted at 1/3/2008 9:29:32 pm by Hakitasalinas
Sila Komen  

Monday, December 10, 2007
~ K17 ~

Sampai saja dirumah Ellisha minta diri masuk ke biliknya setelah membersihkan diri Elliesha turun semula untuk mengisi perutnya yang sedang berbunyi semasa itu Yazid masih berbual dengan Ezrulkifli di ruang tamu. Elliesha ke dapur dan menyiapkan makanan untuk disantap pada malam nanti. Elliesha berharap sangat agar kejadian pagi tadi tidak di ketahui oleh abangnya, Ezrulkifli. Kalau Ezrulkifli dapat tahu pasti akan risau dengan keadaan adiknya yang seorang itu.

"Esha, Zid balik dulu esok Esha tak usah datang kerja sebab Zid dengan semua adik adik nak ajak Esha pergi berkelah."

"Kenapa tiba tiba, saja Zid?"

"Saja aja kebetulan esok hari libur jadi kita pergi berkelah sama sama relaks kan minda untuk persembahan asia nanti."

"Baiklah kalau begitu Esha akan sediakan juadahnya okie?"

"Orite.."

"Abang Ez tak ajak sekali ke?"

"Tak kerja ke esok?" tanya Yazid

"Tak.." jawab Ezrulkifli

"Kenapa tak cakap awal awal kalau begitu esok Zid ambil Esha dengan abang Ez."

"Baiklah.."

"Tapi Zid macam mana dengan adik adik mereka naik apa?"

"Ayah Iman hantarkan mereka semua."

"Ohh.."

"Okie Zid balik dulu, Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam." jabaw Elliesha dan Ezrulkifli serentak

"Abang Ez tak pergi kerja ke tadi?"

"Pergi tapi abang Ez balik siang."

"Kenapa?" tanya Elliesha hairan kerana jarang benar abangnya itu balik siang kalau tak ada apa apa yang penting.

"Abang Ez kurang sihat sikit tapi dah tak ada apa apa."

"Betul ke ni tak ada apa apa abang Ez?"

"Betul, Esha janganlah risau."

"Baiklah kalau begitu Esha pergi masak dulu Abang Ez rehat ya!"

Ezrulkifli mengukirkan senyuman kepada adiknya.

Elliesha menuju ke dapur semula dan membersihkan ikan bawal yang dibeli oleh abangnya tadi pagi setelah itu dilumurnya kunyit dan garam kemudian di goreng setelah itu Elliesha menyediakan sos masam manis untuk di curahkan keatas ikan yang digoreng tadi. Elliesha juga menyediakan sup tahu diserta dengan cendawan butang,suun,kentang dan bebola ikan setelah semuanya siap dimasak Elliesha dan Ezrulkifli menunaikan solat mghrib dan isyak berjemaah setelah itu barulah mereka menikmati juadah. Itulah keakaraban mereka bila kedua duanya ada masa lapang dan dapat makan bersama kalau tidak terpaksalah mereka makan di luar.

"Sedapnya masakkan Esha malam ni lain kali boleh abang Ez bawa bekal pergi kerja."

Elliesha tersenyum manis kearah abangnya.

"Tadi kalau ajak Zid makan mesti pujinya melambung kan Esha?"

"Dah tentu, Yazid la katakan.." Elliesha dan Ezrulkifli ketawa bersama.

Setelah mereka berdua selesai menikmati makan malam mereka mengemas bersama kemudian menonton tv hingga jam 12:00 tengah malam setelah itu mereka menuju ke bilik masing masing.

Keesokkannya Elliesha bangun jam 6:00 pagi kemudian mendirikan solat berjemaah bersama abangnya setelah itu Elliesha mandi dan bersiap untuk menyediakan sarapan dan bekal untuk berkelah nanti. Selesai mandi Elliesha turun ke bawah dan menuju ke dapur setelah itu Elliesha rebus telur setengah masak dan Makaroni bakar, airnya pula Elliesha sediakan air jus delima setelah itu Elliesha sediakan bahan bahan Pizza setelah diletakkan bahan bahan dalam kulit pizza Elliesha meletak dalam oven semasa menunggu Pizzanya masak Elliesha menggoreng spaghetti dan membuat sos salad. Ezrulkifli juga membantu Elliesha menggaulkan sayur salad dengan sosnya dan memotonbg buah buahan segar kemudian disimpan di peti sejuk. Elliesha dan Ezrulkifli menikmati sarapan mereka setelah selesai Elliesha masukkan spaghetti dan Pizza dalam bekas kedap udara.

Elliesha mengenakan sepasang baju seluar jeans berwarna kebiru biruan awan dengan tudung biru gelap. Yazid yang baru tiba bagai terpaku membuatkan Elliesha ingin menukar pakaiannya itu kerana takut dikatakan menarik perhatian orang yang melihat.

"Tak perlulah Esha, Zid cuma agak terpegun melihat keindahan biru di baju Esha itu."

"Betul ke ni? Jangan tipu Esha, Zid."

"Betul tak tipu memang ayu ari ni kakak Zid."

"Ada saja nak memuji."

"Sudah sudahlah puji tu mari kita berangkat nanti lama pula mereka tunggu."

" Baiklah abang Ez."

" Mak Zu ikut sekali ke tidak?"

" Tak mak ada hal."

"Okielah kalau begitu mari kita berangkat."

Mereka bertiga menuju ke kereta setelah semua barang diletak mereka masuk dalam kereta dan menuju ke destinasi.

"Esha masak apa?"

"Adalah.."

"Beritahulah.."

"Mana boleh nanti dah tak ada kejutan lagi."

"Iyalah.. iyalah.."

"Abang Ez, Esha masak apa ya?" Yazid cuba perlahankan suara bertanya kan kepada Ezrulkifli

Ezrulkifli sekadar menjungkit bahu kalau tidak dibuat begitu pasti Elliesha akan protes mendiamkan diri.

"Jangan tanya dengan abang Ez, Zid. Kalau tanya juga Esha akan pastikan Zid takkan dapat makan apa yang Esha hidangkan nanti."

Yazid hanya tersenyum mendengar ugutan Elliesha. Yazid suka sangat menyakat Elliesha padanya Elliesha seorang yang boleh di ajak bergurau dalam segala hal dan Elliesha jugalah pengubat rindunya kepada kakak kandungnya Yusfira. Dari kecil lagi Yazid memang rapat dengan Yusfira kerana mereka berdua satu kepala apa saja yang Yusfira buat pasti Yazid akan mengikutinya nasib baiklah bila Yusfira pakai pakaian perempuan Yazid tak pakai kalau tidak haru jadinya.. Kalau Yazid menyakat kakaknya pasti kakaknya akan balas percakapannya hingga kedua duanya menyerah kalah kerana penat. Itulah yang buatkan Yazid suka menyakat Elliesha kerana sikap Elliesha serupa dengan kakaknya.

"Dah sampai pun kita."

"Indahnya.. da lama tak datang sini."

"Macam manalah nak datang sibuk memanjang.."

"Sekarang dah ada peluang bolehlah tenung laut tu puas puas.."

"Bagusnya hari ni tak ramai sangat orang kalau tidak mesti sesakkan."

"Iyalah Esha kalau sesak mesti tak dapat nikmati suasana begini kan."

"Marilah angkat barang takkan abang Ez sorang kena angkut ni semua."

"Hihihi... Abang Ez ni ada saja lawak yang tak kena tempat."

"Biar tak kena tempat janji kalian berdua ketawa juga.."

Elliesha dan Yazid mengatur langkah kearah Ezrulkifli untuk mengangkat barang barang yang telah mereka bawa.

"Mana mereka berempat ni tadi kata sekitar sini."

"Itu mereka Zid."

"Oh ya.."

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumsalam.. "

Iman shauqi dan Najwan menyalam tangan Ezrulkifli dan Yazid manakala Minziana dan Andini menyalam tangan Elliesha. Mereka semua membawa bermacam macam aneka pencuci mulut serta air mineral kemudian mereka meminta izin untuk turun ke laut. Elliesha perhatikan mereka begitu peka dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Elliesha mengeluarkan makanan yang di bawa dari rumah kemudian semasa Yazid ingin mengambilnya Elliesha ditegur oleh seseorang.

Elliesha menoleh kearah suara itu dan Elliesha dapati dia adalah Edryal berserta dengan Emilia, Faikah dan Aidil Hazri. Elliesha bersalaman dengan Faikah dan Emilia kemudian mereka duduk dan menjamu selera bersama.

Waktu itu bagai sebuah perjumpaan kawan kawan lama Elliesha rasakan setengah jam kemudian Elliesha disapa oleh Maishurah Rahayu sewaktu berada di parking kereta.

"Aira, dengan siapa datang sini?"

"Dengan keluarga. Kak Esha?"

"Kak Esha dengan abang, adik adik dan kawan kawan. Aira nak ikut serta?"

"Tak menggangu ke?"

"Tidaklah apa yang nak ganggunya."

"Baiklah nanti Aira beritahu mama!"

"Okie.." Semasa mereka bertemu itu Elliesha sedang mengambil hpnya yang tertinggal di dalam kereta dan tidak menyangka dapat bertemu dengan Rahayu Maishurah kemudian Elliesha dan Rahayu Maishurah beriring menuju ke tempat masing masing tanpa disangka tempat mereka berhampiran dan Elliesha menemui Puan Marzilah dan Tuan Hazim setelah bersalaman Elliesha menjemput Puan dan Tuan untuk turut serta.

Mereka menyetujuinya dan akan kesana sebentar lagi. Sewaktu Elliesha hendak kembali semula ke tempatnya Elliesha hampir hampir terlanggar Rizal Hafique dan kejadian itu di saksikan oleh ahli keluarga Rizal Hafique dan semua yang berada di tempat Elliesha itu.

Mereka berdua minta maaf bersama kerana kejadian tadi.

Edryzal yang melihat kejadian itu menghampiri mereka kemudian Edryzal bersalaman dengan Rizal Hafique dan juga ibu bapa saudaranya begitu juga dengan Ezrulkifli walaupun semasa bersalaman dengan Rizal Hafique wajah Ezrulkifli serius tapi ia tetap menghormati Puan Marzilah dan Tuan Hazim. Rahayu Maishurah menghampiri kearah abang saudaranya Edryzal setelah berbual seketika dia menghampiri kearah Elliesha yang sudah berada di tempatnya. Ketiga tiga pemuda itu berbicara berbagai bagai cerita bersama Tuan Hazim.

"Mana Yazid Esha?"

"Tak tahu pula Puan.."

"Mama lah kak Esha."

"Maaf.."

"Tak apa, Elli tak biasa ya nak panggil mama?"

"Iya.."

"Tak apalah kalau begitu Elli panggil Aunty Zilah biar lebih mesra."

"Baik aunty Zilah."

"Hah!! barulah okie kan mama?"

Puan Marzilah dan Rahayu Maishurah tersenyum melihat Elliesha begitu lancar memanggil Puan Marzilah dengan sebutan Aunty Zilah.

"Eh Puan Zilah, bila sampai?" Yazid menghampiri dan menyalam Puan Marzilah begitu juga dengan yang lain.

"Dari tadi lagi cuma tak perasan kalian semua ada disini kebetulan Aira jumpa dengan Elli dapatlah aunty datang ke sini."

"Yazid panggil saja aunty Zilah tak lah formal sangat."

"Baiklah aunty Zilah."

Setengah jam kemudian Tuan Hazim mengajak isterinya, Puan Marzilah berjalan jalan di sekitar pantai itu.

Rahayu Maishura juga mengajak abang saudaranya, Edryzal untuk temankannya jalan jalan dikawasan itu pada mulanya Edryzal menolak tetapi akhirnya dia ikut juga kerana Yazid dan yang lain memaksa. Akhirnya Elliesha saja yang keseorangan menantikan adik adiknya yang lain sedang membersihkan diri di bilik mandi.

Semasa Elliesha sedang leka melihat telatah para pengunjung Elliesha dikejutkan dengan kehadiran Rizal Hafique setahu Elliesha dia dah minta diri untuk pulang dari tadi tapi mengapa pula masih ada disini.

"Hai.. mungkin Esha pelik bukan kerana Fique masih ada disini lagi?"

"Iya.."

"Sebenarnya.. saya nak tanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Bagaimana dengan kesihatan Esha? Dah pergi doktor?"

"Alhamdulillah sihat. Dah.. semalam Yazid dah bawa saya ke doktor."

"Syukurlah.. barulah hati saya tenang."

"Apa saudara kata tadi?"

"Ahh tak ada apa apa!" merah muka Rizal Hafique kerana terlepas kata

"Boleh saya tanya?"

"Boleh, silakan!"

"Kenapa saudara selesa bila saya panggil dengan panggilan 'saudara'?"

"Pada saya ia terlalu istimewa kerana ramai yang saya kenal tidak pernah memanggil saya dengan sebutan itu sebab itu saya tidak kisah kalau Esha sudi panggil saya begitu."

"Ohh.. Jarang sungguh nak jumpa pemuda yang selesa dengan sebutan itu."

"Takkanlah, mesti ada juga"

"Ya, mungkin."

"Mana Ezrul?"

"Tadi ada panggilan untuknya tapi sampai sekarang belum tiba lagi."

"Mungkin ada hal penting agaknya!"

"Mungkin juga sebab hari ini abang Ez cuti sebab itu mereka cari kalau tidak pun pacarnya yang cari.."

Mereka berdua ketawa bersama

"Ehemmm..." Elliesha dan Rizal Hafique mengalihkan pandangan kearah suara itu.

"Abang Ez..." Elliesha lihat wajah abangnya bertambah serius bila terlihat Rizal Hafique ada disisinya.

Adik adik Elliesha menghampiri mereka bertiga dan situasi yang tegang itu tadi telah bertukar dengan kenakalan Iman Shauqi dan Najwan yang sedang mengusik Minziana dan Andini.

"Dah lah itu tak cukup lagi ke kenakan kita dua." kata Andini

"Memang tak cukup.." mereka berdua masih ketawakan dua orang gadis itu kerana kejadian tadi amat menggelikan hati mereka.

"Kenapa ini Iman, Najwan?"

"Tadi kak Esha, Min dengan Andi dah tersalah tegur orang lepas itu orang yang mereka salah tegur itu jemput mereka join sama dekat tempat diorang ingatkan betullah rupa rupanya diorang jemput dua perempua yang ada dekat tepi Min dengan Andi masa itu juga kita nampak kejadian itu malu besarlah mereka berdua kita orang pun menyakat mereka dua."

"Lah, kesiannya adik adik akak ni.."

"Tak yah kesian dah nasib diorang kak.."

"hahaha.."

"Iman.. Naj.. tak baik kata begitu."

"Kemudian apa jadi? Orang yang salah tegur itu ketawakan Min dan Andi juga ke?"

"Taklah kak, mereka minta maaf sebab kami salah faham."

"Baguslah begitu tak adalah mereka malukan kamu berdua."

"Tapi ini dua orang ni besar kepala pula ketawa kan kita."

"Tak apa nanti biar mereka pula yang kena.."

"Hahahaha... padan muka..." Minziana dan Andini sengaja ketawakan dua pemuda itu.

"Huuuu... kak Esha bela sukalah itu kalau abang Zid ada mesti dia bela kita orang."

"Sudahlah itu mari makan." Elliesha menghidangkan makanan untuk mereka berempat.

Erzulkifli yang melihat kehadiran mereka berempat hanya duduk memperhatikan. Rizal Hafique yang ingin berbicara lebih lanjut dengan Ezrulkifli seperti tidak yakin untuk berdepan dengannya setelah kejadian tadi. Tetapi kalau masalah ini tak diselesaikan bila lagi.

Rizal Hafique meminta diri dengan Elliesha kemudian Iman Shauqi dan Najwan bersalaman dengannya kemudian Rizal Hafique menuju kearah Ezrulkifli dan bersalaman walaupun pada waktu itu ia ingin berkata kata tetapi mulutnya seperti terkunci akhirnya ia berlalu.

"Kak Esha kenapa abang Ez macam tak suka dengan kehadiran abang Fique tadi?"

"Naj jangan campur urusan orang." kata Andini

"Eh kenapa pula, tadi kalian juga yang nak tahu. Bila orang tanya suruh jangan campur pula."

Elliesha tersenyum mendengarnya

"Tadi mesti kalian semua pura pura kan?"

"Hee..." Mereka berempat tersengih kerana Elliesha dah pun tahu dengan akal akalan mereka tadi.

"Tak apa kak Esha tak kisah. Ermm.. abang Ez cuma ada salah faham sikit dengan abang Fique semoga dengan mereka berbincang nanti akan menyelesaikan kesalah fahaman antara mereka."

"Iya.. iya.. inysaAllah. "

"Kak Esha mana abang Zid?"

"Ambil angin dengan yang lain."

"Ohh.. Kak Esha tak ikut serta ke?"

"Macam mana nak ikut serta, siapa pula yang nak jaga ini semua."

"Abang Ez kan ada."

"Tadi tak ada, sekarang baru ada."

"Ohh.."

"Kalau begitu kak Esha pergilah mana mana biarkan kita berempat jaga."

"Betul ke ni?"

"Betul kak Esha."

"Tapi tak payah lah.. kak Esha pun tak tahu nak kemana."

"Kak Esha cuba kearah sana tak ramai sangat itu, boleh hirup udara dengan nyaman, dari dekat sini matahari memancar udara pun kurang.."

"Baiklah kalau begitu kak Esha jalan sana dulu ya."

"Okie kak Esha, selamat menikmati udara yang nyaman."

"Thanks.." Elliesha mengukir senyuman kearah Minziana,Andini,Iman Shauqi dan Najwan.

Elliesha merasakan nyaman disekitar itu walaupun ada beberapa orang yang sedang memerhatikan tindak tanduknya semasa berjalan kearah itu Elliesha tidak mempedulikannya hanya ia hadiahkan senyuman kearah mata mata yang memandangnya kemudian Elliesha berdiri menghampiri air laut dan menutup mata untuk menikmati suasana nyaman itu.

Yazid yang melihat Elliesha berada disitu cuba untuk mengenakannya dengan hendap hendap Yazid berjalan kearah Elliesha dan terus meletakkan kedua telapak tangannya kearah mata Elliesha yang sedang tertutup.

Kebetulan pula kejadian itu dilihat oleh semua yang mengenali Elliesha.

Elliesha yang waktu itu terasa matanya ditutup oleh seseorang terkejut dan menolak si pelakunya bila melihat ke belakang Elliesha dapati Yazid sedang terduduk di pasir dan cuba untuk bangun semula.

Debaran hati Elliesha lentur bila terlihat wajah Yazid yang sedang memerah menahan malu bila ramai yang melihat kejadian itu.

"Hihihi... itulah Zid siapa suruh kenakan Esha kan dah malu sendiri."

"Esha pun.. tengok tengok lah dulu sebelum tolak, ini tidak tolak sekuat kuat hati?"

"Mestilah tolak sekuat hati manalah tahu orang itu nak ambil kesempatan pada Esha."

Yazid tersengih mendengar penjelasan Elliesha."

"Dah lah Zid mari kita balik ke tempat nanti mereka tercari cari kita pula."

"Sekejapnya.. setahu Zid, Esha baru sampai kan?"

"Tak apalah sekejap pun dah tenang kan Esha."

"Okie jom, nanti kan makin ramai pula fans Esha nampak kita berdua duaan."

"Yazid.. Yazid.. mana Lily? "

"Dia pergi toilet dengan Aira, Ryz pula terserempak dengan kawan dia dan Aidil dengan Faikah pula beli barang."

"Ohh.." Elliesha dan Yazid beriring jalan sekitar tepi laut dan mereka berdua terjumpa kerang yang berkilau kilauan dan mereka mengambilnya untuk di tunjukkan pada yang lain. Mereka kembali semula setelah 15 minit berada disana.


Posted at 12/10/2007 7:22:14 am by Hakitasalinas
Sila Komen  

Friday, September 14, 2007
~ K16 ~

Pada jam 8.00pagi sebelum Elliesha dan Yazid ke Ellies@Zid Collections mereka menuju ke sebuah kedai makan tanpa disangka mereka bertembung dengan Rizal Hafique kemudia Yazid mengajak Rizal Hafique makan bersama Rizal Hafique menerima pelawaan Yazid itu sewaktu hendak memesan makanan Elliesha terkejut apabila ada seekor kucing berjalan disebelah Elliesha hampir terpekik Elliesha dibuatnya nasib baik dapat control kerana kucing itu seperti tahu Elliesha geli dengan bulunya masa itu Elliesha memegang lengan Yazid. Rizal Hafique hanya perhatikan saja tindakan Elliesha yang begitu drastik kemudian Elliesha perhatikan Rizal Hafique sedang melihat kearah tangannya kemudian Elliesha melepaskan tangannya dari memegang lengan Yazid.

Yazid yang melihat kejadian itu tersengih sengih melihat Elliesha merah padam kerana malu dengan Rizal Hafique setelah mereka bertiga memesan makanan Yazid berbual dengan Rizal Hafique. Elliesha hanya berdiam diri.

"Keluarga Esha sihat?"

"Ahh!!" Elliesha tersentak apabila Rizal Hafique bertanya

"Oh, Alhamdulillah sihat!"

"Mana Yazid?" tanya Elliesha apabila dilihat Yazid tidak ada disebelahnya

"Zid ambil dompetnya yang tertinggal dalam kereta."

"Ooo..." Elliesha mengganguk

"Takziah!" jawab Elliesha dalam nada perlahan

Rizal Hafique tidak menyangka Elliesha mengetahuinya tetapi ia hanya tersenyum tipis agak terkesan juga dihatinya atas kehilangan ibu yang tercinta tapi ia harus redha dengan kepergiannya.

"Maaf kalau saya telah mengembalikan memori saudara terhadap ibu yang tercinta."

"Tak mengapa."

"Maaf kalau selama ini saya selalu sakitkan hati Esha!"

"Tidak, jangan kata begitu saya tak pernah simpan dalam hati cuma masa saya geram itu adalah juga saya marah dekat saudara."

Rizal Hafique tersenyum tipis

Hari ini dia kelihatan berbeza tidak seperti selalu

"Esha kalau saya tanya jangan marah ya!"

"Apa dia?" Elliesha merasakan sesuatu yang tidak kena disini

"Ezrul marah dengan saya ke Esha? Sebab semalam saya lihat Ezrul seperti ingin menghindari dari saya!"

"Kenapa saudara fikir begitu?" Elliesha begitu tidak selesa apabila perbicaraan ini dibicarakan kerana Elliesha tidak mahu Rizal Hafique salah faham bila mendapat tahu kebenarannya

"Saya tahu Esha cuba menutupinya tapi saya mohon agar Elliesha sudi berterus terang dengan saya. Rizal Hafique mengaharap"

Makanan yang dipesan telah tiba setelah dihidangkan Yazid pun datang menghampiri Elliesha dan Rizal Hafique. Perbicaraan mereka berdua terhenti dan mereka menikmati makanan itu hingga selesai.

"Esha boleh kita sambung semula perbicaraan tadi?"

"Maaf saya tiada jawapannya tapi saya harap saudara dapat mengetahuinya dari mulut abang Ez sendiri!"

"Maksud Esha? Memang benar selama ini abang Ez marah dengan saya."

"Bukan marah tapi ada kesalah fahaman."

"Terima kasih kerana Esha sudi memberitahu saya akan hal ini, InsyaAllah saya akan bertemu dengan Ezrul untuk menyelesaikannya."

"Alhamdulillah."

"Saudara terima kasih kerana sudi bersusah payah menyiapkan hidangan untuk tetamu semalam." jawab Elliesha apabila teringat bersusah payah Rizal Hafique dan pekerjanya menyiapkan juadah untuk dihidangkan untuk para tetamu.

"Itu sudah kewajipan kami memberi yang terbaik kepada setiap pelanggan tapi maaf saya tak dapat menghadirinya waktu itu."

"Tak apa saya faham, saudara telah menyiapkannya hampir semalaman tentu penat bukan."

Tidak Esha bukan kerana itu tetapi...

Elliesha menoleh kearah Yazid yang sejak dari tadi hanya mendengar perbicaraannya dengan Rizal Hafque.

"Kenapa pagi ni Esha lihat Yazid senyap saja, kenapa?"

"Tak ada apa saja aja nak dengar perbicaraan Esha dengan Fique."

"Takkan sampai senyap dari tadi?"

"Sebenarnya hari ni khas untuk Esha dengan Fique untuk meluahkan segala yang bermain difikiran masing masing jadi Zid tak nak masuk campur."

"Baiknya Zid ari ni kalau selalu macam ni kan bagus!"

"Mana boleh, tak semangat lah Zid nak kerja."

"Iyalah itu banyak lah Zid punya tak semangat."

"Tapi apa yang khasnya?"

"Sebenarnya saya yang minta Yazid untuk berjumpa disini agar saya dapat bertanya pada Esha." Rizal Hafique berterus terang

"Maafkan saya kerana tak berterus terang dari tadi."

Elliesha tidak menyangka Rizal Hafique berusaha untuk mengetahui apa kesilapannya terhadap Ezrulkifli.

"Tak apalah asalkan Rizal Hafique dah jujur dengan saya, saya ikhlas."

"Terima kasih."

Elliesha tersenyum kemudian mereka menuju ke destinasi mereka masing masing.

Sewaktu sampai di bangunan junction Elliesha menyuruh Yazid naik dahulu kerana Elliesha ingin membeli novel terkini, tiga hari yang lalu Elliesha baru selesai membaca novel Cinta? yang dibelinya seminggu yang lalu.

"Apa khabar kak?" sapa Iklil Badriyah adik kepada Iman Shauqi

"Alhamdulillah sihat! Iklil sihat?"

"Alhamdulillah kak Esha!" jawab Iklil Badriyah dan tersenyum manja

"Kak Esha nak cari novel baru ya?"

"Iya Iklil, dah ada kan?"

"Dah ada disebelah sana." Iklil Badriyah menunjukkan di rak kiri.

"Terima kasih Iklil."

"Sama sama." Iklil Badriyah sentiasa mengukirkan senyuman walaupun adakalanya pelanggan yang diberikan senyuman itu terlalu serius.

Setelah Elliesha memilih novel kesukaan dan membayarnya Elliesha menuju ke lif semasa hendak menaiki lif Rizal Hafique ada di depannya terkejut juga Elliesha sangkaannya Rizal Hafique tidak datang ke bistro kemudian masa menunggu pekerja pekerja di bangunan itu tiba di tingkat masing masing Elliesha merasakan lain benar lif ini mungkinkah ada sesuatu yang akan berlaku entah macam mana lif itu terus senyap waktu itu Elliesha dengan Rizal Hafique saja yang tinggal kerana tingkat yang mereka ingin tuju di atas sekali. Berbagai debaran terasa dihati Elliesha kerana tidak pernah terjadi begini. Rizal Hafique yang melihat lif tidak bergerak cuba menekan butang kecemasan tetapi tidak berfungsi akhirnya Rizal Hafique cuba menghubungi kecemasan tetapi tiada isyarat akhirnya Rizal Hafique menyerah dan melihat kearah Elliesha.

"Esha tak apa apa?"

"Tak, saya okie." jawab Elliesha perlahan tetapi tangannya menggigil seperti kesejukkan

"Tapi saya lihat Esha menggigil tu?" tanya Rizal Hafique risau

"Tak apa dah memang selalu macam ni."

Rizal Hafique duduk dan mula bercerita agar Elliesha dapat mengatasi dari menggigil.

"Esha nak tahu? tadi masa saya lihat Esha seperti hendak menjerit kerana seekor kucing ada disebelah Esha dan saya teringat masa umur saya 17 tahun saya memang takutkan kucing kerana saya pernah digigit waktu itu saya nak cepat balik rumah tanpa sengaja saya terpijak makanan kucing itu apa lagi dia kejar saya sampaikan saya dah tak larat nak lari bila saya tersandung batu kucing tu pun apalagi macam superman dia terkam habis kaki saya dibuatnya, tersedu sedan saya masa balik kerana kaki saya dah berdarah masa itu saya rasa kucing itu macam singa kelaparan aja. Sejak itu saya takut dengan kucing kalau nampak aja cepat cepat saya lari. Setelah 6 tahun kejadian itu saya terserempak dengan seekor kucing yang serupa seperti kucing yang pernah menggigit saya masa itu kucing itu sedang melintas di jalan raya tanpa disangka ada sebuah lori menghampiri dan saya lihat pemandu itu membawa dengan laju dengan rasa simpati saya cepat cepat menangkap kucing itu dan bawa ke tepi jalan dan hampir saja saya kehilangan nyawa waktu itu tetapi dari situ saya begitu menyayangi kucing itu begitu juga dengab kucing itu mungkin dia tahu saya telah menolongnya akhirnya saya membawanya pulang dan sekarang ini saya telah memeliharanya hampir 3 tahun dan saya berikan namanya 'Naruto' kerana dia adalah kucing yang pernah menggigit saya 6 tahun yang lalu kerana masa itu saya sempat melihat ada tanda hitam ditepi tangannya semasa dia cuba cakar saya."

Rizal Hafique menoleh kearah Elliesha. Elliesha tersenyum mendengar pengalaman Rizal Hafique itu dan menggigilnya juga sudah berkurangan.

"Dah membaik?"

"Dah, terima kasih kerana sudi bercerita."

Rizal Hafique mengangguk dan berdiri semula kemudian cuba menekan butang kecemasan.

"Alhamdulillah berdering juga." Rizal Hafique lega bila mendengar butang kecemasan berdering

Lima minit kemudian pintu dibuka oleh petugas dan masa Elliesha ingin keluar Elliesha rasakan kepalanya begitu berat untuk menahannya dan terus terkulai.

"Esha!!!" Teriakkan dari Yazid membuatkan Rizal Hafique menoleh kebelakang dan melihat Elliesha sudah rebah ke lantai

Yazid menghampiri Elliesha dan mengangkat Elliesha menuju ke Ellies@Zid Collections ramai mata mata yang melihat tetapi ini situasi darurat bukan saja saja.

Rizal Hafique membawa barang yang dibawa oleh Elliesha dan mengikut Yazid kemudian Rizal hafique meminta diri setelah melihat Elliesha kembali sedar setelah Minziana dan Andini meletakkan minyak angin di dahi Elliesha.

"Bagaimana Esha boleh ada di sini?" Elliesha bertanya

"Esha pengsan tadi dan Zid bawa Esha ke sini?"

"Terima kasih Zid tapi segannya Esha semua orang nampak Zid angkat Esha."

"Apa yang nak segan bukan Esha suka suka nak pengsan tadi kan darurat."

"Mari Esha, Zid hantar ke doktor?"

"Tak usahlah Zid, Esha tak ada apa mungkin Esha tak dapat udara yang banyak masa lif tersangkut tadi."

"Janganlah degil Esha, semua untuk kesihatan Esha juga."

"Iyalah, iyalah tapi bukan sekarang okie, Esha nak talipon Aira suruh ambil bajunya."

"Kan boleh suruh Min atau Andi!"

"Esha nak lihat Aira cuba."

"Okie tapi janji dulu, balik kita pergi doktor!" Yazid menyuruh jari mereka berdua bersatu.

"Okie Esha janji." Setelah jari mereka berdua bersatu mereka melakukan tugas masing masing.

Elliesha menghubungi Rahayu Maishura untuk mengambil bajunya yang telah siap di jahit setelah Rahayu Maishura datang dan mengenakan baju itu Elliesha melihat Rahayu Maishura begitu gembira kerana ia merasa selesa sewaktu memakainya setelah itu mereka berbual hingga sejam kemudian Rahayu Maishura meminta diri dan memberikan sampul yang telah disediakan oleh mamanya Puan Marzilah setelah bersalaman Elliesha kembali ke mejanya semula.

Kiriman bunga dari penggemar rahsia telah berkurangan ke 13 kuntum sepertinya penggemar rahsia itu menanti jawapan dari Elliesha. Elliesha hanya melihat kuntuman bunga itu dan meletaknya ke tepi kemudian merehatkan kepalanya yang dirasakan berdenyut denyut.

"Esha jom kita pergi?" Yazid mengajak Elliesha

"Okie..." Elliesha bangun dari kerusi dan berlalu bersama Yazid sampai saja di hospital doktor memeriksa Elliesha dengan teliti kemudian doktor menyuruh Elliesha kembali mengambil keputusannya semula.

"Kenapa Zid ajak Esha pergi hospital? Kata tadi jumpa doktor aja."

"Kan bagus pergi hospital boleh doktor periksa mana mana yang sakit kalau klinik kita cakap baru diorang periksa."

Elliesha hanya mendengar saja apa yang Yazid katakan kerana memang itulah kebenarannya


Posted at 9/14/2007 11:46:40 pm by Hakitasalinas
Sila Komen  

Next Page

<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

glitter graphics
Glitter Graphics

myspace codes
Myspace Comments: MyCommentSpace


music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.


Free Cursors


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed